CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4693|Reply: 21

Rakyat Malaysia Buat Malu Je Conteng Nama Pada Buluh Di Jepun..

[Copy link]
Post time 28-2-2018 12:02 PM | Show all posts |Read mode




Isu vandalisme di negara kita memang tidak pernah sunyi. Ada sahaja kejadian merosakkan harta benda awam oleh golongan remaja dengan menconteng dinding bangunan, papan tanda dan pelbagai harta benda awam yang lain. Entah keseronokkan yang bagaimana mereka yang melakukan vandalisme itu rasa selepas merosakkan harta benda awam?

Sekiranya perangai buruk ini tidak ditegah, lagi banyak kemudahan awam yang dirosakkan dengan contengan dan pihak kerajaan pula terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk membaik pulih. Jika tidak, terpaksa la netizen menghadap pemandangan yang  menyakitkan mata. Lagi teruk, ia juga turut menjadi tontonan pelancong asing yang datang ke negara kita. Memalukan betul!

Rupanya perangai melampau rakyat Malaysia ini terbawa-bawa hingga mereka berada di negara lain. Melalui laman facebook peribadi milik Farid Mustafa, dia mengecam kejadian vandalisme di negara Jepun oleh rakyat Malaysia.


Ada ke patut mereka menconteng nama pada buluh di sana? Sudah la kawasan itu diisytiharkan sebagai tempat bersejarah oleh UNESCO.




Ramai netizen mengecam tindakan mereka yang menconteng buluh dengan menulis nama-nama mereka sebagai tanda sudah menjejakkan kaki di situ. Ternyata sikap vandalisme rakyat Malaysia terbawa-bawa walau ke mana mereka pergi. Netizen turut kesal kerana rakyat Malaysia masih cetek dengan ilmu dan nilai moral.








Setuju dengan komen netizen ini. Jika di negara sendiri pun tiada rasa hormat, apatah lagi jika pergi negara orang. Tolonglah buang sikap buruk yang boleh memalukan nama negara sendiri.




Kelakar, netizen masing-masing 'tag' nama kawan-kawan yang nama mereka ada ditulis pada buluh tersebut. Tetapi, ada antara mereka itu belum pernah sampai lagi ke Jepun.








Jagalah harta benda awam dengan baik. Kalau harta sendiri boleh dijaga, kenapa pula harta benda awam perlu dirosakkan? Dengki dan buruk perangai sungguh! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
{:cryrun aduhai... Imej mana imej? Budi bahasa budaya kita
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 01:15 PM | Show all posts
perangai  sakai tak boleh dibuang walau pergi negara orang

sakai always sakai
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 01:36 PM | Show all posts
malunya. bbnu pergi holiday macam ni la agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 01:47 PM | Show all posts
ikut perangai menteri ke?

yg mana satu??
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Both tmpt yg dorang buat keje ni aku dh pg .. aku tido 2 mlm kt hotel tu .. n gi jenjln mat Arashiyama ni gak .. mmg x smpt nk jejak sgt tmpt tu sbb luas tmptnya.. nmpk sgt bdk2 ni xde keje .. pelik gak aku sbb time aku pg ramai org kot .. smpt lak dorang gi toreh pokok buluh ni .. dh gi luar negara pun mentaliti still mentaliti org gua ... buat malu btl .. {:dot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2018 02:23 PM | Show all posts
Sah le bebudak bbnu punya kerja gigih bawak perangai pprt ke luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bercuti, hang pun nak bercuti dengan perangai pprt... serius, aku cukup bengang dgn geng2 cuti acah2 bajet bergaya ni.. kdg2 malu sebab ada bbrp bbnu bakcpackers buat hal kat negara orang terutamanya kat homestay atau guesthouse..sbb kdg2 bila bbnu check out segala tuala dbawa manakala sampah pulak d tinggalkan tu yg owner guesthouse selalu bgtau. Aku minta maaf je lah bgi pihak malaun setan ni..
Cuma yg bt bangga sikit asal sebut mesia, its great, malaysia is great country because of mahathir.. ( atok japan yg cakap) {:teatime
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 04:35 PM | Show all posts
malu la nk pi bercuti kat jepun mcm ni... derang mesti dah pandang serong kat Malaysians.
mesti derang tgk kita, mcm kita tgk cina mainland.
uncivilized and rude.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 08:48 PM | Show all posts
tak payah cakap la aku da tak hairan dah dengan perangai melayu pasal vandalisme ke suke buat kacau ke mabuk ke jahat ke ape2 yg teruk2 la pasal melayu...
SEBABNYA LEPAS AKU DENGAR CERAMAH USTAZ AUNI MOHAMAD - KISAH NABI SULAIMAN DAN BALQIS ustaz tu ada ulas PROFESOR JOHN ke ape ntah nama dia ,  dia buat secara rawak di nusantara terhdap gen orang melayu n dia mendapati terdapat 29% gen yahudi ade pada orang m,elayu...
BILa dibuat balik dikaji balik DI SINGAPORE gen yahudi terhapa melayu tadi meningkat kepada 69.7% so tak pelik kalau melayu perangai mcm tak dek tamadun hahahah n kdg2 suka mencabar orang ,,,atau mne2 pihak......

