CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51487|Reply: 278

[Politik] PRU-14: Orang Muda Pilih Siapa?

  [Copy link]
Post time 27-2-2018 12:16 PM | Show all posts |Read mode




Seramai lima juta orang muda akan mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-14, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Angka pengundi kali pertama itu meliputi kira-kira 34 peratus daripada keseluruhan pengundi di Malaysia.

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah boleh menjangka bagaimana pengundi-pengundi yang berpengalaman mengundi akan memilih.

Namun apa yang membingungkan kedua-dua belah pihak ialah bagaimana 5 juta pengundi pertama kali ini akan memilih.

Pengundi muda yang pertama kali mengundi ini adalah golongan paling ramai di atas pagar dan merekalah yang akan menentukan pemenang dalam PRU-14.

Apa yang berlaku dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 2008 boleh dijadikan contoh selepas ia dimenangi oleh Barack Obama sekali gus beliau menjadi Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.

Strategi kempennya memfokus kepada golongan muda hingga lebih 12 juta pemuda pemudi negara itu mengundi beliau.

Bagaimanapun, keadaannya berbeza ketika kempen Hillary Clinton pada tahun 2016 apabila golongan muda kurang memberi sokongan kepada beliau berbanding Barack Obama yang membawa kepada kekalahan Hillary Clinton kepada Donald Trump.

Berbeza dengan Barack Obama yang menerima 60 peratus sokongan orang muda pada tahun 2008, hanya 55 peratus orang muda mengundi Hillary Clinton pada tahun 2016.

Bagaimana pula pengundi muda di Malaysia akan mengundi pada PRU-14?

Adakah mereka memilih untuk mengundi mengikut kecenderungan politik keluarga masing-masing? Atau mengikut desakan rakan-rakan? Atau terpengaruh dengan aliran pemikiran media sosial?

Saya adalah salah seorang orang muda yang akan mengundi buat kali pertama pada pilihanraya ini dan saya masih belum membuat keputusan parti yang mana menjadi pilihan. Dan saya yakin, ramai lagi pengundi kali pertama adalah seperti saya.

Persoalan di benak kami adalah apakah yang ditawarkan oleh setiap parti tentang perkara yang penting kepada generasi kami.

Sebenarnya apa yang kami rasa paling penting ialah masa depan. Iaitu contohnya sama ada kami mampu mendapat pekerjaan yang baik selepas bergelar graduan, dan sama ada kami mampu memiliki rumah dan masih dapat menghantar sedikit wang kepada ibu bapa di kampung.

Kami juga mengambil berat tentang masalah yang dihadapi generasi kami pada masa ini.

Baru-baru ini saya terdengar rancangan Barisan Nasional berkenaan program Transformasi Nasional 2050 (TN50), pelan yang mengambil kira pandangan generasi muda mengenai apa yang mereka mahu pada masa depan. Ia adalah strategi yang baik kerana Barisan Nasional dilihat berusaha merancang masa depan untuk generasi muda.

Mungkin itulah sebabnya kini Barisan Nasional mendapat reaksi baik daripada orang muda.

Contohnya, dalam beberapa pilihan raya kecil yang baru lepas, sokongan golongan muda Cina meningkat di Sungai Besar sebanyak 23 peratus daripada 15 peratus pada PRU-13 kepada 38 peratus pada 2016.

Trend peningkatan yang sama turut dilihat di kalangan pengundi muda Melayu apabila sokongan mereka meningkat 18 peratus kepada BN di Kuala Kangsar, dua tahun lalu.

Selain itu, keputusan pilihan raya kampus di 20 universiti-universiti awam sejak dua tahun lalu menunjukkan peralihan ketara sokongan orang muda mahasiswa kepada kumpulan pro-kerajaan apabila mereka menang hampir semua kerusi yang sebelum ini dikuasai kumpulan pro-pembangkang.

Di pihak satu lagi, Pakatan dilihat tidak memfokus kepada masa depan tetapi kepada soal legasi masa lampau dengan melantik calon Perdana Menteri berusia 93 tahun.

Orang muda mungkin ada masalah dengan perkara ini kerana masalah pada hari ini tidak sama seperti yang dihadapi 20 ke 30 tahun yang lalu.

Strategi oleh Pakatan ini mungkin bercanggah dengan harapan orang muda sekarang.

Dalam ucapannya baru-baru ini, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil, berkata: “Generasi muda adalah pemilik masa hadapan. Merekalah pemegang taruh terbesar masa hadapan. Janganlah kita ulangi kesilapan masa lalu dan memaksa generasi akan datang untuk mengikuti amalan lampau dan tabiat lama. Tabiat lama memang sukar dibuang. Marilah kita menggantikan kesilapan lalu dengan aspirasi segar.”

Oleh sebab-sebab di atas, sebagai pemerhati daripada perspektif generasi saya, pada kali ini saya berpendapat bahawa Barisan Nasional akan mendapat sokongan lebih tinggi daripada orang muda berbanding Pakatan.


