CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7374|Reply: 82

"Ingat pesan akak ni Lofa..." - Mek Jena

  [Copy link]
Post time 1-3-2018 10:44 AM | Show all posts |Read mode




"SEBAGAI manusia, ada masanya kita tidak sedar apa kita lakukan dan bila sudah berlaku barulah nampak kesannya".

Itu komen penyanyi dan pelakon, Ziana Zain, mengulas majlis pelancaran tudung Neelofa di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Isnin lalu.


“Saya melihat isu dari aspek positif dan negatif. Positifnya, saya yakin, Neelofa ada misi tersendiri dan sebab memilih lokasi terbabit.


“Mungkin, secara tak langsung dia mampu menarik perhatian mereka yang tidak bertudung untuk hadir sekaligus terbuka hati memakai tudung bermula ‘turban’ dijualnya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Namun, Ziana yang hampir 30 tahun berada di dalam industri seni suara menegaskan bahawa penampilan beberapa gadis bertudung yang ligat menari seperti mana dalam video yang tular di media sosial itu kurang manis.

“Daripada segi moral dan mata kita sebagai orang Islam, perlakuan seperti terpapar di dalam video yang tersebar itu tak manis.

“Walaupun mungkin mereka ada alasan tersendiri, tapi perlakuan itu akan mengundang fitnah dan orang akan berfikir bukan-bukan,” katanya.

Penyanyi lagu Madah Berhelah itu juga berkata, kadangkala kita tidak sedar apa kita buat dan bila terjadi barulah nampak kesannya.

“Saya tak boleh nak cakap lebih kerana saya mengenali Neelofa. Kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Mungkin dari satu sudut, Neelofa juga terlepas pandang. Saya pun ada melakukan kesilapan yang saya sendiri tak perasan sebelum ini. Jadi, bila orang dah bercakap, kita mula sedar dan perbetulkan keadaan,” katanya.

Ditanya pendapatnya sekiranya itu adalah satu strategi terbaik untuk mempromosikan sesuatu produk yang dikeluarkan artis, Ziana tidak menganggap tular adalah sesuatu yang salah.

“Tak salah sekiranya kita tularkan sesuatu produk kerana memang di zaman sekarang itu menjadi strategi melariskan produk.

“Namun, perlu diingat. Sebagai artis, takkan kita nak nama kita tular kerana perkara negatif? Kita adalah suri teladan kepada peminat jadi jaga imej kita.

“Apa boleh saya simpulkan adalah pandai-pandailah jaga dan membawa diri agar strategi tidak menjatuhkan kerjaya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 10:50 AM | Show all posts
baik kak jena...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Habislah kak jena bakal diserang oleh jaharmy...nasib baik susah nak cari cerita2 artis lama ni.. kalau tak mampos kes kes dulu dithrowback balik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:56 AM | Show all posts
ingat jana nick .. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:57 AM | Show all posts
boleh tak merge je dgn benanag sedia ada .. semak la banyak2 kisah orang sama
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 10:59 AM | Show all posts
nasihat dari org yg dah lama dlm dunia seni...


tapi... org tu ego tinggi melangit... payah sikit lah nak dengar teguran org kan. as she said.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Well said @kaknam @Kak_Nam
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyohh... tetiba jah I terigt kes Port Dickson
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap2 lopak who r yussss kan je mek jena ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:08 AM | Show all posts
klu dah hati kering, apa org ckp pon tak guna..
harap hajah segera bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:08 AM | Show all posts
elorna replied at 1-3-2018 11:06 AM
Well said @kaknam @Kak_Nam

kaknam tu mak hayam ziana ke? serious ke mak hayam ziana main forum nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:09 AM | Show all posts
Orix replied at 1-3-2018 11:06 AM
Aiyohh... tetiba jah I terigt kes Port Dickson

kau saksi kejadian ke nyah? setakat dengar cerita orang baik duduk dalam bilik air gentel cik entit kau tu nyah..itu pun kalau ada lah nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ada yg berbisnes, memang bisnes (apa yg dia promote). tapi hajahlopakne sesuatu. sotak kisah pun takde pelanggan ketidak.. yg penting, gebangnya seluas alam. duit tetap masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:11 AM | Show all posts
bermula dengan turban apa nya mak ziana nyah...sebab tak cantik pun pakai turban ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:14 AM | Show all posts
idolfan replied at 1-3-2018 10:52 AM
Habislah kak jena bakal diserang oleh jaharmy...nasib baik susah nak cari cerita2 artis lama ni.. ka ...

siap zz nanti dikeluarkan cerita dari kubur ttg skandel dgn abam jib oleh si sirot giler...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:15 AM | Show all posts
ok mek jen....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 11:17 AM | Show all posts
dia jual turban? kenapa tak nampan orang sikh masa pelancaran tu pun? haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:20 AM | Show all posts
Orix replied at 1-3-2018 11:06 AM
Aiyohh... tetiba jah I terigt kes Port Dickson

orang tu dah bahagia dgn laki dan anak pinak lagi ko nak korek benda lama ker? ko nampak sendiri ker?

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 1-3-2018 11:17 AM
dia jual turban? kenapa tak nampan orang sikh masa pelancaran tu pun? haha

Shiot je
Xpsl2 joke psl budaya/agama lain, kan? Hajajahat nya psl laa ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:43 AM | Show all posts
nanti kak kena serang ngan lopak clan............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.106743 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list