CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2660|Reply: 14

"Tergamam Lihat Kaki Tergantung Di Bingkai Pintu" - Wanita Kongsi Deti

[Copy link]
Post time 2-4-2018 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Setiap manusia yang hidup pasti akan diuji. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka tidak pernah ditimpa musibah atau berdepan sebarang masalah.

Bezanya, setiap orang menghadapi ujian berbeza dan tidak mustahil ada kalanya pasti ada yang berasa sedih dan tidak kuat untuk mengharunginya.

Tapi, harus diingat, di kala kita berasa seperti ingin berputus asa, masih ada insan yang diuji lebih hebat berbanding kita.

Mungkin diri sendiri tidak sekuat mereka yang mampu bangkit dari badai kehidupan, namun kisah ini mungkin boleh dijadikan inspirasi selain menghembuskan sedikit semangat ke dalam diri.

Seorang pengguna Facebook, Siti Nur Ain Khairuddin baru-baru ini, berkongsi pengalaman tragisnya apabila terbabit kemalangan jalan raya dua tahun lalu.


Tragedi yang mengubah hidup Ain










Ketika dihubungi, Ain berkata, dalam kejadian dia bersama suami dan anak perempuannya iaitu Mardhiah yang ketika itu berusia lima tahun dalam perjalanan ke Johor Bahru sebelum lori dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler menyebabkan dia tercampak keluar dari tingkap hadapan.








"Maafkan saya, Ya Allah apa yang saya dah buat ni? Tengok kaki awak sayang,"
kata suaminya.









Mama, bebey takut







Saya sayang awak. Andai ini takdirnya, saya reda






Menurut Ain, 28, kecederaan dialaminya menyebabkan dia terpaksa ditahan di hospital selama 59 hari. Namun, kejadian berkenaan tidak melemahkan semangat ibu tiga anak itu.

Ain kini memiliki tiga orang anak (dua perempuan dan seorang lelaki) dan mengusahakan perniagaan produk kesihatan Shaklee serta Tupperware.








Menurutnya, dia menggunakan kerusi roda untuk melakukan tugas harian di rumah seperti memasak dan menguruskan anak serta bersiar-siar di luar. Dia hanya menggunakan tongkat untuk ke bilik air sahaja.








Perkongsian Ain itu meraih perhatian orang ramai yang turut bersimpati di atas nasibnya dan dalam masa sama, kagum dengan kecekalannya mengharungi dugaan hidup bersama suami dan anak-anak.


Insan yang tabah dan sabar


Foto: FB Siti Nur Ain Khairuddin




Setiap yang berlaku itu pasti ada rahmat di sebaliknya dan terserah kepada setiap individu untuk menjadikan ia kekuatan atau sebaliknya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh .nasib baik salur urat kt peha yg berdenyut tu x pecah ke luka..kalau x ..takde dh agaknya akak ni kt dunia nan fana...takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat masa iols gi ikea.smalam
Ada satu family.ni..wife nya atas kerusi roda.n.pegang anak...
Husband nya tolak..
Sabar je husband di bawak.sana.sini...
Moga tabah semuanya..bukan.mudah utk kita.terima segalanya sekelip.mata
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 02:18 PM | Show all posts
sedih plak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 02:56 PM | Show all posts
bini dia lawa...patutla drebar lori ni bawa bini kehulu kehilir
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 04:09 PM | Show all posts
anak yg lelaki tu comelll mata bulat.. semoga berkenan dpt anak cmni..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
terpksala ma tu keep on tanya nama n no ic..sbb x nak patient terlelap..tkut trus terlelap slamanya x bangun2
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Xleh baca full..
Rasa nk pitam..sebab terbayang sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2018 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur nyawa masih panjang
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 10:46 AM | Show all posts
pengalaman aku eksiden motor patah collar bone.. memula  tu ok lg.. tp nk angkat tangan dah tak boleh.. raba2 tgk tulang tersembul tp tak luka.. tau dah patah.. ada hamba Allah keje ronda hiway berenti n call ambulance.. 15min gak la tggu ambulance sampai.. masa tu aku dah tersandar n nak pitam dah.. air liur rasa payau.. badan sejuk.. tmpt patah tu menyucuk.. pinggang pun rasa membengkak semua la.. aku tahan lg takmo pengsan.

ambulance sampai angkat aku.. punya la sakit wlupun dorang angkat lembut je.. dlm ambulance plak bawak laju.. wlupun dah ikat kat stretcher tu masih bergerak2 lg.. aku genggam besi stretcher tu rasa mau nk bengkok kot.. haha.. MA dlm tu bg tenang n pegang tangan aku.. bila ada sentuhan manusia rasa mcm lega ckit wlu tak kenal sapa org tu..

dalam citer mangsa ni, aku rasa lg extreme.. dgn berdarah2 lg.. anak n laki ada.. susah nk bayang.. aku yg cuma patah je pun rasa sakit ya amat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 12:20 PM | Show all posts
kita baca part2 punya..seriau..semoga bertabah semuanya

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210961763872258&set=a.10207300962434510.1073741828.1598599125&type=3&theater
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 02:58 PM | Show all posts
cantik orang nye

huhuhu...btol lah kita yg membaca pon rasa nak pitam

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zmn skrg mmg semua cte nak d share kt socmed ek?including cite zaman dulu2?makin parah masyarakat kita ni.....aiyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 08:19 AM | Show all posts
ngerinye tgk keadaan lori tu. alhamdulillah, pnjg umur akak ni and lawo akak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 10:50 AM | Show all posts
driver lori tk sepatut nye bawak famili or lain2 org yg tk di insurance kn.. salah ni... anyway alhamdulillah akak ni selamat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.261544 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list