Oleh Aina Shatar

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 1067 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Uols ade dpt call x dpd pihak survey mengenai pru akan datang.. siap tanya akan undi sape, pru lepas undi sape, pastu psl gst, tanya psl sbb ds najib ke harga barang naik.. iols tnye, bkn ke undi tu rahsia, pastu dia jwb survey je dia jwb..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 01:32 PM | Show all posts
sheqim replied at 27-2-2018 01:26 PM
Uols ade dpt call x dpd pihak survey mengenai pru akan datang.. siap tanya akan undi sape, pru lepas ...

husband i dapat... tak tau dia jawab apa... i tak dapat pun....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 02:01 PM | Show all posts
mengikut kajian ramai org muda berpindah ke BN sbb mereka tak pasti halatuju perjuangan PR/PH di tambah lagi dgn kepimpinan mereka yg lintang pukang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya undi pr/ph sebab nak bn kerja lebih baik lagi.   
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sheqim replied at 27-2-2018 01:26 PM
Uols ade dpt call x dpd pihak survey mengenai pru akan datang.. siap tanya akan undi sape, pru lepas ...

Takda, tapi anak kelig dapat. Budak U.

Pastu ada gak viral call yang lucu. Terkekek2 ai ketawa pabila mendengar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 27-2-2018 02:01 PM
mengikut kajian ramai org muda berpindah ke BN sbb mereka tak pasti halatuju perjuangan PR/PH di tam ...

Siou la. Tingu ja PRU camna BN bekakai di Sabah. Klu manang pun mangkali manang tipis ja. Pilak pun kompom2 undi pembangkang suda demi Sapie.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 27-2-2018 03:04 PM

......tapi kalau pr/ph menang besar pun,  saya tak kisah tukar kerajaan.  Mereka pun orang malaysia juga.  Dan saya yakin bn boleh jadi pembangkang yang baik.   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kebenaran tak pernah tidur
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 03:12 PM | Show all posts
# undirosak
boleh??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 03:13 PM | Show all posts
OmJualGas replied at 27-2-2018 03:03 PM
......tapi kalau pr/ph menang besar pun,  saya tak kisah tukar kerajaan.  Mereka pun orang malaysia  ...

Jawapan TERBAIK, so classy..............
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 03:41 PM | Show all posts
ada sebuah teka-teki.

org tua2 dorang anti china komunis.
generasi muda dorang jd talibarut komunis  

cuba teka parti mana??

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 03:43 PM | Show all posts
pengundi muda bangla      

sampai 5 juta,  ramai nye ,   susah nak caya ....   kalu budak melayu,  cuali yg educate minat daftar jadi pengundi,  penagih dan mat rempit takan minat,  cina plak tak biak ramai,  tak mungkin india yg mampu sumbang sampai angka besar camtu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 04:08 PM | Show all posts
saya undi BN sebab pakatan merapu....sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 04:11 PM | Show all posts
pohon cai DAPig  @dodolgemok mencemar duli kerana % DAPig sgt sendu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
selalunya keputusan PRU akan opposite dgan expectation.... lgpn budak muda skrg ramai yg senyap2 dan tak lantang tp deep down diorg pun ambil peduli psal politik.... so ramai igt BN akan menang sbb ramai macai yg memekak dan pembenci kerajaan yg muda2 skrg ni wat lek wat peace... last year ramai expect PR akan ambil alih, tapi BN tetap menang.... tp last PRU, jumlah keseluruhan undi PR jauh lebih banyak kalau dikumpul seluruh Malaysia berbanding jumlah undi BN.... so I speku maybe this year the opposite dari expectation akan berlaku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 04:43 PM | Show all posts
aku tak mboh undi najib pasai aku tak dpt brim bleh??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Election 99, tun m Blok pengundi-pengundi baru. Eh, boleh pulak ek
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 04:48 PM | Show all posts
Aku biar je beribu2 survey kata BN menang... asalkan bila waktu pengundian dibuat BN kalah.
Nak cuba org lain pulak tadbir... asyik puak yg sama. Rasuah sampai tak ingat dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 04:53 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 27-2-2018 04:54 PM
Orix replied at 27-2-2018 04:36 PM
selalunya keputusan PRU akan opposite dgan expectation.... lgpn budak muda skrg ramai yg senyap2 dan ...

PRU14 akan memperlihatkan KERAJAAN CAMPURAN.
NO MORE UMNO KONTROL 88 KERUSI PARLIMEN.
Paling tinggi umno boleh menang 40 kerusi, otherwise 8-12 kerusi Parlimen je.
KERAJAAN CAMPURAN terdiri daripada PPBM 52 kerusi, PKR 51 kerusi,
DAP 35 kerusi dan AMANAH 27 kerusi - ini pun kalau semua calon mereka menang.
Kalau kerajaan camporan, memang tak timbul soal RACIS - semua bangsa sama rata.
Dan, paling penting takda siapa boleh usik KWSP/EPF, PNB, FELDA dan Tabung Haji.
Pengerusi-pengerusi perbadanan ini NO MORE ORANG UMNO.
Hanya orang yang betul-betul profesional akan dilantik.
Selamatlah duit kita.
NAJIB pulak - dia akan dihadapkan ke mahkamah.
Kak Mah tak merasa nak pakai kalong pink diamond 125 juta dan cincin berlian 24 juta......

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.085422 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list