CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 4

Tabik Dengan Semangat Guru Ini Tukar Papan Hitam Jadi Skrin Komputer Demi Murid!

[Copy link]
Post time 28-2-2018 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Walaupun serba kekurangan, ia tidak menjadi penghalang buat guru ini mengajar, malah dia begitu bersemangat berkongsi ilmu yang ada dengan murid-muridnya.








Kagum sangat dengan semangat guru ini mengajar subjek Teknologi Maklumat (IT) tanpa komputer. Kalau difikirkan, agak susah nak belajar subjek berkaitan komputer tanpa komputer terutama mereka yang memang tidak pernah menggunakan alat elektronik berkenaan.




Macam mana dia mengajar tanpa komputer?


Owura Kwadwo, guru di Ghana ini mengambil inisiatif dengan melukis gambar monitor komputer berserta butang fungsi untuk memberi pendedahan awal kepada muridnya mengenai komputer.








"Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mengajar, begitu juga saya. Saya sayangkan murid-murid saya dan ini cara saya mengajar mereka untuk lebih faham tentang IT," kata Owura.


Tak ramai cikgu akan berbuat sebegini, nampak keikhlasannya sebagai seorang tenaga pengajar.


Sekurang-kurangnya, pelajar boleh mendapat sedikit gambaran imej komputer sebelum mereka dapat belajar menggunakan peranti itu. Tak ada lah terpinga-pinga saja nanti, kan? 'Tabik spring' dengan cikgu Owuro ini!








Yang menariknya, posting Owura di media sosial dengan kapsyen "Lucu mengajar IT di Ghana, skrin komputer di papan hitam" beserta lukisan yang dimuat naik menarik respon netizen yang kagum dengan usahanya.







Malah, ramai yang menghantar pesanan ringkas untuk menderma komputer dan laptop untuk sekolahnya itu.




Foto: FB Owura




Wah! Nampak tak sesetengah benda baik kalau dikongsi boleh membawa banyak manfaat kepada orang lain. Tahniah untuk Owura Kwadwo, suka dengan semangat dan dedikasi yang dia tunjukkan! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
{:cryrun tabah dan ikhlas mengajar. Terharu aku
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 02:25 PM | Show all posts
Guru yang penuh dedikasi gigih berusaha mengajar anak2 murid supaya semuanya dapat pengetahuan berguna
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 02:31 PM | Show all posts
bagus nya cikgu nii..
betul2 ikhlas mengajar..
cikgu kat malaysia ni sorang sebiji dpt laptop kan..
tipon pun dpt..
ank buah aku cikgu..aku tengok dia upload dlm FB dpt tu semua free
harap2 betul2 la ikhlas mengajar
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 03:15 PM | Show all posts
cantik tulisan dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 1.222685 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list