CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2190|Reply: 19

[Tempatan] Hospital Kerian: Pecah tanah PRU11, papan tanda baru dinaikkan PRU14. TERBAIK DA

[Copy link]
Post time 19-2-2018 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Mana janji 300 katil bertaraf pakar?
19 Februari 2018


Papan tanda notis pembangunan Hospital Daerah Kerian yang baharu dipasang di tapak projek di Simpang Lima, Parit Buntar pada minggu lalu.


PARIT BUNTAR - Perkembangan positif pembinaan Hospital Kerian yang bakal dimulakan ketika ini masih tidak melenyapkan perasaan terkilan rakyat terhadap kegagalan kerajaan memastikan status hospital baharu itu bertaraf pakar.

Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain berkata, perasaan terkilan itu bertambah apabila kerajaan pusat masih gagal menunaikan janji untuk membina 300 katil bertaraf pakar sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012.

Menurutnya, atas desakan rakyat bertalu-talu melalui saluran media massa dan media sosial, akhirnya kerajaan mula mengorak langkah memulakan fasa ketiga pembinaan Hospital Kerian iaitu memasang notis papan tanda dan memulakan proses awal di tapak pembinaan.

“Berdasarkan kenyataan pada notis papan tanda yang baru dipasang minggu lalu, terpapar tarikh bermulanya pembinaan infrastruktur hospital bermula pada 2 Januari 2018 dan bakal disiapkan pada 28 Disember 2020.

“Rakyat daerah Kerian berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana sudah menunjukkan inisiatif positif untuk menunaikan janji yang sudah lama tertangguh.

“Namun begitu, penduduk Kerian masih terkilan pembinaan hospital baru tidak mencapai objektif sebenar mereka yang mahukan kemudahan kesihatan lebih canggih dan bertaraf pakar apabila hanya 76 katil pesakit bakal disediakan, sama seperti hospital sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, kerajaan pusat perlu menyedari betapa pentingnya pembinaan sebuah hospital baharu berstatus pakar dengan kemudahan 300 katil pesakit di daerah Kerian bagi kepentingan jangka masa panjang rakyat di sini.

Di samping itu, Abu Bakar menegaskan kedudukan daerah Kerian yang terletak bersebelahan daerah Bandar Baharu, Kedah dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang serta turut tidak mempunyai kemudahan hospital berstatus pakar, menyebabkan keperluan Hospital Daerah Kerian berstatus pakar lebih mendesak.

“Bayangkan, penduduk dari ketiga-tiga daerah dari tiga negeri berjiran ini terpaksa mendapatkan kemudahan hospital bertaraf pakar di Hospital Taiping dan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang yang berjarak agak jauh dari daerah-daerah terbabit.

“Kerajaan pusat tidak seharusnya mengubah janji ditaburkan dan sungguh malang bagi rakyat Kerian kerana sudahlah pembinaan Hospital Daerah Kerian tertangguh begitu lama, kini jumlah katil pesakit dikurangkan daripada 300 kepada 76 katil,” katanya.

Abu Bakar turut mempersoalkan sama ada kerajaan pusat tersalah percaturan atau sebahagian peruntukan sepatutnya digunakan bagi merealisasikan pembinaan sebuah hospital bertaraf pakar dengan kemudahan 300 katil pesakit sudah ‘dilarikan’ ke tempat lain.

“Atau perlaksanaan pembinaan Hospital Daerah Kerian yang sedang berlangsung hanya sekadar memenuhi janji spontan bagi meraih simpati pilihanraya?

“Rakyat terus menunggu janji itu disempurnakan dan tidak timbul isu ini sengaja dipolitikkan menjelang PRU14 kerana desakan untuk membinanya sudah dikemukakan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.


