CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skinskin

Fattah suami manja - Fazura

  [Copy link]
Post time 21-2-2018 02:29 PM | Show all posts
Jelita replied at 21-2-2018 06:26 AM
bab nih maybe gak fattah dah confess tp faz masih was2 kot. tp bila dia tgk fattah solat sorang2 d ...

yeke?mana u tahu?fazura ckp kt mana..eh sibuk plak i..hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 02:33 PM | Show all posts
Badigol replied at 21-2-2018 02:29 PM
yeke?mana u tahu?fazura ckp kt mana..eh sibuk plak i..hikhik

yg faz tgk fattah solat tuh ada dia sebut masa bila ntah...iv masa AAC2 kot
yg psl dia stress lps tuh call fattah nangis2 tuh masa iv mlm gala janji zehan. dia stress sbb foods/psl hero pelakon baru/lps tuh sbb fattah takde kat situ (kira rindu le)
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:34 PM | Show all posts
Badigol replied at 21-2-2018 01:57 PM
I pn kdg tpkir.bila ms fazura ni start suka fatah?mksd I start boleh trima fatah.wonder kejap.sb ...

I pon wondering and nak tahu sgt bila Faz jatuh hati ngn Fattah. Bila tengok balik HLive HSC dengan Dahlia tu confident je Faz panggil Fattah 'Adikkkk....' mcm tak akan ada cinta lokasi la antara depa. Sekarang tgok ape jadi...hahahaha... tu la Faz..confident sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:37 PM | Show all posts
sayang replied at 21-2-2018 06:34 AM
I pon wondering and nak tahu sgt bila Faz jatuh hati ngn Fattah. Bila tengok balik HLive HSC denga ...

i pun ada tgk hlive special tu..ms tu i tgk mcm biasa je dua org tu..fazura pn mcm nak tak nak je layan fatah. pstu cara fazura jwb pn mmg xde unsur2 nak cinlok ke or tercinlok.nmpk mcm dia letak gap la btween dia dgn fatah. pstu iv2 lain pn nmpk fazura byk playsafe je kan..ntah la..bila ms dia terima fatah pn xthu.haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:40 PM | Show all posts
sayang replied at 21-2-2018 02:34 PM
I pon wondering and nak tahu sgt bila Faz jatuh hati ngn Fattah. Bila tengok balik HLive HSC denga ...

masa tu kena coverline

tapi cara dahlia shazwan tanya soalan dan interact dgn fattzura macam she knows


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:53 PM | Show all posts
pujanggamerpati replied at 21-2-2018 01:32 PM
hanat je statement ko ni.. tp hadek terhiburrr  mungkin maksud fazzy tuh dr segi kerjaya abam x  ...

cenggini, kaka bagi pooja kerana memahami...hikikhik...
p/s: tak sabar nak stalk twitter pooja malam ni dan melihat darii jauh kegedikan pooja di twitter..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2018 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Awww...sweet nyerr.  Cant help myself smiling bila baca pasal fattzura...in love bangettt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sumber: utusan online



Tiga purnama melayari kehidupan berumah tangga,  pasangan popular Fattah Amin, 28, dan Nur Fazura, 35, kini mendakap bahagia.

Bukan sahaja setiap perkongsian di laman sosial menjadi bualan hangat netizen malah kehadiran mereka pada acara keramaian menjadi buruan lensa tidak kira oleh media massa mahupun peminat yang ingin merakam momen pasangan ini.

Melalui fasa solo yang cukup selesa selain pernah beberapa kali menjalin hubungan cinta, pada mulanya Fazura tidak merasakan perkahwinan adalah satu jawapan kepada kehidupan yang bahagia.

Malah pada awalnya dia takut perkahwinan hanya akan menyebabkan kariernya  mati begitu sahaja.

Bagaimanapun pilihan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fattah memberi gambaran baharu buat definisi hidupnya kini. Selain mengecapi bahagia, jelas Fazura, suaminya juga adalah penyokong utama dalam kariernya.

“Saya memang risau dengan perkahwinan sebab trauma dengan hubungan sebelum ini yang banyak mengawal saya. Saya takut karier saya terganggu tetapi Fattah berbeza.

“Kalau saya tahu ini rasanya alam perkahwinan, awal-awal lagi saya mahu berkahwin,”  katanya berseloroh.

Dia kemudiannya menyambung: “Pada mulanya memang saya beranggapan hidup solo itu lebih selesa sebab kita boleh buat keputusan sendiri tanpa gangguan. Bagaimanapun Fattah tidak pernah meletakkan saya dalam keadaan tertekan.”

