CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1990|Reply: 20

[Tempatan] 2,600 unit kuarters guru dilaporkan kosong, cadangan sewakan je!

[Copy link]
Post time 20-2-2018 12:39 AM | Show all posts |Read mode
KANGAR 19 Feb. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri ini menyarankan agar 2,600 unit kuarters guru yang dilaporkan kosong di seluruh negara disewakan kepada golongan belia yang masih belum mempunyai kediaman.


Dalam masa sama, pengerusinya, Mohd. Aishamuddin Yaakob turut mencadangkan agar permohonan untuk menyewa di kuarters terbabit diperluaskan kepada orang awam khususnya bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Katanya, inisiatif tersebut sekali gus dapat membantu golongan belia mengurangkan kos sara hidup khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

"Salah satu masalah golongan belia yang berkeluarga pada hari ini adalah kos sara hidup yang tinggi. Dengan inisiatif ini, kerajaan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup melalui kadar sewa (kuarters) yang jauh lebih murah daripada rumah sewa di luar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan sebanyak 2,600 unit kuarters guru di seluruh negara kosong kerana ramai dalam kalangan mereka mempunyai rumah sendiri dan mengajar di kampung halaman masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dilaporkan berkata, bagi mengelakkan pembaziran kuarters yang dibina kerajaan itu, pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan untuk menggunakan kuarters guru berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Aishamuddin percaya kerajaan pada hari ini sememangnya prihatin pada isu golongan muda dan sentiasa terbuka untuk membantu meringankan beban mereka.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 12:51 AM | Show all posts
bagus tu, dari dibiarkan kosong berhantu baik sewakan kepada orang MALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 08:01 AM | Show all posts
ermmmmm...molek juga tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 08:14 AM | Show all posts
setuju ...sewakan pada org yg ada kerja tetap either swasta ataupun gomen sendiri...

boleh create income utk kementerian juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 08:37 AM | Show all posts
kosong kerana tiada dana untuk diselenggara barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 08:39 AM | Show all posts
arilah penyewa yg pembersih dan tak buang sampah merata2....nnt tak pasal2 kuarters bertukar jadi flat pprt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2018 08:44 AM | Show all posts
sewa? jahanam la rumah tu mcm pprt.nak suruh keluar bukan senang pulak tu kang jadi isu politik
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:31 AM | Show all posts
apa lah nak jadi nih?bazir biarkan kosong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahagian mana yg banyak kekosongan?
Elok lah diberi pada staff gomen area situ juga
Senang sket nak cari.sapa yang suka bikin.onar kalau terjadi sesuatu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:40 AM | Show all posts
kalau nak sewakan boleh...tp bagi syarat2 yg ketat & deposit tinggi cket

xdelah penyewa2 tu buat perangai sesuka hati mcm ddk rumah mak pak dia nnti
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:59 AM | Show all posts
Denco replied at 20-2-2018 10:40 AM
kalau nak sewakan boleh...tp bagi syarat2 yg ketat & deposit tinggi cket

xdelah penyewa2 tu buat  ...

setuju...

dan jgn sewakan pada rakyat asing
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 11:31 AM | Show all posts
aah
sewakan je
dapat gak duit nak topap bayaran br1m
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 11:40 AM | Show all posts
Ok gak bagi sewa... kalau ada cikgu yg sewa situ juga boleh la hantar anak2 tuition kat cikgu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kt tempat aku ari tu.quaters jkr kosong. polis ngn askar dok menyewa
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 02:33 PM | Show all posts
mcm2 disediakan untuk guru.. harap guru2 bersyukur dan kerja dgn ikhlas..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cmna nak apply ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Open sewa ke rakyat marhaen macam tu, boleh jahanam kuarters dibuatnya. Tak pasal2 kena tanggung kos maintenance bagai. Ummah ni bukan boleh bagi betus sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling bagus sewakan pada penjawat awam dikawasan @ daerah tue. Senang nak uruskan jika ada masalah. Jadi ada jugak income pada PPD & sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 08:45 AM | Show all posts
Setuju dengan forumer yang lain. Sewakan kepada staf kerajaan yang lain pun bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kosong ni kuaters luar bandar kata Cikgu2 Urban.

Cikgu2 Urban ramai je teringin nak kuaters
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.082035 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list