|
Kenapa dah pakai sunscreen tapi muka masih burn?
[Copy link]
|
|
Hai. Saya nak tanya, saya jenis tak bermakeup so mmg takde pakai bedak & foundation. Then lepas pakai moisturizer tu pakai sunscreen je boleh tak ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus penerangan cik Beauty Consultant kita tapi ada yg tak lengkap. Sunscreen dan sunblock adalah 2 benda berbeza. Sunscreen adalah dalam bentuk chemical yg mana ingredients dia terdiri dari avobenzone, octinoxate and oxybenzone. Bila kita sapu ke kulit dia akan terus menyerap hingga ke dalam kulit kita dan seterusnya akan menyerap UVA/UVB utk buat kerja dia sebagai sunscreen dalam kulit. Mereka yg berkulit sensitif pd chemical tak boleh pakai sunscreen. Selalunya mereka yg suka outdoor activities mcm swimming, main sport kena pakai jenis chemical sunscreen. Sunblock pulak adalah dalam bentuk physical yg mana dia buat kerja atas kulit kita sahaja dan kena apply 20 minit sebelum keluar rumah. Bila UVA/UVB attack sunblock nie akan pantul balik. Sebab tu namanya sunblock. Dia akan block UVA/UVB.
So berbalik kepada tajuk kenapa dah pakai sunscreen tapi muka masih burn? It's because produk tu sendiri dan kulit muka u alergi pada avobenzone. Bila kulit alergi dia akan bertukar warna pd sunburn selepas beberapa hari penggunaan sunscreen.
Wajib ke pakai sunblock/sunscreen nie? WAJIB kalau tak nak kulit jadi sagging (kendur), jeragat, garis halus dan sakneka maknenek penuaan. Kalau tak pakai hurmm...once UVA/UVB dah attack terus dlm dermis, dia akan buat kacau kita punya sel. So protect sel kulit kita dgn pakai sunblock/sunscreen.
Sunblock/sunscreen nie pakai pd last step skin care ye bukan sebelum moisturizer. Macam mana nak pilih mana yg sesuai? Kena tau jenis kulit. Pastu pilih laa sunblock/sunscreen. Kalau boleh pilih yg SPF30 dan ke atas.
Betul ke sunblock/sunscreen nie kena re-apply? Yes bergantung kepada berapa spf nya. Contoh kiraan:
SPF15 x 20 minit = 300 minit is how many minutes you can stay in the sun without burning.
300 minit dibahagi dgn 60 minit = 5 jam sun protection without a sunburn.
So terpulang pd diri nak re-apply berapa kali. Mcm saya hari2 pakai yg SPF50 tapi bila lepas solat zohor, saya apply balik sunblock. Rasa mcm togel jer muka bila tak pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
kulit i burn jenis burn dulu walau pakai sunscreen tapi masa tu mg pakai dari pagi sampai ke ptglah..lpastu baru tahu pakai suncreen ni kena touch up 3-4 jam, baru nampak muka pun ok |
|
|
|
|
|
|
|
pakai SPF 50 yg ada +++++ kat belakang dia. pastu WAJIB reapply every 2 hours ya! |
|
|
|
|
|
|
|
Masih kena sunburn walaupun memakai sunscreen?
2 kemungkinan:
1) SPF yang tidak mencukupi
2) Waktu yang tidak sesuai. Waktu yang sesuai untuk suntan adalah pukul 8-9:30am/ 5-6:30pm. Kalau anda memilih untuk suntan pada waktu 10am -4:30pm ,maka anda yang meminta masalah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|