CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20437|Reply: 190

[Tempatan] Pakcik Tu Tak Raba, Saya Tak Dibayar

  [Copy link]
Post time 4-3-2018 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Lollipop111 at 5-3-2018 09:46 AM

Ini adalah satu perspektif daripada saksi yang berada di tempat kejadian.. Sy tau ada yg dah post di bebenang dahulu tapi saya mohon moderator untuk tidak katup bebenang ni. Saya rasa kiter perlu ada bebenang baru khas untuk setidaknya membersihkan nama pakcik itu sekeluarga sekiranya tuduhan sebelum itu betul2x fitnah semata...


*****************************************
PETALING JAYA: Video seorang lelaki warga emas yang didakwa meraba paha seorang penumpang wanita di dalam transit aliran ringan (LRT) tular di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan netizen.
Lelaki itu yang kononnya meraba paha seorang wanita yang duduk di sebelahnya dan sedang tidur, dirakamkan seorang penumpang lain yang duduk bertentangan.
Pelbagai kecaman dan hinaan ditujukan netizen kepada warga emas itu, termasuklah yang mengaitkannya dengan isu perkauman.
Namun seorang pemuda yang mendakwa dirinya turut berada di tempat kejadian tampil menafikan lelaki warga emas itu meraba wanita tersebut.


Karl Jeffrey Ramesh, 24, berkata, ketika kejadian dia menaiki LRT dalam perjalanan dari KL Sentral ke USJ, Subang Jaya, baru-baru ini.
Dia menjelaskan berada di dalam gerabak yang sama ketika kejadian tetapi berdiri di ruang hadapan pintu, bersebelahan dengan tempat duduk perakam dan warga emas itu.
“Saya nampak dengan mata saya sendiri, pakcik tu tak meraba tapi dia hanya menarik kain jubahnya yang tertindih di bawah paha perempuan itu.
“Pakcik tu tarik secara perlahan-lahan sebab tak mahu kejutkan perempuan tu yang tengah tidur. Netizen kena tengok video tu betul-betul, jangan buat tuduhan sehingga memfitnah,” katanya kepada mStar Online.


Ramesh yang berasal dari Klang berkata, dia tampil membuat penafian kerana berang dengan kecaman netizen terhadap warga emas berkenaan, yang masih berterusan sehingga kini.
Menyifatkan lelaki tersebut sebagai ‘mangsa’, Ramesh meminta supaya netizen menghentikan fitnah dan tidak lagi menyebarkan video tersebut.
“Anda tidak berada di tempat kejadian dan anda tidak tahu hal sebenar, jangan fitnah dan tuduh macam-macam sehingga menyentuh isu perkauman.
“Bayangkan ahli keluarga atau saudara anda berada dalam situasi pakcik tu yang tak bersalah, apa yang anda rasa kalau video tu tular? Mesti sakit hati kan,” katanya.


Ramesh turut menafikan dakwaan dia dibayar untuk memberi sokongan kepada lelaki tersebut sambil menegaskan dirinya sebagai saksi kejadian.
“Saya hanya memperjuangkan nasib pakcik tu yang lemah dan ketika ini tidak bersuara untuk mempertahankan dirinya,” katanya.
Ramesh turut mempersoalkan tindakan perakam itu yang hanya merakam dan memuat naik video tersebut di laman sosial sehingga tular.
“Kenapa si perakam tidak tegur pakcik tu kalau betul dia meraba? Kenapa dibiarkan saja? Rakaman dibuat untuk dijadikan bukti dan buat laporan kejadian kepada pihak berkuasa, bukannya terus memalukan orang.

“Saya minta si perakam supaya tampil membuat kenyataan dan permohonan maaf di atas tuduhan tersebut,” katanya dengan nada kesal.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/04/jawab-isu-raba-paha/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2018 09:25 PM | Show all posts
Ya Allah sedih betul baru tahu pasal pakcik difitnah dalam train. Kali ni memang silap siapa viralkan ini. Saya kenal terlalu rapat dengan pakcik tu... Syukur Ramesh saksi kejadian cerita hal sebenar..bagitahu semua tu fitnah..cuba orang tuduh bapa atau mak kita. Viralkan gambar macam tu..tak fikir langsung. Orang tu ada keluarga..malukan macam tu..