************

Harapan perintah, Hospital Kerian bakal siap segera
2 Februari 2018


PARIT BUNTAR - Pakatan Harapan akan memastikan Hospital Daerah Kerian disiapkan dalam tempoh ditetapkan jika parti berkenaan diberi peluang memerintah negara ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kegagalan kerajaan BN mewujudkan hospital yang telah dilaung-laungkan selama hampir 10 tahun telah mengecewakan penduduk.

"Mereka janji dan janji dari setahun hingga setahun. Dari PRU 2008 sehinggalah ke PRU 2013.

"Kemudian mereka janji lagi sehinggalah ke PRU14, tapi apa yang mereka janjikan tidak menjadi kenyataan dan mengecewakan harapan rakyat bagi mendapatkan kemudahan tersebut," katanya ketika program ziarah rakyat di Dun Kuala Kurau di sini, pagi ini.

Dr Mujahid mengulas isu pembinaan Hospital Parit Buntar ditimbulkan oleh Adun Titi Serong, Abu Bakar Husin dan membangkitkan rasa kurang senang pemimpin BN termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Dr Mujahid berkata, Zambry tidak sepatutnya menjawab kenyataan Adun Titi Serong itu dengan mempersendakannya.

"Tidak perlu nak syorkan kepada Jabatan Kerja Raya(JKR) melantik Ustaz Abu Bakar jadi  ketua jurutera kerana beliau hanya melaksanakan tanggungjawab kepada pengundi kawasannya.

"Alasan diberi kerajaan berkaitan struktur tanah yang melewatkan pembinaan hospital berkenaan sukar diterima penduduk," katanya.

Dr Mujahid berkata, penduduk Parlimen Parit Buntar disajikan dengan janji dalam rentetan tempoh terlalu panjang  sehingga mereka sukar mempercayai alasan kerajaan berkenaan kelewetan pembinaan hospital tersebut.

"Penduduk masih ingat acara pecah tanah tapak projek Hospital Daerah Kerian dibuat Menteri Besar Perak terdahulu, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohamed Ghazali sekitar tahun 2006 selepas PRU11.

"Selepas itu tiada perkembangan sehingga seminggu sebelum PRU12 ,  kerajaan berjanji pembinaan Hospital Parit Buntar tetap akan diteruskan dengan peruntukkan baru sebanyak RM 112 Juta,"katanya.

Dr Mujahid mendedahkan, selepas tiada perkembangan pembinaan hospital tersebut beliau mengemukakan soalan dalam parlimen pada 27 Mac 2012.

"Timbalan Menteri Kesihatan pada masa itu memberi jawapan cadangan projek Hospital Parit Buntar akan dilaksanakan dalam tempoh rolling plan ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM140.25 juta.

"Timbalan Menteri Kesihatan juga memberitahu pembinaan hospital tersebut akan bermula tahun 2013," katanya.

Dr Mujahid berkata, kerajaan pusat pada peringkat awal menjanjikan hospital berkenaan dengan kapasiti 300 katil, kemudian berkurang kepada 150 katil sahaja.

"Manakala pada 29 Julai 2017 baru-baru ini, dimaklumkan bahawa hospital baharu daerah Kerian akan siap tahun 2021, di dalam RMK-11 yang boleh memuatkan 76 katil.

"Dengan hanya kapasiti 76 katil, adakah hospital ini kekal sebagai hospital pakar seperti dijanjikan pada peringkat awal cadangan pembinaannya?”katanya.

Dr Mujahid berkata, penduduk mengharapkan hospital pakar kerana mereka terpaksa mendapatkan rawatan pakar dari Hospital Pulau Pinang dan Hospital Taiping yang jaraknya amat jauh.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 06:24 PM | Show all posts
janji dicapati
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:47 PM | Show all posts
sorry xfaham berita ni. maksudnya hospital ni dh dua kali pecah tanah, tp bila pecah tanah dpt 76 katil berbanding 300 ?

atau berita ni gabung cerita hospital lain dah siap sepatutnya dapat 300 katil tp ending dpt 76 katil?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:50 PM | Show all posts
mujahid ni patut jadi MP kat penang ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla baru naik papan tanda tu kannn.

