CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1395|Reply: 12

" Mak Cik, 2 ikat 3 riyal sudoh la," kata Leman

[Copy link]
Post time 28-3-2018 10:28 AM | Show all posts |Read mode







" Mak Cik, 2 ikat 3 riyal sudoh la," kata Leman menawar harga 2 ikat kacang botol yang di jual seorang mak cik tua di kaki lima.
" Ambik lah awe 2 ikat 3 riyal pun," jawab mak cik tua itu perlahan walau hati kurang rela.

Dia risau kalau dia berkeras juga hendak jual RM4 untuk dua ikat kacang botol tu, nanti Leman tak jadi beli. Macam mana dia nak beli beras untuk dibawa balik. Beras kat rumah sudah kehabisan.

*****

" Jap, saya cari duit 5 sen. Rasanya ada ni," kata Leman kepada cashier di butik Polo.

Baju Polo yang dia beli berharga RM295.95. Beli kat butik boh. Baru original. Kat butik mana boleh tawar walau 5 sen.

Sedangkan pemilik jenama Polo dan pemilik butik itu dah kaya yang amat. 'Pitih dio liun-liun doh,' kata ore Kelate.

Tapi makcik penjual kacang botol itu, tinggalnya di atas tanah orang. Anaknya ramai, suami pula belum pulang dari laut. Bergadai nyawa di lautan luas untuk menyara keluarga.

Tetapi begitulah tabiat orang kita. Menawar pada yang kurang memberi pada yang lebih.

Sepatutnya, kalau seikat kacang botol itu harganya RM2, kita beli dua ikat, kita bayarlah RM5 dan cakap,

" Mok cik. Tok payoh bui nyucur lah. Seriyal lagi tu ambo sedekoh."
Takkan kaya kau simpan rm1 dalam poket. Dan takkan menjadikan kau lebih berharta kalau kau menawar pula harga kacang botol untuk dua ikat.

Namun, sedekah RM1 itu mampu memberi senyuman kepada orang tua itu. Mampu membahagiakan dia dan keluarga.

Dan dengan RM1 yang kau sedekah itu, pasti ada satu doa diutus untukmu dari penjual kacang botol di kaki lima.

Apakah mahal RM1 untuk satu senyuman dan satu doa ikhlas untuk kita? Fikirlah sendiri. Fikir dalam-dalam.

Ubahlah sikap suka menawar pada yang tiada. Sebaliknya, kita lebihkan untuk mereka. Marilah kita membudayakan amalan sedekah. Marilah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 10:35 AM | Show all posts
exactly, tak sampai hati nak tawar kalau beli
kat penjual camni... simpati..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 10:43 AM | Show all posts
Aku mmg tak biasa tawar menawar dgn peniaga2 pasar nih..
tak sampai hati..
Tp klu ada offer 1 ikat RM3, 2 ikat RM5 - mmg aku ambik yg 2 ikat ler..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:35 AM | Show all posts
Yup. Tak pandai nak tawar-menawar.
Pernah keluar shopping dengan kawan di Jalan TAR, dia persoalkan kenapa saya terus ambil shawl tu tanpa minta kurang harga.
Tak pandai nak menawar, tak sampai hati pun ya juga.
Jangan la berkira sangat. Kalau itu harga yang dia letak, bayar sajalah harganya. Kecuali dia kata ada diskaun, itu lain cerita.
Peniaga pun ada mulut yang nak diberi makan dan tapak untuk bayar sewa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 12:01 PM | Show all posts
hmm..sdihnya meollss baca..teringat smalam kawan meolss keje kedai perabot femes, dia cakap bos dia punya modal beli set katil yang rega RM4000 sebenarnya RM300 je..sebab tu la boleh wat sale sampai 70% sebab masa tak sale harga yahudi namati mahalnya..urrghhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 12:35 PM | Show all posts
aku kalau makcik makcik jual macam ni aku bayar je

memang takde nak mintak tawar menawar pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-3-2018 12:38 PM | Show all posts
fushimi replied at 28-3-2018 12:35 PM
aku kalau makcik makcik jual macam ni aku bayar je

memang takde nak mintak tawar menawar pun



tu lah kesian kan. kalau aku sengaja bagi duit lebih


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2018 12:40 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 28-3-2018 11:35 AM
Yup. Tak pandai nak tawar-menawar.
Pernah keluar shopping dengan kawan di Jalan TAR, dia persoalka ...



betul tapi jangan sampai kena tipu pulak.. kalau tahu harga market ok lah. x semua peniaga jujur.ada je jenis suka ambil kesempatan nak untung 3 kali ganda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 12:41 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 28-3-2018 11:35 AM
Yup. Tak pandai nak tawar-menawar.
Pernah keluar shopping dengan kawan di Jalan TAR, dia persoalka ...

kalau pergi jalan tar tu ko wajid tawar menawar

kalau dia tak nak bagi ko blah je

kalau tak tawar rugi
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:27 PM | Show all posts
chacon replied at 28-3-2018 12:40 PM
betul tapi jangan sampai kena tipu pulak.. kalau tahu harga market ok lah. x semua peniaga juj ...

Aha, iya.
Tapi kalau setakat shawl sehelai 10 ringgit, bayar je la.
Kalau benda lain yang mungkin harganya berbeza berbanding kedai-kedai lain, mungkin la kot cuba untuk menawar
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:31 PM | Show all posts
fushimi replied at 28-3-2018 12:41 PM
kalau pergi jalan tar tu ko wajid tawar menawar

kalau dia tak nak bagi ko blah je

Setakat shawl 10 ringgit, bayar je la. Sama je mana-mana kedai pun.
Kalau barang lain...mungkin boleh cuba
Tapi setakat ni pekedai senang layan saya, ambil terus bayar je.
Kalau saya rasa harga barang tu mahal, saya blah je terus, tak dan nak menawar

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:58 PM | Show all posts
faraway1 replied at 28-3-2018 10:35 AM
exactly, tak sampai hati nak tawar kalau beli
kat penjual camni... simpati..

Ada je org yg mcm ni Faraaa......

Sampai penjual sedih ckp, dah murah dah tu cik.....
So, I amik brg ckp, tak sampai hati nak tawar pcik....
Terus amik brg, byr & blahhh.....

Muka cantik....bulu mata melentik kemain....
RM1 pun nak tawar sampai lebih dari harga lantai....
apa peniaga tu nak mkn klu pangai mcm tu sekali.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 08:28 AM | Show all posts
kalau beli kat makcik2 mcam ni x sampai hati nak mintak kurang
agak2 la barang  dn harga yg di caj tu sesuai ke tidak
bukan nya mahal pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076052 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list