https://www.youtube.com/watch?v=_iWYYY5UcCA

ni link dia... n forward@cepatkan ke minit 32.00
saksi kan ye...
america "THE GENOM PROJECT"

ada orang cakap ustaz auni hebat macam DR zakir naik
tapi ustaz auni cakap,,,jangan samakan dia dengan DR Zakir naik sbb dr zakir naik lagi hebat dari dia

*rendah diri orangnye ustaz auni
(orang kelantan tapi mengajar di pulau pinang)
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kamil8891 replied at 28-2-2018 08:48 PM
tak payah cakap la aku da tak hairan dah dengan perangai melayu pasal vandalisme ke suke buat kacau  ...


Apa? Ko nak kata Melayu buat semua ni sebab ada GEN YAHUDI? Ko nak kaitkan dengan Yahudi? Ko ingat Yahudi kat Israel akan buat keja takda otak tak bertamadun pi lorek2 nama kat bambu bila melancong?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kamil8891: tak payah cakap la aku da tak hairan dah dengan perangai melayu pasal vandalisme ke suke buat kacau ke mabuk ke jahat ke ape2 yg teruk2 la pasal melay ...

Pffttt.. tak percaya la ustaz ni. Suka mengarut. Always said what melayu kampung wants to hear. Illuminati illuminati illuminati. Facts dah debunked pun gigih nak pesongkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 07:54 AM | Show all posts
chazey replied at 28-2-2018 01:39 PM
Apa? Ko nak kata Melayu buat semua ni sebab ada GEN YAHUDI? Ko nak kaitkan dengan Yahudi? Ko ing ...

khenzzz.. padahal Yahudi pun dah civilised, takde nak bawak perangai hauk vandalism ni ke segala ceruk dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:01 AM | Show all posts
seelok la depa ni kawan ngn ummah prc yg berak dlm train tu

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 12:09 PM | Show all posts
Toreh jelah tangan ko dik kalau nak menconteng sangat
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:46 AM | Show all posts
sikit2 nak justified perangai sakai  ..petik  kisah perang dunia ke-2.bajet pandai...tapi hakikatnya bodoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2018 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Keburukan ada flight tambang murah nI sbb set2 sakai nI mampu nak travel oversi dahtu buat pangai
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
fuyupoktek replied at 3-3-2018 03:28 AM
Keburukan ada flight tambang murah nI sbb set2 sakai nI mampu nak travel oversi dahtu buat pangai

Dah lama aku terfikir menda sama gak... Kadang bila org kondem crew flight tambang murah ni x friendly x senyum marah passanger aku xde la nk kecam sgt crew2 ni sbb kalau yg naik flight tu pun set2 sakai pprt sapa bole tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kamil8891 replied at 28-2-2018 08:48 PM
tak payah cakap la aku da tak hairan dah dengan perangai melayu pasal vandalisme ke suke buat kacau  ...

Aiyoh......bodohnya percaya pd so called ostat ni..... cukup la ostat auni tu sorg bodoh, jganlah uols pn diperbodohkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 07:56 AM | Show all posts
So disrespectful. Rasa bagus sangatlah tu dapat travel oversea tapi tak hormat harta benda & culture orang lain.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079810 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list