CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1203|Reply: 11

(Video) Dia Jalan Kaki Sambil Bawa Baby Kecil Tengah Panas, Cuba Tahan Kereta Mi

[Copy link]
Post time 7-3-2018 12:36 PM | Show all posts |Read mode





Pernah tak anda terfikir untuk tolong orang asing? Apa pula pandangan anda terhadap pelancong yang datang dari luar negara? Masing-masing ada pendapat tersendiri kan.

Sama juga seperti 2 orang wanita ini yang secara terbuka menolong seorang wanita yang juga pelancong dari luar negara yang berdiri di tepi jalan bersama seorang anaknya yang masih kecil.

Memetik kisah dari akaun Facebook, Yaya Hidayah iaitu salah seorang wanita yang membantu pelancong itu. Hidayah bersama rakannya yang dalam perjalanan dari Taiping ke Bagan Serai ternampak wanita itu bersama anaknya yang cuba menahan kereta yang lalu dikawasan itu namun tiada siapa yang berhenti.







Terdetik hati Yaya dan kawannya untuk berpatah balik dan membantu pelancong itu dan menanyakan ke mana dia mahu pergi.

Menurut Yaya, pelancong itu mahu ke Alor Setar tetapi tiada duit dan telefon bimbitnya juga hilang. Dia juga mengadu kelaparan dan Yaya bersama rakannya membelikan sekeping piza untuk pelancong itu makan bersama anaknya.

Yaya dikatakan hanya mampu menghantar pelancong itu di stesen bas Parit Buntar untuk ke Butterworth dan menukar bas untuk ke Alor Setar.
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya baby tu panas2 haih
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:55 PM | Show all posts
tetiba nampak tag ellendegeneres.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:55 PM | Show all posts
ari tu ade bace kt fb. mmg kesian tgk. tp pelik dia dtg ngn sape? mane laki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang sengaja menyusahkan diri sendiri.
Dah tak berapa ada duit tak payah la melancong.
Pernah jumpa family kokesen dengan 2 anak kecik.
Dekat2 rumah i ni ada sejenis hostel bagi sewa bilik murah.. dah murah gitu pun tak cukup duit nak bayar sewa untuk seminggu.
Senang hati aje datang meja makan kita orang mengadu domba mintak tolong.

Ingat kau kokesen kita orang kagum?
Ini kokesen sengkek sesat muka tak malu je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:16 PM | Show all posts
apa2 pun mesti share
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2018 01:26 PM | Show all posts
kadang2 aku lihat, orang putih, org arab
gunakan kelebihan kulit dorg, utk minta 'sesuatu' dari set2 melayu cmni

yelah, melayu kn pandang mulia arab, panggil syed, tuan syed bagai
memuliakan

cuba klu org cm bilal rabah, itam berkerak bwa anak kecil,
agk2 ada yg nk tolong tk?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:26 PM | Show all posts
cheapskate kokesen.... xkan xtau kewujudan uber? datang plak melancong kt negara yg rendah nilai matawang.... prffffttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 01:36 PM | Show all posts
nape x anta je balai polis rasenya lg trjamin coz dia ckp tepon ilang duit ilang kan, 1 lg boleh lh polis tepon kt kedutaan negara pompuan tu...y nko g anta kt stesen bas nnti dia nk bayar ngn ape...batak viral sgt budak pompuan nih..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 01:58 PM | Show all posts
sebab kokesen.. cuba kalau melayu ke myanmar ke..
takde sapa hingin nak tolong..
takut kena rompak katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:07 PM | Show all posts
kasihan sama anak kecil
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah cuba tolong pasangan yg bawa anak kecil..kat pantai..hujan lebat..
Offer hantar bini anak balik...ditolak.
Mungkin risau @ pk kami nak culik kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063644 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list