CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1557|Reply: 15

Nak Sangat Jadi InstaFamous Sampai Sanggup Berhutang

[Copy link]
Post time 7-3-2018 10:58 AM | Show all posts |Read mode




Seorang wanita dikenali sebagai Lissette Calveiro, 26 tahun, mendedahkan dia sebenarnya terpaksa menjalani hidup susah dan dikelilingi hutang demi mahu menjaga 'reputasinya' sebagai bintang Instagram.

Pada tahun 2013 dia yang berasal dari Miami berpindah ke New York bertujuan menjalani latihan berkaitan pengajiannya. Namun selepas menjalani hidup di kota metropolitan itu, dia merasakan hidupnya bak filem yang biasa ditonton dan jadi kenyataan.

Dia kerap merakamkan rutin harian dan aktiviti yang dilakukan dan dikongsi di akaun sosialnya. Lantaran dia menjadi semakin seronok dan mahu menjadi selebriti sosial media.



Sejak itu dia mula berbelanja banyak untuk membeli pakaian baru, menikmati percutian mewah dan makan di restoran mewah demi memikat pengikutnya. Tanpa disedari, dia mempunyai hutang kad kredit mencecah USD10,000 (kira-kira RM3,9010).

Sikapnya yang suka berbelanja dalam talian dan membeli barang-barang pereka terkenal membuatkan dia terjebak dengan hutang. Misalnya dia membeli beg tangan jenama Luis Vuitton yang berharga USD1,000, yang jelas di luar batas kemampuannya.

Ini kerana ealun pratikal yang diperolehi hanya cukup untuki menampung kos pengangkutan awam. Disebabkan itu dia terpaksa membuat kerja sambilan.


"Saya menjalani hidup penuh kebohongan, hutang saya terlampau banyak," Ujar Calveiro sseperti yang dilaporkan DailyMail.

Setahun kemudian dia pulang ke Miami dan melakukan dan bekerja sebagai pegawai promosi demi mengumpul wang melangsaikan hutang-hutangnya.

Walaupun begitu, sesekali dia akan mengemaskini Instagram dan memuat naik semula gambar-gambar yang sudah ada dalam simpanannya.

Pada hujung 2016 dia mendapatkan tawaran pekerjaan di Manhattan. Ketika itu berazam untuk tidak lagi terlalu mengikutkan kehendak hatinya dan belajar tidak boros.

"Saya sedar saya akan kembali ke New York dan saya harus menahan diri atau saya akan terjebak hutang lagi, tuturnya.

Dia tidak lagi menyewa apartement mewah sebaliknya mencari bilik sewa sederhana. Kali ini ia juga mulai memasak sendiri untuk mengawal perbelanjaannya. Dia hanya berbelanja 35 USD seminggu untuk membeli makanan.

Setelah empat belas bulan berlawan keinginannya, dia berjaya mengurangkan jumlah hutangnya.

"Tidak ada orang yang bercakap mengenai pendapatan di Instagram.

"Semua orang hanya peduli pada kemewahan. Seandainya saya punya kesempatan saya akan membelanjakan wang saya dengan lebih bijak."


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpalah.. belajar dari pengalaman.. aku muda2 baru kerja pun camtu.. skrg dah insap
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
So realitynya
Haus je ke?
Alahai..
Kalau.btol btol.mampu xpe
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-3-2018 11:11 AM
So realitynya
Haus je ke?
Alahai..

sama mcm Queen
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 11:56 AM | Show all posts
Sebab tu golongan sebegini kejap je famousnya bila ramai dah tahu sendu ler nanti
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:28 PM | Show all posts
ramai je org mcm ni...berbelanja melebihi pendapatan...
biar papa asalakan bergaya...
yg sanggup berhutang semata2 nak nmpk mewah tu mmg sgt2 pelik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2018 12:36 PM | Show all posts

hahaha merata2 queen jadi contoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:37 PM | Show all posts
biar papa asal bergaya??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 12:48 PM | Show all posts
Bagus la at least sheols dapat kesedaran and usaha untuk keluar dari masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:19 PM | Show all posts
teringat cerita confession of a shopaholic
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:22 PM | Show all posts
better time muda ni joli sakan drpd kerja 24/7.
kalo dah tua baru nak merasa,dah xguna
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah rs nk impresskan diri org lain..sbb lbh bagus berbelanja ikut kemampuan. Lg2 time emergency kan?

Dr zmn dl sblm zmn fb/myspace ade sstgh org kg sy yg berlawan langsir, perabot n mami jarum semua. Lps raya, pinggan mangkuk melayang sbb bgaduh laki bini x mampu nk bayar. Buat malu je
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
friedfishsoup replied at 7-3-2018 11:15 AM
sama mcm Queen

Khen...
Tu x beli...snap.dlm kedai
Lagi haus..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:36 PM | Show all posts
Kalau dah insaf, bagus.
Jadikan pengajaran di masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 05:49 PM | Show all posts
sedor diri n insoff bgus la..
jgn jdi cam kakpamm mendonia lagi hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 06:47 PM | Show all posts
mujur ada kesedaran
boleh la buat paid review lepas ni
kat malaysia buta2 dapat rm10k++ sebulan buat paid review dengan video ntah pape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.066303 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list