Tidak jemu-jemu memuji suaminya, Fazura turut menggambarkan suaminya itu juga seorang yang sangat penyabar.

“Dia adalah seorang suami yang baik, berkenalan hanya enam bulan sebelum berkahwin ternyata tempoh tiga bulan ini sangat manis sebab kami saling mengenali hati budi masing-masing.

“Yang orang tidak tahu mengenai dia, suami saya adalah seorang yang pemaaf.

“Sebenarnya dalam tempoh tiga bulan ini banyak yang berlaku kepada dirinya tetapi dia tetap bersabar,” jelas Fazura.

Mengakui yang Fattah bukan sekadar suami tetapi insan yang akan sentiasa dengannya ketika jatuh dan bangun, kata Fazura, kehadiran Fattah menyempurnakan dirinya.

“Apabila kita dalam masalah, dia ada dengan saya... begitu juga bila kita pulang ke rumah, kita ada seseorang yang menanti.

“Kelebihan berkahwin bukan sekadar saya dapat meneruskan pekerjaan saya seperti biasa tetapi juga dapat seorang suami yang sangat memahami,” ujarnya.

Tambah Fazura, kehadiran Fattah turut disenangi rakan-rakan yang selama ini menjadi peneman setianya.

“Pada mulanya memang kawan-kawan saya agak skeptikal dengan Fattah apabila  mendengar pelbagai kisah (yang) tidak benar.

“Tetapi apabila mereka sendiri mengenali Fattah, ternyata mereka juga bersetuju dengan pilihan saya.

“Fattah juga tidak ada masalah untuk berkawan dengan rakan-rakan saya. Hubungan mereka sangat baik,” kata Fazura yang memilih tema kisah dongeng untuk majlis resepsi mereka yang bakal diadakan pada 25 Februari ini secara tertutup.

“Resepsi ini juga tidak akan mendapat liputan di laman sosial bagi menghormati keluarga saya yang mahu privasi dalam hal ini.

“Bagaimanapun pada 11 Mac nanti akan diadakan satu lagi resepsi khas buat peminat dan ramai yang boleh hadir,” jelasnya.

Semakin kenal, semakin manja

Fattah yang ditemui pada pelancaran produk terkini keluarannya juga turut berkongsi kisah rumah tangganya.

“Sebenarnya kalau peminat perasan kami berdua ada persamaan iaitu seorang yang manja. Jadi bila di rumah, sikap manja kami lain macam.

“Semakin kami saling mengenali dengan lebih rapat, semakin manja jadinya,” dedahnya kepada Mega HITS.

Bukan itu sahaja, Fattah juga memberitahu, disebabkan sikap manja masing-masing, hal kecil pun mereka kongsi sehingga topik perbualan menjadi serius dan panjang lebar.

“Mungkin itu cara untuk kami pupuk kepercayaan dan memahami antara satu sama lain. Kadang-kadang kita rasa hal itu kecil tetapi orang lain fikir sebaliknya.

“Jadi supaya tidak timbul sebarang masalah, kami cerita mengenai semua perkara,” ujarnya.

Tentang persediaan pasangan itu dalam memikirkan soal cahaya mata, Fattah menyerahkan hal tersebut kepada Yang Maha Kuasa untuk menentukan rezeki mereka.

Katanya, dia dan Fazura tidak merancang atau menetapkan sebarang tempoh yang sesuai untuk menimang cahaya mata hanya kerana mahu mengecap kebahagiaan alam perkahwinan pada tahap optimum.

“Kami tidak kisah jika ditakdirkan untuk memperoleh zuriat dalam masa terdekat.

“Meskipun masing-masing sibuk, saya pasti dengan kehadiran cahaya mata, Allah akan permudah kerana anak itu sumber rezeki,” jelasnya

Berhenti berlakon?

FATTAH yang bakal tampil menerusi filem sulung, KL Special Force pada 8 Mac ini berharap karya arahan Syafiq Yusof itu dapat mengubah landskap seninya.

Begitu dikenali dengan watak romantik ekoran kejayaan beberapa drama lakonannya, Fattah mahu menjadikan filem tersebut sebagai penanda aras baharu dalam hala tuju terhadap bidang seni.

“Sebenarnya saya sudah berhenti menerima sebarang tawaran berlakon kerana mahu memberi fokus terhadap promosi filem ini.

“Saya harap sentuhan magis Syafiq itu dapat menukar persepsi penonton yang selama ini mengatakan saya seorang pelakon stereotaip, terikat dengan satu-satu watak sahaja.

