CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 18

[Tempatan] KANTOI: DBKL Pun Tak Ikut Peraturan, Parkir Van Di Lorong Basikal

  [Copy link]
Post time 19-2-2018 04:39 PM | Show all posts |Read mode


SEJAK Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan lorong basikal yang pertama di sepanjang Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail ke KLCC, laluan khusus berwarna biru yang berkongsi ruang di tengah-tengah jalan di bandar menjadi fokus utama berita.

Selain menjadikan bandar hijau, pengarah eksekutif pengurusan projek DBKL Datuk Mahadi Che Ngah bulan lalu menjelaskan bahawa lorong basikal tersebut adalah sebahagian daripada projek DBKL bagi memudahkan rakyat berulang-alik dan menyatakan jika fasa pertama itu berjaya, ia akan dilanjutkan ke Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur sebagai laluan alternatif kepada pengguna.

Walaupun DBKL memberi jaminan bahawa keselamatan pengguna jalan raya menjadi keutamaan dalam pembinaan lorong basikal, netizen bagaimanapun mendakwa pemisah lorong basikal yang dipasang telah membahayakan nyawa mereka.

Ia susulan insiden melibatkan seorang penunggang motosikal yang terbabas gara-gara rubber separator yang dipasang di laluan tersebut di Jalan Ismail – yang serta merta telah dibuka semula selepas ia mendapat kecaman.

Walaupun alat pemisah tersebut dibuang oleh DBKL, pembaca Malaysian Digest yang merupakan seorang penggemar sukan berbasikal hari ini berkongsi dengan kami mengenai kebimbangan lain yang perlu ditangani oleh DBKL membabitkan lorong basikal – memandangkan penunggang basikal masih tidak terhindar daripada bahaya meskipun menggunakan lorong khas tersebut.

Video dan gambar- gambar yang dikongsi oleh penunggang basikal itu yang tidak mahu identitinya didedahkan memaparkan deretan kereta termasuk teksi, menyalahgunakan lorong basikal dan menggunakan ia sebagai tempat meletak kereta.


Lebih mengejutkan, dalam rakaman yang diambil pagi tadi, dua buah van DBKL turut dilihat diparkir di lorong basikal tersebut tatkala Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail memberi jaminan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang bersalah.

“Pemandu-pemandu yang pentingkan diri tidak boleh memperbodohkan DBKL. Kami tidak akan bertolak-ansur dengan sesiapa yang menyalahgunakan lorong basikal.

“Lorong ini bagi membantu penunggang basikal melalui bandar. Kami telah bekerja keras mengapit (tayar) dan menghukum pesalah,” kata Osman bulan lalu seperti dilapor NST.

Walau bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama kerana The Star sebelum ini dalam artikelnya bertajuk 'Bicycle lane or free parking space?’ melaporkan, seorang penunggang basikal berkata, “DBKL tidak menjalankan kerja yang baik dengan lorong basikal; mereka sepatutnya menyediakan kawasan spesifik bagi lorong basikal bersebelahan dengan laluan pejalan kaki, yang benar-benar berasingan daripada jalan.”

Selain itu, pengguna jalan raya lain juga memberitahu The Star bahawa kereta yang diparkir di lorong basikal telah menghalang pemandu lain dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Malaysian Digest juga menghubungi DBKL, di mana jurucakap menasihatkan penguna-pengguna jalan raya lain untuk membuat aduan kepada jabatan penguatkuasa di talian 03-402 44424, sekiranya mereka berdepan masalah yang sama.

Selain memastikan lorong basikal hanya digunakan oleh penunggang basikal sahaja, mungkin jabatan penguatkuasa DBKL perlu meningkatkan peranan mereka dan menunjukkan contoh yang baik dengan memastikan kakitangan penguatkuasa mereka tidak menyalahgunakan lorong tersebut.

Walaupun lorong basikal yang diperkenalkan menjelang Forum Bandar Dunia Ke-9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dibuat untuk memastikan keselamatan penunggang basikal di dalam bandar, ia jelas menunjukkan bahawa pengurangan rancangan dan penguatkuasaan di DBKL boleh diperbaiki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 04:54 PM | Show all posts
cakap tak serupa bikin...nak didik orang...didik dulu staff kita....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 04:57 PM | Show all posts
DBKL fail....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
satu lg projek manfaat buat rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat macam mana .....Malaysia. ...

