CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 6

Obses Dengan Filem Disney? Jom Bercuti Ke Alam Fantasi!

[Copy link]
Post time 2-4-2018 05:43 PM | Show all posts |Read mode




Melihat lagak anak-anak yang berangan menjadi Elsa pasti membuatkan anda berhasrat untuk membawa mereka melihat sendiri keindahan sebuah istana ais. Bagi yang mampu, lokasi-lokasi ini wajib dikunjungi bagi merealisasikan impian fantasi anda sekeluarga!






1. Istana Diraja, Sleeping Beauty


Diilhamkan daripada Neuschwanstein Castle di Bavaria, Jerman. Istana ini dibina oleh Ludwig II dari Bavaria pada tahun 1892 sebagai tempat persinggahan peribadinya. Ludwig II  juga dikenali sebagai King Swan dan merupakan pencinta seni telah meninggalkan struktur  yang indah ini.





Foto: Google Imej









2. Dataran kampung kecil, Beauty and The Beast


Diilhamkan daripada Alsace, sebuah wilayah indah di Barat Laut Perancis yang dahulunya sebahagian daripada Jerman. Oleh itu, ia mempunyai gabungan kedua-dua budaya ini terutama dalam seni bina pastoral yang indah.





Foto: Google Imej









3. Istana ais Elsa, Frozen


Diadaptasi daripada Hotel De Glace di Bandaraya Quebec, Kanada. Hotel ini adalah struktur bermusim yang muncul di pinggir Kota Quebec setiap kali musim sejuk sahaja. Seni bina sebenarnya berbeza dari tahun ke tahun dan dibina daripada ais batu, menjadikannya inspirasi sempurna untuk sebuah istana bagi filem Frozen.





Foto: Google Imej






4. Istana Sultan, Aladdin


Diilhamkan daripada seni bina Taj Mahal di Agra, India. Makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan itu dibina pada tahun 1632 untuk isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal. Makam ini ‘diselimuti’ marmar putih dan dikelilingi taman-taman yang subur.





Foto: Google Imej









5. Perkampungan Pacha, The Emperor’s New Groove


Diadaptasikan daripada Machu Picchu Di Cusco, Peru. Tapak Incan yang misteri di pergunungan Peru dianggap sebagai kediaman Maharaja Incan, Pachacuti. Selepas Penaklukan Sepanyol, tapak ini terus dilupakan dunia luar sehingga ia ditemui semula pada tahun 1911.





Foto: Google Imej









6. Rumah Kaisar dalam Mulan


Diilhamkan daripada Kota Terlarang di Beijing, China. Suatu ketika dahulu, istana itu dianggap "kawasan terlarang" kerana ia merupakan  kediaman maharaja, dan tidak ada yang dapat masuk atau keluar tanpa izinnya.





Foto: Google Imej








7. Katedral, The Hunchback Of Notre Dame


Tidak lain adalah Katedral Notre Dame di Paris. Katedral yang ikonik dan menakjubkan ini adalah salah satu contoh seni bina Gothic yang terkenal di dunia. Ia mengambil masa hampir 200 tahun untuk disiapkan.





Foto: Google Imej









8. Sungai dari New Orleans, Puteri Katak


Diilhamkan daripada tasik dan sungai tenang yang mencirikan keadaan Louisiana. Tasik ini adalah habitat haiwan paya seperti ikan keli dan kura-kura, yang mengilhamkan kisah-kisah menyeramkan makhluk-makhluk paya ghaib dan ganas.





Foto: Google Imej









9. Istana Diraja dalam Brave


Diilhamkan daripada Istana Eilean Donan di Scotland.





Foto: Google Imej









10. Istana Permaisuri, Snow White


Diilhamkan daripada Alcazar di Segovia, sebuah istana yang terdapat di Sepanyol tengah. Ia telah digunakan beratus-ratus tahun oleh beberapa raja Sepanyol sehingga rosak teruk akibat kebakaran pada 1862. Ia dibina di tebing pertemuan antara dua sungai, memberikan bentuk yang mirip dengan muncung kapal.






Foto: Google Imej




Ahh, peminat filem Disney pasti sudah mula berfantasi, kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2018 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu joy repah gi tempat2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 06:49 PM | Show all posts
Menarik infonya makin ramai ler akan berjunjung ke tempat2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver: Tunggu joy repah gi tempat2 ni

Haha baru nak cakap. Tuhari joy buat video dia jadi puteri yg kena sumpahan.  Haha lucu laa princess gemok
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 12:15 PM | Show all posts
no8 tu, yg katunnya cantik je, xsama dengan yg betul punya..seram
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 04:10 PM | Show all posts
info yang menarik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2018 08:52 AM | Show all posts
no 9 tu tmpt shooting lagu kuch2 hota hai..hahah tibe2 masuk bollywood
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055028 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list