Syukurrrrr bak kata @simunggu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat hospital kt shah alam je..berkurun la dicapati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepital Rombau pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:58 PM | Show all posts
Pecah tanah PRU11 maknanya itu semua zaman janji2 Madey yg tak boleh pakai.  last2 PM Najib jugak terpaksa menyelamatkan semua projek2 tergendala zaman Madey..  habis semua projek2 madey kerajaan selepas madey terpaksa Najib take over.  sama mcm kes LRT kroni2 madey yg bankrap.  Najib ambil alih dan perbetulkan semuanya, integrate semuanya sehingga jadi yg terbaik spt hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 19-2-2018 09:58 PM
Pecah tanah PRU11 maknanya itu semua zaman janji2 Madey yg tak boleh pakai.  last2 PM Najib jugak te ...

Pru11 tu zaman paklah la bongok
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 19-2-2018 09:58 PM
Pecah tanah PRU11 maknanya itu semua zaman janji2 Madey yg tak boleh pakai.  last2 PM Najib jugak te ...

Bodo..projek ni zaman pak lah. Dah berapa kali pecah tanah. Mula2 pecah, tuan tanah mengamok pasal pampasan xdpt lg alih2 buat pecah tanah pasal nk dekat pilihan raya. Ni aku nmpak dah pasang khemah siap bwk jengkaut dgn mesin pasang piling. Taun lepas buat benda sama. Xda perubahan pon sampai lani. Bodo punya tobby macai amno.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 08:00 AM | Show all posts
hehehehheee...kesian hamba tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 08:54 AM | Show all posts
tobby replied at 19-2-2018 09:58 PM
Pecah tanah PRU11 maknanya itu semua zaman janji2 Madey yg tak boleh pakai.  last2 PM Najib jugak te ...

macai kalau nk hentam madey pun
kaji dulu tu zaman bila
bangsat nye hai macai umngok ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 09:04 AM | Show all posts
hsopital seri iskandor ape cerita??? nak pecah tanah 1000 kali baru naik ke sepital tu???
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 09:08 AM | Show all posts
aks_berhad replied at 20-2-2018 12:58 AM
Bodo..projek ni zaman pak lah. Dah berapa kali pecah tanah. Mula2 pecah, tuan tanah mengamok pasal ...

ape nk heran dgn macai bangsat yg kata pembukaan kfc dgn syarikat kurier sibuk pos barang belian online tanda ekonomi mengukuh
macai bangang
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 09:28 AM | Show all posts
Berapa kali nk pecah tanah daaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-2-2018 06:47 PM
sorry xfaham berita ni. maksudnya hospital ni dh dua kali pecah tanah, tp bila pecah tanah dpt 76 ka ...

2kali pecah tanah, kali kedua pecah tanah da bertukar jadi 76 katil instead of 300 katil. Janji dicapai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 19-2-2018 09:58 PM
Pecah tanah PRU11 maknanya itu semua zaman janji2 Madey yg tak boleh pakai.  last2 PM Najib jugak te ...

Cacai bodoh sgat ke? Ujong2 kantoi kebodohan sendiri kahkahkah! Kemonnn cacai lain marilah dtg @whitemagic @rashiman @bioessence @lkick2113 @memeque20 @shamsadis @Skuau @Simunggu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:06 AM | Show all posts
janji dicapati je ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:09 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 20-2-2018 10:04 AM
2kali pecah tanah, kali kedua pecah tanah da bertukar jadi 76 katil instead of 300 katil. Janji di ...

kiranya PRU akan datang pecah tanah lg lah ni ye? seronoknya pecah tanah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:13 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 20-2-2018 10:05 AM
Cacai bodoh sgat ke? Ujong2 kantoi kebodohan sendiri kahkahkah! Kemonnn cacai lain marilah dtg @wh ...

projek terowong bawah laut mana bai

sampai sekarang bayang pun tak nampak
ratus juta da abis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.672807 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list