Hari tu kereta polis pun tak bagi signal nak keluar susur simpang. ...laju kemain. ..tak ada bunyi siren pun. ...bukannya kecemasan. ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak saman van sendiri kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak saman van sendiri kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:55 PM | Show all posts
Zaman kuat viral ni silap sikit cepat je mendapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 19-2-2018 09:29 PM

Idea memang bagus tapi sepatutnya dbkl buat laluan basikal berasingan dgn kenderaan. Laluan yang diorg buat ni bahaya dan mengundang bahaya. Aku risau betul kalau penunggang basikal ni dilanggar kereta atau kenderaan berat yg terbabas.

On the other hand aku puji usaha DBKL kapit tayar kereta yang double park yang menghalang laluan. Keep it up

Harap dbkl tumpu jugak aspek kebersihan. Saman pemilik premis atau orang yang buang sampah merata atau tak jaga kebersihan. Pantau kedai makan yg buang sisa makanan dalam longkang yang buat longkang tersumbat
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana mana Majlis perbandaran suck..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi parking je nampaknya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman viral dulu, report kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 09:28 AM | Show all posts
Same jgk staff JPJ x pakai seatbelt, bawak kete laju nk mampos.
Polis park kt petak kuning dpn 7e.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 09:42 AM | Show all posts
I am the law, kata mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 09:54 AM | Show all posts
sejak lrg biru tu siap, aku baru nmpk sorg je yg naik beskal guna lrg tu...tu pun duk picit loceng kat pejalan kaki suruh berambus dari laluan dia...

imagine, kalau byk basikal kat laluan tu dan pejalan kaki terpaksa pulak  bersabung nyawa kat jalan..mcm bodoh je laluan biru ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 11:04 AM | Show all posts
krustykrab replied at 20-2-2018 09:54 AM
sejak lrg biru tu siap, aku baru nmpk sorg je yg naik beskal guna lrg tu...tu pun duk picit loceng k ...

Takkan tak faham lagi perangai PBT kat malaysia ni, kalau ada apa2 event yg melibatkan peringkat antarabangsa yg senang utk kasik naik nama derang time tu gak derang akan buat sesuatu yg nampak tak logik, dlm isu lorong basikal ni mesti semua org pelik kan kenapa tiba2 je dlm satu malam esok pagi terus ada lorong basikal, sedangkan selama ni hampir setiap minggu pertama dan ketiga di KL akan diadakan hari tanpa kenderaan dan ada beberapa event naik basikal, kenapa drpd hari tu takde lorong basikal biru ni kat KL?

Jawapan dia mudah je...tujuan derang bina lorong basikal kat sekitar KL tu menunjuk je sebenarnya, nak tunjuk kat sapa? derang nak tunjuk kat delegasi2 yg dtg utk World Urban Forum ke-9 yg diadakan dkt KL convention centre pada minggu lepas. Jadi delegasi2 ni semua mesti duduk kat hotel disekitar bandar KL, dan dlm perjalanan derang drpd hotel ke lokasi forum tu mesti la derang akan ternampak lorong basikal ni, jadi bila malaysia dgn bangganya ckp KL dah ada sistem lorong basikal, terus delegasi ni semua kagum la, pada pemikiran derang malaysia ni dah sama taraf maju dgn negara derang. Padahal lorong basikal tu dibina semata2 utk mengaburi mata delegasi tu semua je...kalau betul lorong basikal tu digunakan utk warga urban KL utk ulang alik pegi keje, kenapa sampai skrg tak nampak kelibat org naik basikal ke pejabat sebagai kenderaan utama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 11:45 AM | Show all posts
alaaa..DBKL pun manusia jugak..manusia mana boleh lari dari buat silap...

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 11:49 AM | Show all posts
mansuhkan la sahaja laluan basikal nie, mana ada orang KL nak guna tiap2 hari, depa naik basikal hujung minggu sahaja, tu pun waktu pagi sebab lepas pukul 11, dah panas lit lit...  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pegawai dbkl mana naik basikal tgh2 panas?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.548294 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list