CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8375|Reply: 98

“Tak Perlu Jadi Kawan, Saya Hanya Mahu Neutral,” Neelofa Komen Hubungan Dengan F

  [Copy link]
Post time 16-4-2018 03:52 PM | Show all posts |Read mode





“Tak Perlu Jadi Kawan, Saya Hanya Mahu Neutral,” Neelofa Komen Hubungan Dengan Fazura
[size=0.8em]Written by serenity | April 16th, 2018











Hubungan dingin antara pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa dan pelakon Fazura dilihat telah berlangsung bertahun lamanya. Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna media sosial mendakwa Neelofa telah memerli Fazura melalui satu video yang dimuat naik ke IG storynya.

Melalui rancangan Melodi TV3 pada Ahad, Neelofa telah membuat penjelasan mengenai video itu. Dia menerangkan bahawa dia tidak ada masalah dengan sesiapa dalam industri hiburan:

Tak ada apa jadi pun, sebenarnya. Saya rasa yang lebih-lebih ialah orang di media sosial. Saya tiada ada-apa masalah dengan sesiapa dalam industri. Industri ini sangat kecil, kami akan terserempak juga, majlis itu, majlis ini, nampak juga muka yang sama. Saya tak ada perseteruan dengan sesiapa.



Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.




Neelofa menambah yang dia tidak kisah jika Fazura tidak jadi kawannya, cuma tidak mahu sebarang masalah:

Tak perlu jadi kawan, hanya neutral, tak ada apa-apa masalah dengan satu sama lain, itulah yang sebenarnya saya mahukan.

Neelofa juga menerangkan bahawa orang ramai tidak tahu apa sebenarnya latar belakang video tersebut, sebaliknya membuat penghakiman berdasarkan apa yang terpapar dalam video berdurasi 30 saat itu sahaja:

Orang menghakimi berdasarkan video 30 saat tersebut. Apa jua perbualan kami sebelum video itu dirakamkan, orang tak tahu.

Orang tak tahu apa perbualan kami yang sebenar. Saya anak pusing masa balik pun tak boleh, tapi saya rasa apa yang boleh dilakukan untuk pulihkan (keadaan), saya gembira, lebih dari gembira jika semua orang neutralkan semua benda, bukannya orang beri peluang pada orang lain untuk laga-lagakan.

Untuk makluman pembaca BeautifulNara, Neelofa memenangi pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010 dan pernah berlakon bersama Fazura dalam siri drama Tahajjud Cinta pada tahun 2011.

Hubungan antara keduanya dingin dan renggang selepas itu atas sebab tidak diketahui di mana Neelofa pernah membuat kenyataan Fazura ingin ‘menjatuhkannya’ dan Fazura pula membuat kenyataan balas bahawa Neelofa bukan sesiapa untuk dia ‘jatuhkan’ tidak lama selepas Tahajjud Cinta ditayangkan. –beautifulnara.com









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2018 03:59 PM | Show all posts
baru tau theyols pernah berlakon sesama...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 04:05 PM | Show all posts
hyie replied at 16-4-2018 03:59 PM
baru tau theyols pernah berlakon sesama...

drama siri yg sama
tp xde scene bersama
jauh sekali scene berlaga pipi



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mohdael at 16-4-2018 04:11 PM

penting ke beautifulnara ni up nama fazura..neelofa x sebut nama sesape pun.. fazura pun x sebut nama sesape pun bila wartawan sibuk tanya pasal nama brand hampir sama tu.. let it be je la.. sibuk lagakan org
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Penting...
Supaya dia kelihatan nobel... suci... tdk suka bergaduh...dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 04:11 PM | Show all posts
makcik harap nnt dah tua, dedua jd primadona veteran, bolehlah duduk sesama bersembang tentang perseteruan masa muda ni penuh matang dan insaf.  kdg2 org yg kita benci tu la yg akan jd penguat semangat kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2018 04:11 PM | Show all posts
pehal jahzouk ni skang suka sgt komen komen petik nama weii ..nak pancing kah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nasi impit gak pmpn ni..fazura tak bunyi pon ko yang pulun nak bagi komen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2018 04:14 PM | Show all posts
dia actually tak petik nama faz pun kan
dia cakap in general dia konon tak bermusuhan dgn sesapa
so dia kata social media yg melagakan
entahla labuuu
apa2 je semua petik nama faz
napa tak petik anzalna ke contohnya
tasha shiela ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 04:18 PM | Show all posts
aikkkk...macam pelik plak bunyi nya bila hajjah yg cakap nak neutral..tak mau gaduh2...tapi dia yg sebelum ni upload video ajuk2 fazura...bila kawan tu tak layan dan balas..dia spin seoalah2 dia pulak yg victim...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 04:50 PM | Show all posts
nampak nawww busuk hati
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 05:01 PM | Show all posts
balakkampung replied at 16-4-2018 04:18 PM
aikkkk...macam pelik plak bunyi nya bila hajjah yg cakap nak neutral..tak mau gaduh2...tapi dia yg s ...

dia salahkan org lain plakkkkkkk
ujung2, netizens gak salah chuols
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-4-2018 04:05 PM
drama siri yg sama
tp xde scene bersama
jauh sekali scene berlaga pipi

tapi diorang pernah bergambar bersama, masa promo drama tu. fazura pakai jubah dan tudung, neelofa pakai dress pendek seksi. fazura muka ketat, neelofa senyum. masa tu dah start gaduh rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Faz pun bukan suci sgtlah dulu. Sakan dia perli lofa esp masa lofa pakai baju teletubbies. Dah akhir2 ni je faz berubah pd mata fans dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 06:00 PM | Show all posts
mak harap mak hayam gal you so mean tu cecepat la bertaubat dan basahkan lidahnya dengan zikir mengingati Allah...sesiapa mak hayam forum ni yang kenal mak hayam tu sila sampaikan...dah tetua nak mampus lagi nak jadi pondan ke nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 06:01 PM | Show all posts
ayjay replied at 16-4-2018 05:19 PM
Faz pun bukan suci sgtlah dulu. Sakan dia perli lofa esp masa lofa pakai baju teletubbies. Dah akhir ...

biasa lah nyah...fans ni kan exeggerate lelebih nyah...tatahu apa yang dia dapat menjadi fanatik celebrity ni nyah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2018 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
BookerT replied at 16-4-2018 06:00 PM
mak harap mak hayam gal you so mean tu cecepat la bertaubat dan basahkan lidahnya dengan zikir mengi ...

boscooooo nyah yg mak hayam lofa chuols kutuk2 blkg, busuk katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 06:05 PM | Show all posts
apesal asyik citer hal si katik berangan ni? takde org lain nak digosipsemasakan???
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape sejak menjak ni hajah asyik petik nama fazzura...why??? Perlu ke nak cite ungkit kisah lalu...aku tgk faz tu sibuk buat keje activity dia..takde pun dia sibuk hal si hajah ni  or aku terlepas pandang ???...2 ketui laki bini tu sibuk dgn keje dan dunia dorang je...tapi sibuk pulak ada yg petik2 nama si faz...takde modal cite lain ke ..kalaupun wartawan yg ungkit cakap aje lah benda dah basi no komen......hujung2 nanti fans dia yg benak2 meroyan salah kan faz...padahal org tu tak kacau pun hidup idolat dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 06:07 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 16-4-2018 06:09 PM
hyie replied at 16-4-2018 03:59 PM
baru tau theyols pernah berlakon sesama...

Fazura dan Neelofa pernah berlakon bersama di dalam drama Tahajjud Cinta

Throwback pelakon2 TC:


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.110664 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list