CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2114|Reply: 12

Wanita Ini Tak Boleh Tengok Benda Kelakar, Kalau Ketawa Mesti Pengsan

[Copy link]
Post time 19-3-2018 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Tidur adalah waktu yang membolehkan badan kita rehat dan memulihkan semula sel-sel badan yang telah rosak. Tidur juga sangat menyeronokkan bagi kita semua, terutama pada waktu pagi apabila hujan turun sehingga kita lewat untuk pergi kerja dan paling parah apabila solat Subuh pun kita langgar. Tetapi, tahukah anda, ketawa pun boleh 'tidur' juga. Mari kita lihat, penyakit apakah yang dimaksudkan ini?


Sumber: peru.com


Sering mengantuk dan tidur yang panjang adalah antara rutin bagi seorang penuntut Universiti Lincoln, England. Kay Underwood sering kelihatan mengantuk sewaktu dalam kelas ketika dia berumur 15 tahun dan sering tidur selama berjam-jam selepas habis sesi persekolahan. Pada sebelah malam, Underwood sering terjaga daripada tidur dan tidak dapat menggerakkan tubuh. Ada ketika dia terasa seperti lumpuh seketika. Underwood dirujuk kepada pakar di Hospital Leicester dan disahkan menghadapi Katapleksi.



Sumber: mynnm.ru



Penyakit Katalpleksi adalah serangan tiba-tiba yang mengakibatkan otot menjadi lemah hinggakan penghidapnya tidak mampu bergerak walaupun ketika itu dia sedar. Ada ketika Underwood pengsan ketika ketawa sehingga mengganggu penghidupannya seharian. Selain ketawa, rasa teruja, terkejut, takut, marah atau malu juga boleh menyebabkan pengsan. Lebih 40 kali sehari Underwood pengsan sebelum sedar semula dalam beberapa minit.


Menurut Dr. Andrew Hall dari Hospital Leicester, Katapleksi adalah kelumpuhan tidur yang berpunca daripada kegagalan fungsi otal yang mengawal masa jaga dan tidur. Katapleksi boleh menghilangkan keupayaan otot secara mengejut ketika berjaga. Dr. Hall juga menambah yang penghidap Katapleksi akan mengalami sakit kepala dan migrain selain tekanan emosi terhadap 30% hingga 57% penghidapnya.



Kalau kita perasaan, contoh yang selalu dipaparkan dalam kaca telivision adalah dimana penghidap Katapleksi terjadi pada tangan. Seseorang itu tiba-tiba akan melepaskan pegangan tangannya selepas menerima berita yang mengejutkan dan memberi kesan emosi yang kuat dan mendalam. Bayangkan babak dalam drama makcik-makcik bawang pukul 7. Kebiasaannya ada babak heroin menerima berita kematian hero, heroinnya boleh melepaskan pegangan benda di tangannya dan 'tidur' tiba-tiba.


Kadang-kadang benda gembira pun boleh pengsan juga
Sumber: reactiongifs.com



Hah, lepas ni hati-hati kalau terlalu lama tidur. Mungkin dah kena cek doktor pakar. Mana tahu, ada penyakit pelik-pelik berlaku pada kita. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 12:09 PM | Show all posts
hahah kena proposed sampai pengsan.. pun comel
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 12:39 PM | Show all posts
cantik le pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi... bagus pompuan camni dari asik nak nangih jer manjang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak kat dia..mcm manalah dia nak control ekspresi perasaan dia tu..kang x pasal2 pengsan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 01:15 PM | Show all posts
takde nikmat ketawa dah utk dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2018 01:17 PM | Show all posts
kesian dia.. seksa gak.. dah laki dia takleh nak geletek2 chikebum chikebum ngan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 01:20 PM | Show all posts
x leh tgk movie lucu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2018 01:24 PM | Show all posts
Kena banyak bertabah nampaknya bukan senang nak control kalau dalam situasi sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik la dia.moga dpt sembuh dr penyakit itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik la dia.moga dpt sembuh dr penyakit itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali sekala xpa..ni dah berkala2..seksa kut..ml pun failed awai gaya gini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian..hilang hiburan hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.318622 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list