CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5887|Reply: 20

Wow! Penampilan Sebelum & Selepas Artis K-Pop Ini Mengejutkan. Beza Giler!

[Copy link]
Post time 21-2-2018 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Korean-Pop atau lebih dikenali sebagai K-Pop sememangnya telah mencetuskan fenomena yang luar biasa bukan sahaja di Korea Selatan, malah di seluruh dunia.


Selain muzik yang menarik, penampilan artis K-Pop juga seringkali menarik perhatian peminat fanatik mereka.


Mungkin ramai yang tidak tahu, ada segelintir artis terkenal ini yang mengalami perubahan imej yang sangat drastik jika dibandingkan dengan imej mereka sebelum menjadi terkenal.


Jom kita lihat antara 9 artis yang mengalami perubahan yang sangat ketara!


1. Hyosung - Secret



Jun Hyosung dari kumpulan Secret dulunya memiliki badan yang sedikit berisi jika dibandingkan dengan 'idol' yang lain.
Namun, pada tahun 2012 peminat Secret dikejutkan dengan perubahan berat badannya dari seorang yang berisi menjadi kurus. Perubahan ketara dapat dilihat pada saiz kakinya. Ahli kumpulan Secret yang lain seperti Hana dan Sunhwa juga turut mengalami beberapa perubahan jika dibandingkan dengan imej mereka sebelumnya.


2. Minzy- 2NE1



Minzy merupakan salah seorang ahli kumpulan 2NE1 dan mula menyertai industri muzik K-pop ketika berusia 15 tahun. Sehingga kini, banyak perubahan dari segi penampilannya seiring dengan pertambahan usia. Namun, ada desas-desus menyatakan dia ada melakukan pembedahan pada hidungnya. Lihat sahaja wajahnya sekarang, banyak perubahan bukan?


3. JungKook-BTS



Ahli kumpulan BTS ini sangat terkenal kerana suara dan ketampanannya. Seperti Minzy, Jungkook juga terjun ke bidang nyanyian pada usia yang muda. Sudah tentu banyak perubahan dari segi penampilan apabila semakin matang. Malah, ada yang menyamakan Jungkook seperti beluncas yang bertukar menjadi rama-rama. Bukan sahaja wajahnya semakin kacak, malah badannya
juga semakin tegap.


4. Gayoon -4Minute



Ahli kumpulan 4Minute ini mengalami perubahan berat badan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan penampilannya yang dahulu.
Terdapat beberapa gosip liar menyatakan Gayoon telah menjalani beberapa siri pembedahan termasuk dibahagian rahangnya sehingga menyebabkan dia tidak dapat makan denagn normal seperti sebelumnya. Kehilangan berat badan yang ketara tersebut telah dikaitkan dengan pembedahan yang dilakukannya.


5. Minho -SHINee



Ramai yang tidak percaya bila melihat kembali penampilan pertama Minho ketika kumpulan SHINEee mula dikenali. Dia juga sangat dikenali sebagai seorang yang sangat pemalu. Namun, pada tahun 2010, Minho mula melakukan rutin senaman di gim dan mengubah penampilannya dari seorang yang kelihatan kebudak-budakan kepada seorang yang sangat macho!


6. Nana



Nana sememangnya seorang yang cantik semenjak dari dahulu lagi. Dahulu dia dikenali sebagai seorang yang sangat minimalist terutama sekali dalam solekan. Tapi kini dia kelihatan semakin cantik malah ada yang mengatakan yang dia ada melakukan pembedahan plastik pada mata dan hidungnya.


7. T.O.P - BingBang



Ahli kumpulan BigBang ini sangat terkenal di kalangan peminat. dan pernah digelar sebagai lelaki paling seksi bagi K-Pop idol. Mungkin ramai yang terlupa atau tidak tahu yang dia dahulu pernah memiliki berat badan yang berlebihan. Kini, penampilan dia mampu memukau hati sesiapa yang melihatnya.

8. Kyuhyun - Super Junior



Ramai yang terkejut bila melihat rupa sebelum dan selepas ahli kumpulan Super Junior ini. Dia mengakui yang dia telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Sememangnya perubahan wajahnya sangat ketara!