“Membawakan watak seorang polis dengan lagak aksi yang dilakonkan sendiri menerusi beberapa babak, harapnya penonton boleh membuat penilaian mereka.

“Rakan lakon, Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof juga banyak membantu menggilap bakat untuk menyerlahkan sisi lain Fattah Amin,” katanya.

Pada masa yang sama, keputusan untuk berehat seketika daripada lapangan seni adalah untuk memberi fokus kepada perniagaannya yang baru sahaja ditubuhkan.

“Saya baru sahaja melancarkan  produk pertama syarikat milik saya, MRP Diet Sdn. Bhd., berupa sup segera dengan tiga perisa iaitu tom yam, cendawan dan ayam.

“Produk ini adalah bayi sulung saya dan perlu diberikan tumpuan supaya perjalannya lancar, bukan hangat-hangat tahi ayam.

“Selepas sup, MRP Diet juga akan mengeluarkan produk minuman kesihatan detoks berperisa buah beri yang dinamakan BerryTox.

“Harap langkah saya untuk membina empayar perniagaan dipermudah dari semasa ke semasa,” katanya.

Buah tangan baharu

Menghabiskan masa selama dua minggu di Iran untuk menyiapkan naskhah terkini lakonannya yang kini di tayangkan di Astro First Eksklusif, bagi Fazura, Janji Zehan memberi peluang untuknya mendalami satu lagi budaya baharu.

“Apabila diberi peluang untuk berlakon dengan Bernard Chauly, saya terus bersetuju.

“Memang pada mulanya apabila beritahu lokasi penggambaran di Iran, saya agak skeptikal. Malah bukan sahaja saya tetapi juga keluarga dan rakan.

“Tetapi bila sampai di sana semuanya baik malah kami dapat menjalani penggambaran dengan lancar.

“Yang menjadi perbezaan adalah makanannya, memang pada mulanya saya tidak biasa tetapi selama dua minggu di sana saya belajar erti menghormati budaya dan erti kesabaran,” katanya.

Kali pertama digandingkan dengan pelakon kelahiran Iran, Amir Rezazadeh, Fazura memberitahu, dia berpuas hati dengan gandingan berkenaan.

“Bercakap soal perbezaan memang ada sebab saya sudah lama berlakon tetapi dia masih baharu namun semuanya berjalan dengan baik.

“Berlakon sebagai pasangan suami isteri juga memerlukan kami mencipta keserasian dan kami tiada masalah,” katanya.

Selain Bernard, Zabrina Fernandez juga adalah pengarah bersama Janji Zehan.

Berdurasi selama 90 minit, telefilem ini bergenre drama dan romantik turut membuat penampilan khas ialah Bront Palarae sebagai abang kepada Zehan bernama Faizal.

Fazura juga baru selesai menjalani penggambaran filem baharu, The Legend of Pontianak berpasangan dengan Remy Ishak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 03:26 PM | Show all posts
rase dorg ni start crush time hsc tgh shooting kt perhentian. kan mase tu crew sume dok ckp dorg dah start rapat n dating berdua kt sane. konon2 si uqasha yg nk perhatian tu ckp dia yg keneng kan suh dorg rapat sbb nk chemistry mse brlakon. pas tu makin rapat time hsc shooting kt amsterdam. siap faz pn ngaku time tu dorg dah gf bf (klu ikt video dia mkn churros kt indon tu). so time tu meols rase dorg mmg dah couple. bam tah start proposed akak faz pd mlm birthday faz (yg siang dia dpt 500 kuntum bunga tu). time tu mmg dah planning dgn pa faz pa bam tah n lain2 member rapat theyols. katenya akan dilakonkan semula part tu n will be show on reception nti. mybe reception 11 mac nti kot. ehhh motif meols tau
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:32 PM | Show all posts
Incanto replied at 21-2-2018 02:40 PM
masa tu kena coverline

tapi cara dahlia shazwan tanya soalan dan interact dgn fattzura macam ...

masa tuu ku tgk fattah flirting gila... siap kutip bulu mata kat pipi faz depan2 dahlia, ku rasa nak sekeh jerr
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanatus replied at 21-2-2018 03:32 PM
masa tuu ku tgk fattah flirting gila... siap kutip bulu mata kat pipi faz depan2 dahlia, ku rasa n ...