Allah Maha Kaya..tuan puan nak tahu tak saya bila tengok gambar tu terus cari videonya.Pakcik tu baik..dia tak nak kejut perempuan tu tidur....jubah dia tertindih oleh perempuan tu yang tidur tersengguk-sengguk.. Dia resah..yerlah jaga-jaga. Tuan haji tu dah uzur.. Jalan pun selalu tunduk jer sepanjang hidup beliau...saya nak cari siapa yang buat fitnah tu. Saya nak nasihat dia.. Sebab pakcik tu saya sangat kenal rapat dari umur 12 tahun sejak mula-mula dekat dengan dakwah dan belajar benar-benar kenal Allah...

Anak-anaknya semua sahabat saya. Semua anaknya daie. Pelajar cemerlang universiti dan daie besar. Sifat anaknya macam ayahnya. Saya selalu cerita kisah hidup keluarganya dalam ceramah saya..

Beliau pencen pegawai besar tau..kini menghabiskan hidup khidmat dengan masjid dan dakwah. Naik komuter jer ke sana sini buat dakwah jauh-jauh dalam keadaan uzur..Saya kenal rapat dengannya. Kami sama-sama berdakwah kawasan pedalaman. Habis semua kampung asli kami pergi sama-sama.. Haji tadi pukul 3 pagi dan bangun solat menangis. Jika tuan puan nak tahu jika haji tadi berdoa selepas ceramah,semua orang menangis sekali..Keluarga mereka bahagia. Semua anaknya suka khidmat basuh tandas masjid.

Anak sulungnya pelajar cemerlang anugerah dekan di sebuah universiti. Habis terus berdakwah sehingga luar negara. Saya masih teringat sifat dan akhlaknya. Balik dari situ beliau bersama saya dan kawan lain yang masih muda. Takdir Allah beliau meninggal mati syahid dalam usia muda sebab dalam perjalanan dakwah berlanggar lori. Anaknya pukul 3 pagi dah bangun tahajud. Sama sifat macam ayahnya..

Pakcik tadi bukan calang-calang orang..dari muda saat belajar di universiti buat dakwah sampai kini usianya yang lanjut..saya sayang beliau kerana Allah..

Ya Allah siapalah tergamak buat khianat macam ni...saya nak jumpa..ampun ya Allah..siapalah yang buat begini..semoga Allah beri hidayah padanya..saya sumpah dia dan seluruh keluarganya jadi baik dan berubah. Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Nanti kat akhirat tak lepas. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh...Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu..orang baik dan tak salah pula...
-ebitlew
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik sis tak bermulut celupar mencaci maki pakcik tu...kalau tak hazab la lutut sis nk merangkak mintak ampun ngn pakcik tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pakcik ni betul difitnah, merangkak lah sekor2 yg dok follow caci pakcik ni mohon maaf..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela. Kita ni tak ada di tempat kejadian. Hanya berdasarkan video yg dah separuh jalan tu. Cpt sgt menjatuhkan hukum. Kesian pakcik ni kena hencap atas kesalahan yg dia tak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 09:52 PM | Show all posts
lega kaka xcaci maki.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhan ja yang tau niat sebenar... malas nak cakap2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2018 09:54 PM | Show all posts
tahniah pd forumer2x yg menahan jari2x dan mulut masing2x... kneepad tidak dijual ye di bebenang ini utk sesiapa yang dah terlanjur tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2018 09:55 PM | Show all posts
LautBiru52 replied at 4-3-2018 09:48 PM
Yela. Kita ni tak ada di tempat kejadian. Hanya berdasarkan video yg dah separuh jalan tu. Cpt sgt m ...

Teringat kisah nabi Allah nabi Yusuf A.S. dan seorang wanita istana...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Online ke offline tetap sama akan dipertanggungjawabkan. Hati-hatila masa menaip kat forum atau media sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:02 PM | Show all posts
Lollipop111 replied at 4-3-2018 09:54 PM
tahniah pd forumer2x yg menahan jari2x dan mulut masing2x... kneepad tidak dijual ye di bebenang ini ...

Heheheheh!! nasib aku tidak tergolong yg ikut mencerca pasal berulang ulang kali aku tgk video tu, aku tak nmpk celah bedah mana pakcik ni meraba. Bila aku memberi pandangan begitu, maka berduyun duyun makcik pakcik bawang serang aku kata aku pervert. So aku diam diam saja smp terbukti yg rupanya pakcik ni difitnah. Yg mencerca tu sediakan kneepad masing2 ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la. Duk tgk je video tu x nmpk pun mcm meraba. Adakah konsep meraba tu lain di mata perakam sehingga berburuk sangka begitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Time tengok video tu. Memang aku save je caci maki. Entahlah sape betul sape salah.