9. Xiumin -EXO



Ahli kumpulan EXO ini malangnya telah menjadi mangsa kepada diet Yo-Yo. Berat badannya seringkali berubah daripada berisi kepada sangat kurus dan kemudian berisi kembali.


Namun, dia kini mengakui mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mahu menjaga kesihatan diri.


Perubahan-perubahan yang dialami oleh artis-artis ini sememangnya menyedarkan kita bahawa bukan sahaja wanita, malah lelaki juga turut mengambil berat penampilan mereka. Apatah lagi bagi selebriti Korea yang penampilan mereka sentiasa menjadi perhatian para peminat.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 03:00 PM | Show all posts
jungkook tu consider plastic surgery or puberty hits him good? if naturally mmg hensem ah! nana tu cantik je dulu and sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling plastik adalah pelakon.ape tah dalam.valid love tu.jadi tukang kayu kim tu
Plastik dia sampai.kejung habis muka.dia
Cm.robot yang hensem
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:30 PM | Show all posts
xiumin tu okay je hehe cute!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
T.o.p ni memang originally hensem laa. Sekarang ni je dia macam nampak tua kureng sikit hemsem nya. Cengkung sangat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xjauh beza...ada lg yg kaw2 transformation lpas plastic surgery la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2018 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni tak payah beriya2 surgery sangat. Buat mata dari sepet bagi bulat dah ok dah. Yg pompuan tu lebih sikit lah,kena bubuh silikon bagi tek besar baru nampak sexy pakai baju ketat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg top mmg ngetop...{:iwant
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 05:50 PM | Show all posts
Sama je dengan mana2 artis seluruh dunia.  Masa mula2 penampilan memang nampak berbeza dengan yang terkini sebabnya kini dah ada pendapatan lumayan.  Ada modal yang kurang cantik boleh bertukar menjadi lebih menarik
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis mesia oter jadi makin pelik sebab dokter murahan..pastu gatal tambah dagu  watpe dh macam jongos. Oter mane yang patut dahle
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Plastic sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 08:39 PM | Show all posts
memang plastik pun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Korea Pegi klinik plastic surgery tu Ibarat macam pi Lepak Mamak je chuols !!! Bila2 rasa nak
Pi, Terus pi ja. And it's very common tiap Satu household mesti Ada at least sorang yang buat plastic surgery.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 09:34 AM | Show all posts
Ya Allah gmbr Xiumin May 2013 tu...dah mcm tulang rgka dah...nasib gmbr lama...bru tgk..

For me...muka Kpop idol yg xbrubh smpai skg...CL dgn Dara 2NE1...muka depa 2 org ni mmg nmpk ori dr dlu smpai skg....yg lain2 tu xsure..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 10:01 AM | Show all posts
aku paling merecik tgk minho

dulu, kini, selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Huii,kurus xmakan ke sedut lemak ni..aku xmakan, xkurus2 pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 04:45 PM | Show all posts
ramai je yg mcm ni... sebab dorg kena suruh dgn company yg manage dorg.. kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling ngok bila peniaga kosmetik kt M'sia ni duk wt iklan produk cm ni : "Nak cantik mcm org Korea? Guna la produk $&!#%*?!" Korean pun banyak yg cantik plastik jah. Wadehek sgt
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 03:43 PM | Show all posts
biozipstar replied at 22-2-2018 08:45 AM
ramai je yg mcm ni... sebab dorg kena suruh dgn company yg manage dorg.. kan

Aah kan... i dgr once sign jadi artis depa ada term n condition utk buat plastic surgery...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 06:08 AM | Show all posts
buapakperut replied at 21-2-2018 06:24 PM
Retis mesia oter jadi makin pelik sebab dokter murahan..pastu gatal tambah dagu  watpe dh macam jong ...

Betul tu. Macam Nadia Shabab eh nama dia? Buat plastic surgery tambah dagu la mata yang memang ada double eyelid pi besor kan lagi. Nampak so weird tak cantik pun. Mesti pergi plastic surgery thailand je. Patut pergi Korea sana nun minta consultation nak oter bahagian mana. Ni main sesedap rasa tu yang buruk tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.376630 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list