CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 0

[Politik] PIMPINAN PAS #2 : PAS dilabel sekongkol dengan Umno

[Copy link]
Post time 4-4-2018 11:15 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: “Kononnya parti mereka memperjuangkan kebebasan bersuara dan bercakap,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, apabila PAS menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Palsu, terus dilabel PAS bersekongkol dengan Umno.

Sebaliknya, ujar beliau apabila PH menyokong RUU 164 dan PAS sahaja yang membantah, tidak mengapa pula.

Beliau berkata, mereka menyokong RUU kerajaan tidak mengapa.

Tambahnya, tidak memerintah pun sudah nampak diktator, kalau memerintah nanti cuba bayangkan apa akan terjadi.

“Minta maaflah, ini PAS, tidak tunduk dengan ugutan, tohmahan dan fitnah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Tambahnya, tafsiran mereka kalau mengikut mereka benar, jika melawan mereka adalah salah.

“Insya Allah, semoga tohmahan dan fitnah kepada PAS, ia akan bertambah subur dan membiak,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, rakyat semakin cerdik dan bijak.

Beliau turut memetik kata-kata almarhum Sayyid Qutb: "Kebatilan walaupun nampak kuat, ia tidak kekal. Kebenaran walaupun nampak lemah, tetapi ia akan menang. Insya Allah”.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018. - HARAKAHDAILY 3/4/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6044-pas-dilabel-sekongkol-dengan-umno

Bodoh Umno tak peralat persempadanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054143 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list