CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2380|Reply: 11

Barang Rumah Pun Ada Tarikh Luput? Iya, Patuh Ni Kalau Nak Selamat

[Copy link]
Post time 20-4-2018 03:33 PM | Show all posts |Read mode





Tempat yang paling terbaik di dunia ini bukanlah pantai yang indah, tempat bersejarah atau pemandangan menakjubkan. Tempat paling syok sebenarnya adalah rumah sendiri.  Sebab itu lah ada pepatah ‘Rumahku Syurgaku’.

Tetapi, sejauh mana anda mengambil berat mengenai barangan di rumah? Atau anda tahu pakai sahaja bertahun-tahun tanpa ambil tahu pun barangan sebenarnya ada tarikh luput.

Perkongsian majalah Impiana ini pastinya membuka mata anda tentang tempoh penggunaan setiap barangan. Jom semak!

1. Bantal - (2-3 tahun)
Selepas tempoh tersebut, bantal akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Semahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, buang ya.



2. Selipar – (6 bulan sahaja)
Walaupun tempoh luputnya 6 bulan lagi, namun saat pertama kali selipar itu menjejaki tanah, bakteria sudah mula membiak.  Jadi pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.

3. Span Mandi – (2 minggu sahaja)
Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria melekat ke span tadi.  Jadi, cara terbaik adalah menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau merendamkannya kedalam air panas menggelegak supaya bakteria musnah.

4. Tuala – (1-3 tahun)
Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tidak dapat diselesaikan. Maksima penggunaan adalah 3 tahun, jika lebih awal lebih bagus.



5. Sikat rambut – (setahun sahaja)
Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas seminggu sekali dan diganti setiap setahun.


6. Berus gigi – (3 bulan sahaja)
Ya! Gantikan berus gigi 3 bulan sekali atau setelah anda baik daripada batuk dan selesema.  Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi menguasai berus gigi anda.



7. Minyak Wangi – (3-4 tahun)

Eau De Parfum (EDP) mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara.   Namun bagi Eau De Toilet (EDT) pula mampu bertahan selama 4 tahun.


8. Hydrogen Peroxide – (2 bulan sahaja)
Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen Peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif.  Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa.  Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada 1 tahun.



9. Baju dalam – (1-2 tahun)

Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

10. Kasut Sukan - luput sebaik struktur berubah

Jadi, anda dah tahu kan? Selepas ini perlu lebih peka tentang tarikh luput sesuatu barangan. Mestilah anda tidak mahu menggunakan produk yang sebenarnya tidak berfungsi pun lagi. - CARI

Kredit : Impiana

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 03:47 PM | Show all posts
gigih lak nk tuko bantal 2taun skali..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 04:53 PM | Show all posts
Bantal kalau dah 2 tahun selalunya bentuknya pun dah berbeza dan kurang gebu lagi jadi betulah dah sampai masa untuk ditukar.  Berus gigi paling senang nak perasan bila ia harus ditukar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Selipar iol lenjan dah nak masuk 4 tahun,masih utuh {:love
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo baru. Pasal bantal dgn seliper tu 1st time dgr
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang berus gigi jer meols ikut..yang lain nan hado..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ada satu bantal faveret.. Senang cakap, bantal busuk la
Sedap sgt pakai sbb bleh sapot tengkuk leher akak ms tgh tido
Dah bertahun2 pakai.. Perlu ke akak humban?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2018 06:41 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-4-2018 08:51 PM
Akak ada satu bantal faveret.. Senang cakap, bantal busuk la
Sedap sgt pakai sbb bleh sapot teng ...

Takyah, jadikan bantal peluk ja. Untuk tido beli baru

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujurnya.. yg kain2 tu selagi tak mereput, selagi tu la dok pakai.

Kosser nau nak tukar ganti brg luput itu ini, mcm la reta kalah tok vida
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:15 PM | Show all posts
tukar bantal rasa cam tukar tayar kete kat umah tu. banyak nk kena budget n ganti. hahahahh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:31 PM | Show all posts
bantal..emmmm... ai selalu jemur ... masaklah nak selalu kena tukar
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:37 PM | Show all posts
org rumah 3- 4 tahun kena tukar ke??

#lawakkasarjgnsentap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.072301 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list