CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1917|Reply: 5

"Ini Cerita Aku" - Surat Terbuka Aizat Amdan Untuk Ayah Buat Ramai Ter

[Copy link]
Post time 7-3-2018 02:24 PM | Show all posts |Read mode






Sebelum ini, sering kali kita mendengar pelbagai rungutan orang ramai tentang perkhidmatan yang diberikan doktor dan jururawat di hospital terutama apabila ahli keluarga atau orang terdekat mengalami kesakitan.

Bagaimanapun, catatan penyanyi terkenal Aizat Amdan telah membuka mata orang ramai tentang bagaimana baiknya perkhidmatan yang telah doktor dan jururawat berikan sepanjang bapanya ditempatkan di hospital.








Menurut Aizat, pada penghujung 2017, bapa kesayangan diserang strok untuk kali keempat menyebabkan dia ditempatkan di tiga hospital berlainan iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang Puteri dan Hospital Rehab Cheras.


Tambahnya, sepanjang bapanya berada di hospital, dia dan adik-beradiknya banyak belajar tentang cara menguruskan pesakit yang mengalami strok daripada doktor dan jururawat.





Foto: IG Aizat




Bahkan, Aizat turut terharu apabila keluarga dan pesakit lain turut memberikan sokongan kepada bapa dan keluarganya untuk sembuh dan dia sangat menghargai sokongan orang ramai ketika itu.

"Saya sangat berterima kasih kepada seluruh tenaga jururawat yang sentiasa sabar dan berhati-hati sewaktu mengendalikan pesakit serta keluarga mereka. Saya berjanji tidak akan memandang rendah status mahupun peranan mereka yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada kita" ujar Aizat di dalam suratnya itu.


Apa yang dikongsikan penyanyi lagu "Sampai Ke Hari Tua" itu mengenai kesedaran cara penjagaan orang sakit dan betapa bagusnya staf hospital melaksanakan tugas mereka membuka mata ramai netizen tentang perkara ini.




Foto: FB




Apa yang boleh dikatakan, sebenarnya menjaga ahli keluarga yang sakit itu bukanlah terletak pada doktor dan jururawat semata-mata, sebaliknya ahli keluarga sendiri perlu memainkan peranan sepanjang proses rawatan. Semoga bapa Aizat cepat sembuh. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 02:56 PM | Show all posts
Sedap suara aizat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:14 PM | Show all posts
akak selalu confuse aizat dengan faizal tahir.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-3-2018 03:14 PM
akak selalu confuse aizat dengan faizal tahir.


Jauh sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 05:49 PM | Show all posts
Bagus sebab beliau berfikiran terbuka menghadapi dugaan dan tak menanggap ia satu bebanan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 06:48 PM | Show all posts
nak baca full story kat twitter tu
sesiapa tolong la tepekkan

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066935 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list