CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1670|Reply: 11

Ashraf Muslim, Irma Hasmie, Lufya Omar, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zoey Rahman

  [Copy link]
Post time 6-4-2018 06:06 PM | Show all posts |Read mode




PELAKON, Ashraf Muslim pada majlis memperkenalkan selebriti bagi Misi Bantuan 4 Negara di Royal Chulan The Curve. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.




KUALA LUMPUR: Kali pertama menyertai aktiviti kemanusiaan di luar negara, pelbagai perasaan menyelubungi pelakon, Ashraf Muslim, terutama apabila terpaksa meninggalkan keluarga lebih seminggu.

Bakal ke Bosnia menjayakan kempen Projek Squad Celebrity Global Volunteers bermula 19 April ini, Ashraf mengakui, pada mulanya dia agak keberatan untuk berjauhan dengan keluarganya.
Namun, demi semangat untuk mengumpul dana membantu umat Islam di sana, semua perasaan itu diketepikan.

"Kami ke sana untuk menjalani rakaman bagi menggalakkan orang ramai supaya turut sama menghulurkan bantuan. Tanggungjawab itu agak besar kerana kami mempunyai sasaran yang perlu dicapai.

"Jika saya tidak kuat, bagaimana saya mahu meneruskan misi ini," katanya.

Projek itu direalisasikan dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Pertubuhan Ukhwah 4 Ummah (U4U).

Ashraf yang bakal muncul dalam drama Geng Tadarus berkata, misi selama lapan hari itu turut disertai Diana Amir dan Farah Lee.

"Saya sudah terbiasa dengan pelbagai kerja amal, tetapi belum pernah mengembara sejauh ini. Apabila sudah ada peluang membantu masyarakat luar, sukar untuk saya lepaskan.

"Tidak tahu bagaimana perasaan saya apabila tiba di sana nanti. Apa yang saya tahu, di Bosnia ramai ibu tunggal dan anak-anak yang ditinggalkan kesan daripada peperangan.

"Mereka hidup dalam tekanan dan tidak bekerja. Justeru, saya perlu kuat kerana saya membawa misi besar untuk memastikan usaha ini berjaya," katanya.

Selain Bosnia, IRM dan U4U turut mengumpul selebriti bagi menjayakan tiga lagi misi di Malawi (Afrika Timur), India dan Filipina membabitkan Irma Hasmie, Lufya Omar, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zoey Rahman dan Lah Ahmad.

Orang ramai yang berminat menyertai kempen ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang: www.ukhwahforummah.org atau www. islamic-relief.org.my.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2018 06:20 PM | Show all posts

bosnia cantik2 perempuannya

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosnia masih perlu dibantu? Sana ramai ibu tunggal dan anak2 yang ditinggalkan kesan peperangan? Ko biar betul? Tak cukup ka ibu tunggal dan kanak2 terbiar di Malaysia ini untuk ko pergi nun jauh ke Bosnia maju untuk hulurkan bantuan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu tunggal dan kanak2 mangsa perang di Bosnia hidop tertekan karna tiada kerja? Halo? Perang tu bukankah dari tahun 1995 dah habis? Kakak konfius sapa jugak yang ko nak pi tolong yanf kunon tertekan sangat di Bosnia tu? Ka nak carik nombor tiga Serap oi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 06:30 PM | Show all posts
chazey replied at 6-4-2018 06:26 PM
Ibu tunggal dan kanak2 mangsa perang di Bosnia hidop tertekan karna tiada kerja? Halo? Perang tu buk ...



rohingya yang dekat tak moh pergi ke tu. itu pun ramai ibu tunggal mangsa perang  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
wnwa05 replied at 6-4-2018 06:30 PM
rohingya yang dekat tak moh pergi ke tu. itu pun ramai ibu tunggal mangsa perang

Chow Kit tu pun ramai jah ibu tunggal la, anak2 gelandangan. Tamau tolong ka?

Kat Filipina ka Malawi ka boleh la lagi terima. Ini, Bosnia? Hello?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2018 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
gajah dpn mata pun tak nmpk..balik2 misi bantuan ke luar negara..kt sini pun rmai org susah beb yg tak dpt pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 08:36 PM | Show all posts
chazey replied at 6-4-2018 06:32 PM
Chow Kit tu pun ramai jah ibu tunggal la, anak2 gelandangan. Tamau tolong ka?

Kat Filipina ka M ...

Macam mana chuols tahu depa tak pernah tolong lagi?
Entah-entah sekarang hanya nak melebarkan sayap gerakan sukarelawan yang dah lama bergerak dalam negara kan? Mungkin dah banyak ibu-ibu tunggal yang disantuni dan diberikan bantuan? Cubalah chuols husnuzon dengan sudara islam kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2018 09:01 PM | Show all posts
misi amal ke misi anal ke tetap tidak mengubah pandangan mak terhadap mak hayam ni semua ok..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 09:01 PM | Show all posts
wnwa05 replied at 6-4-2018 06:30 PM
rohingya yang dekat tak moh pergi ke tu. itu pun ramai ibu tunggal mangsa perang

mak hayam rohinga semua busuk nyah...mak hayam artis ni semua mahu cium yang wewangi je nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 09:04 PM | Show all posts
mak hayam rohingya yang kekonon ibu tunggal tu anak baby lagi...eloknya bagikan contraceptive pills daripada bagi bantuan makanan dan lingerie...kejam tak mak? reproduction to the max sangat..subur gebur....mak hayam yana samsudin patutnya belajar apa diet pemakanan dan senama mak hayam rohingya untuk kekal subur walau dalam keadaan tertindas ye nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 09:07 PM | Show all posts
semoga berjaya chuols!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064105 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list