Yup.  Iols pun nmpak fattah flirting time ni tapi faz mcm berjaga2. Fattah terlepas cakap jugak panggil 'sayang' masa ni. Si dahlia seronok sangat masa tu iols tgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 21-2-2018 02:48 AM
Zaman skg ni jantan pun x tlepas sebagai pesaing pengextend ye chuolss

Ye la uol. Kawan ai dah nikoh beranak pinak pon sebok jantan2 garit mesej kat FB bawa deting. Sukorlah nak setakat yang ai tau dia masik kekal straight. Tu belum cerita godaan tino sundel.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Beautiful couple lah diorang ni. So kalau manja pun tak rasa geli

Faz even kak long pun dia tak nampak stubborn and nampak macam ikut cakap tak macam.....

Pape pon patah pakai spec semalam memang hemsem. Sejak kahwin ni iols tengok hemsem pulak mamat ni. Sebelum ni macam biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 21-2-2018 01:58 PM
Hok lakimu jate manjo ko chazey? Hehe

Iyo kak. Tu yang memahami sangat tu. Ai pula, faham2 ja la gimana dari gaya berporem yah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:56 PM | Show all posts
eely_shana replied at 21-2-2018 03:40 PM
Yup.  Iols pun nmpak fattah flirting time ni tapi faz mcm berjaga2. Fattah terlepas cakap jugak pa ...

masa interview hlive tuu lepas perhentian & abp, kann?... masa tuu aku rasa fattah mmg dah attaracted gila kot kat faz, tuu yg flirting tak hengat. Faz mmg nampak mcm berhati2 lagi.

Tapi masa kat perhentian tuu tbh aku nampak macam diaorg rapat sbg castmates jerr... mmg aku tak terfikir pon diaorg akan end up together. Kan masa tuu ramai yg dokk zikir marketing... kahkah aku antaranya lah masa tuu yg mmg kuat rasa sekadar marketing drama. In fact masa kat amsterdam pon aku rasa diaorg masih marketing. Aku cuma rasa dah tak marketing bila yg majlis sebelum nak puasa bila keluarga diaorg jmpa tuu... masa tuu baru aku rasa hmmm macam lain macam jerr diaorg nii. Rupanya dari perhentian dah angau.... chehh. Aku lambat tangkap rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:59 PM | Show all posts
Thanatus replied at 21-2-2018 03:56 PM
masa interview hlive tuu lepas perhentian & abp, kann?... masa tuu aku rasa fattah mmg dah attarac ...

masa shooting sampahraya tu, sebelum perhentian ke selepas perhentian??? kalau selepas, takkanlah bam abdul boleh layan kegaritan toot tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanatus replied at 21-2-2018 03:56 PM
masa interview hlive tuu lepas perhentian & abp, kann?... masa tuu aku rasa fattah mmg dah attarac ...

Iols pun anggap dorg marketing je mula2 smpailah time abp n amsterdam lain macam je nmpaknya. Intebiu hlive hsc dgn dahlia tu nmpak fattah lebih2, siap suruh istikharah lagi... Hehehe... Tapi iols tergelak masa faz citer cara fattah mintak no n masa dahlia tnya fattah save number faz dgn nama apa... Ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 04:07 PM | Show all posts
sora13 replied at 21-2-2018 03:59 PM
masa shooting sampahraya tu, sebelum perhentian ke selepas perhentian??? kalau selepas, takkanlah  ...

shooting sampahraya sebelum perhentian, sis.
masa kat perhentian tuu dia ada balik daratan kejap amik anugerah AME. Ingat tak dia ckp berat hati nak tinggal pulau. masa bamtah  naik daratan, kak faz upload 3 gambar sederet kat pulau yg dicaptured oleh darius (ku tak ingat nama sebenar dia). Bila ingat balik, apakah perasaan bamtah masa tuu yerr... adakah tergugat? geram?



Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 04:11 PM | Show all posts
eely_shana replied at 21-2-2018 04:03 PM
Iols pun anggap dorg marketing je mula2 smpailah time abp n amsterdam lain macam je nmpaknya. Inte ...

skema jerr save nama kat handphone kann masa tuu...
mungkin sekarang dah tukar jadik "hubsbaby manja mengada YPC suami terhelok"
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 04:16 PM | Show all posts
Thanatus replied at 21-2-2018 04:07 PM
shooting sampahraya sebelum perhentian, sis.
masa kat perhentian tuu dia ada balik daratan kejap ...

gambar apa yg faz upload chuols, tak ingat langsung meols. lega rasanya bila chuols cakap sebelum pulau. iols masih tak khatam lagi citer fattah sblm hsc. btw, iols tengok body languages fattzura masa interview dgn dahlia tu iols dah rasa sesuatu. dan memang fattah was very daring masa tu dan sedikit menggeletis. hahahah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.271994 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list