CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2109|Reply: 3

Selalu Buang Semua Ini, Rupanya Banyak Manfaatnya!

[Copy link]
Post time 5-4-2018 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Selepas menggunakan sesuatu bahan, sudah semestinya sisanya akan dibuang. Tapi, tahukan anda bahawa sisa yang selalu dibuang itu mempunyai pelbagai manfaat tersembunyi. Nak tahu lebih lanjut, jom baca apa yang dikongsikan Reader's Digest ini.




1) Kulit pisang


Foto: Mediaadil.com





Ia boleh digunakan untuk menghilangkan kesan lebam pada kulit serta menyembuhkan luka anda. Kulit pisang mempunyai antioksidan yang baik untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit. Gosokkan sahaja pada kulit yang terjejas itu.




2) Kulit kentang


Foto: Mbahmedis.com





Sudahlah leceh nak mengupas kulit kentang, kemudian senang-senang sahaja dicampak ke tong sampah. Jangan! Kulit kentang ini dapat dijadikan bahan untuk antipenuaan. Bukan itu sahaja, ia dapat dijadikan sebagai bahan untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.


Bagi membuatkan anda kembali muda remaja, anda disarankan meletakkan potongan kentang pada kulit wajah untuk membolehkan ia menyerap nutrisi yang terkandung di dalamnya selama 10 minit.




3) Roti basi


Foto: Regitapratiwi97.blogspot.com





Roti yang telah tamat tempoh boleh digunakan sebagi alat untuk memadam contengan krayon pada dinding dan seumpanya. Teksturnya seperti span akan berfungsi seperti penghapus kotoran degil berjenama!


Oh, kalau anda membeli durian dan aromanya terperangkap di dalam kereta, boleh juga meletakkan beberapa keping roti (sebanyak boleh) di dalam kenderaan anda supaya ia dapat menyerap segala bauan tidak disenangi.


4) Kulit bawang

Foto: StethNews






Kulit bawang mempunyai pelbagai nutrisi yang dapat melancarkan arteri anda, menurunkan kadar gula dalam darah serta mengurangkan keradangan. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan meletakkan kulit bawang di dalam sup dan rebus bersama.




5) Minyak zaitun yang tamat tempoh


Foto: Familinia.com





Ia sangat bagus untuk menanggalkan mekap pada wajah.


6) Kulit limau


Foto: Little-stars.kr





Semut banyak di rumah? Kini anda boleh menggunakan kulit limau sebagai alat untuk menghapuskan semut secara semula jadi. Ia juga boleh dibuat dengan mengisarkannya bersama sedikit air dan letakkan di kawasan 'jajahan' semut.


Selamat mencuba, ya! Semoga bermanfaat. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2018 12:16 PM | Show all posts
kompius jap..kne letak kulit kentang ke kepingan kentang..
so pe pekdah kulit kentang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh cuba..{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 12:31 PM | Show all posts
Tips menarik boleh dicuba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057549 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list