CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11326|Reply: 80

Berniaga Air Tepi Jalan Pun Boleh Bawa BMW

  [Copy link]
Post time 20-4-2018 05:04 PM | Show all posts |Read mode





Tidak kira kerja apa pun anda lakukan, jika anda bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. Memang benar, 9/10 rezeki datang dari perniagaan.

Sama ada perniagaan kecil-kecilan atau pun dengan modal besar, yang penting adalah berniaga. Jika anda berusaha gigih, insya-Allah akan dikurniakan rezeki yang setimpal.

Sebut je tentang peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak, penjual air di tepi jalan, pasti ramai yang pandang rendah pada mereka. Tapi ramai juga yang tidak tahu, mereka inilah sebenarnya yang kaya raya dan bebas hutang.

Perkongsikan daripada bekas penuntut Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM), Hafsyam Abu ini boleh membuka mata orang di luar sana tentang peluang untuk mencari rezeki.


Niaga tepi jalan dan BMW 5 Series



Alhamdulillah hari ini selesai berniaga tepi jalan dengan jual air balang sahaja. Buat pertama kalinya mencuba inilah 6 ILMU yang dapat. Mungkin boleh dikongsikan untuk mereka diluar sana.

1. Belajar dari peniaga Bangla/Indonesia
Kita marah apabila ramai warga asing di negara ni. Saya juga tak puas hati. Tapi ada juga perkara yang kita perlu belajar juga dari mereka. Memanfaat kan peluang dan ringan tulang untuk saling membantu.
Hari ini hari pertama saya berniaga. Nak buka khemah pun terkial-kial. Sekilas pandang kelibat baju putih datang terus bantu dan tunjuk cara memasang khemah. Bangla kedai hujung yang datang bantu tanpa dipanggil. Mereka sangat tidak berkira. (Mungkin tidak semua tetapi ambillah yang positif)
2. Jangan pandang rendang dengan orang
Haaa…ini lah yang selalu kebanyakan orang kita fikir. “Apa lah jual air je? Nasi lemak sahaja? Tepi jalan? Ewww no class! Takde masa depan!”
Done membawang?
Kejap….Tengok picture belakang saya tu. Brother sebelah ni siap-siap parking BMW 5 series. Jual apa? Jual pisang goreng dan air kelapa je kak. Saya juga terkejut. Bukan dia sahaja ada lagi yang jual nasi lemak pagi-pagi pun bawa Mercedes. Kau? Membawang jelah. Jadi jangan lah kita pandang rendah kepada usaha orang lain. Kita tak tahu USAHANYA HARI INI MELIMPAHKAN REZEKI DIMASA AKAN DATANG.
3. Jalinan silaturahim antara peniaga
Kata lainnya hubungan antara peniaga lain. Selepas beberapa customer datang membeli. Brother sebelah ni pun datang tegur. “Dik yang hujung tu air apa?” Saya jawab lah. “Teh Ais bang”. Di balasnya “Bagi 1”….
Saya kesan itulah jalinan silaturahim yang ingin diwujudkan dalam bentuk ‘support bisnes peniaga lain’. Jadi antara peniaga pun boleh juga support antara satu sama lain. Dan kalau orang dah beli produk kau… kau jangan kayu je tak support bisnes orang tu. Beli lah juga mungkin hari/waktu yang lain.
4. Hormat menghormati
Ini sangat penting. Pernah kita dengar peniaga bergaduh merebut tapak? Tidak bertegur, bermasam muka tak puas hanti sampai santau menyantau? Ini memang berlaku di mana-mana. Jadi tak salah pun kalau kita saling mengalah, hormat menghormati dengan peniaga lain. Yakin lah rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan lah jadi Melayu yang menjatuhkan bangsanya sendiri
5. Solat/Ibadah
Ini sangat menyentuh hati saya. Apabila Azan berkumandang brother sebelah terus belari ke masjid belakang. Barang-barang niaga tinggal macam itu sahaja? Ya! Dan yang tolong jaga adalah peniaga bangla sebelah kedai brother tu. Bila brother tu balik ke khemah niaga, Bangla tu pula pergi menunaikan solat. Begitulah bersilih dengan peniaga lain. Inilah cara bagaimana dalam berniaga mencari KEBERKATAN REZEKI.
6. Sabar
Yang jenis baru nak berniaga macam saya. Sabar sangat lah penting. Takkan kau semai biji diwaktu pagi, petang kau dah boleh kunyah buah kan???
Jadi kita dah berusaha, tawakal seterusnya bersabar. Yakinlah rezeki itu ada. Alhamdulillah hari pertama niaga lepas juga target
Ehm…Dato Aliff Syukri pun bermula dengan berniaga pasar malam tau sebelum kaya. Akhir kata “Selamat berniaga kepada semua peniaga/peniaga tepi jalan”


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
#Sembangggg
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:30 PM | Show all posts
yup niaga pasar malam kaki lima cash power, bank sayang cash power. kurang kan mengata sembang banyakkan usaha.

biar orang pakai bmw, akan datang kita juga pakai bmw dengan duit HALAL bukan duit TIPU ORANG.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:09 PM | Show all posts
kaya betul!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ada pernah jumpa org meniaga pisang goreng cheese dgn nasi ayam
gerai rambo (takde lesen dgn majlis)
bukak 5 cawangan... dlm 1 setengah tahun tabung haji nak cecah 500k
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2018 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Usaha pasti berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga brother ni akan meniaga sampai bila-bila...