Tapi nak cerita seorang ustaz kenalan keluarga pernah cuba harass aku time budak2 dulu. Rasa takut sangat, tak cerita kat sape-sape. Ni bru tulis kat porum.
Then bila dah besar ni jumpa la dia waktu one of my family meninggal,  baca doa, talkin sambil nangis2. Aku rasa meluat gila. Berselindung disebalik kupiah dan jubah.. si penunggang agama ni.
Until now aku memang ada rasa was2 dgn orang yg potray ahli agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2018 10:29 PM | Show all posts
ffbeauties replied at 4-3-2018 10:18 PM
Time tengok video tu. Memang aku save je caci maki. Entahlah sape betul sape salah.

Tapi nak ceri ...

Tak dinafikan sis, mmg ada org sebegitu... mohonlah dijauhkan keturunan kita semua drpd pemangsa mcm tu...

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:45 PM | Show all posts
ffbeauties replied at 4-3-2018 10:18 PM
Time tengok video tu. Memang aku save je caci maki. Entahlah sape betul sape salah.

Tapi nak ceri ...


Aku baru baca td pasal kes budak di cabul di Johor oleh seorang individu yg mengajarnya mengaji. Wife dia pun tau suaminya cabul budak tu. Tak blh salahkan orang bila golongan alim ulama ni di pandang serong psl skrg dah terlalu byk kes melibatkan perbuatan keji org agama ni. Tp nasiblah aku save my comment psl pakcik ni meraba psl aku mmg tgk berulang ulang kali video tu tp msh tak nmpk part pakcik tu meraba. Akhirnya mmg terbukti yg pakcik ni tak bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 4-3-2018 10:45 PM
Aku baru baca td pasal kes budak di cabul di Johor oleh seorang individu yg mengajarnya mengaji. ...

Kita kalau boleh tengok orang tu kita fokuskan individu..

Dah kita tanam otak kita judge orang berpakaian mmg itu kita dapat..sedangkan betapa ramai lg yg xberpakaian alim buat jugak..

Apa kita fokus itu kita dapat..sangat tidak adil nak judge orang berdasarkan pakaian..

Salahkan individu bukan pakaiana..kalau kita sebagai islam jugak pon nak salahkan pakaian apalagi yg bukan islam..


Nasib baik la tak komen apa2 pasal pakcik tu..kalau tak jenuh la nak kita mintak maaf..

Kita bayangkan aja itu bapak kita..setelah kena fitnah macam tu macam mana sebagai anak kita nak berdepan dgn org sekeliling..

Takpela..pahala melimpah utk pakcik tu..keje senang...silap2 pahala kena umpat tu asbab dia masuk syurga..sbb dia jugak jenis berdakwah dan tolong anak yatim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2018 10:54 PM | Show all posts
megan_pox replied at 4-3-2018 10:51 PM
Kita kalau boleh tengok orang tu kita fokuskan individu..

Dah kita tanam otak kita judge orang  ...

Bukan pasal pakaian. Kdg2 orang yg alim ulama ni ada je yg pakai baju biasa biasa saja.  Orang yg arif ilmu agamanya dah tentu org lbh respect kerana ilmunya. Tp bila org begini buat onar terutama kes kes melibatkan cabul,rogol,pedo, sudah tentu org ramai pandang serong dgn org agamawan ni walaupun tak adil utk pukul rata. Tp yg paling teruk bila org non muslim lg pandang hina org begini. Maka timbullah cerita fitnah pakcik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang tengok kat page Ebit Lew..baju merah...ramesh ni ada komen..hensem bangat ramesh ni .. ada  diorg buat live
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah,kenapa aku rasa yang amoi tu sengaja bersubahat dengan si perakam untuk kenakan pakcik tu untuk buat video dengan pura2 tidur..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 4-3-2018 10:54 PM
Bukan pasal pakaian. Kdg2 orang yg alim ulama ni ada je yg pakai baju biasa biasa saja.  Orang yg  ...

Setuju.
Walaupon ramai lagi yg baik tp golongan yg berselindung disebalik agama ni la yg merosakkan nama baik Islam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.097612 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list