Biasanya orang yang sembang lebih ni selalu sekerat jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
soory nak tanya ..meniaga tepi jalan..xbayar apa2 lesen ...consider betul ke jalan kita meniaga tu..dgn xikut peraturan?
bersangka baik..mgkn tempat kt kampung2 yg xperlukan lesen agaknya..
bmw..merc..hmm kalau yg lama aku percaya..tp kalau bm or merc baru..aku rasa budak ni mcm sembang lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 08:08 AM | Show all posts
yess budak ni sembang lebih, tp brother yg pakai bmw tu mungkin betul
sesikit nk upload kekonon nak ajar netizen
WTH
.
.
.
next
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
pakaila kete ape pun, harap tak guna air paip je la bancuh air tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 08:48 AM | Show all posts
tri-max replied at 21-4-2018 08:08 AM
yess budak ni sembang lebih, tp brother yg pakai bmw tu mungkin betul
sesikit nk upload kekonon nak ...

Kes acah2 mcm si Nasi Lemak anak dara tu lah, blom apa2 dah nak upload citer acah2 nak motivasikan org......mcm dia dah berjaya bina empayar padahal baru hari 1st berniaga

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 21-4-2018 08:47 AM
pakaila kete ape pun, harap tak guna air paip je la bancuh air tu..

Betul.. air paip je diorang guna
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 21-4-2018 09:15 AM
Betul.. air paip je diorang guna

Susah nk tgk org  meniaga mcm ni pakai air masak. Selalu tgk duk isi air refill yg byr pakai coin tu ha.,, berkaratttt airr
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang ke berniaga zaman sekarang ni? Iols dah 8 thn berniaga. Lepas degree dulu terus berniaga, konon2 tak nak kerja dgn org. Masa tu belum kawen, senanglah nak uruskan bisnes. Dah kawen, nak jaga famili lg, jaga rumah lg. Lagi2 pjj dgn husband. Belum lagi acik2 bawang selaluuuu sgt ckp pjj dgn husband nanti dia bawa balik madu. Sakit hati iols. padahal laki iols dah minta pertukaran sejak 4 thn lps lg. Mmg kitorang rancang nak hidup sampai mati kat negeri iols bisnes ni. Kalau iols ikut husband, pastu dpt pindah balik sni ingat senang ke nak set up bisnes balik.

Sekarang iols rasa mcm dah fed up nak bisnes. Pesaing main hrga, pastu org berniaga tumbuh mcm cendawan, harga barang tiap2 bulan naik. Rasa menyesalnya dulu lepas degree tak cari kerja betul2. Sekarang dah early 30s. Ada lg ke yg nak ambik bekerja. Padahal iols dlu grad first class degree tau huhuhu sadisnyaaa hidup zaman sekarang.

Sorry luahan perasaan pulak. Iols mcm dah kurang percaya dgn cerita2 sembang kencang mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
atiqah_bea replied at 21-4-2018 09:53 AM
Senang ke berniaga zaman sekarang ni? Iols dah 8 thn berniaga. Lepas degree dulu terus berniaga, kon ...

niaga bidang kosmetik n kecantikan ke dikk...
hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kismis replied at 21-4-2018 10:29 AM
niaga bidang kosmetik n kecantikan ke dikk...
hehe

Tak..bidang makanan..iols gemuk n hodoh, bidang kecantikan takde org percaya nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk mcm bmw tu parking situ sbb owner nk kuar beli food kt gerai
Tp budak ni mcm sembang kencang jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
atiqah_bea replied at 21-4-2018 10:45 AM
Tak..bidang makanan..iols gemuk n hodoh, bidang kecantikan takde org percaya nak beli

kek yaa..

x de makna hodoh n gemok.. biasa org yg ckp gitu srbalikmya..

kak dulu part time cake.. letih ya hampun.. stop.. markey di kg ni x sebesar di key ell nun.
org kg x mkn kek.. diorang makan karipap homemade.. 2018 mmg tahun sendu utk ramai peniaga... mmg rasa nk hentak kepala nk kerja balik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
atiqah_bea replied at 21-4-2018 09:53 AM
Senang ke berniaga zaman sekarang ni? Iols dah 8 thn berniaga. Lepas degree dulu terus berniaga, kon ...

Itulah realitinya
Zaman skang kalo nk jual jubah tudung brooch bagai... Dah rrraaaaaammaaaaiiii jual..kat ig shop lazada shopee tu sume ummah dh bleh meniaga
Barang2 pun sama jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.084745 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list