CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 19

[Politik] "Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali.&q

  [Copy link]
Post time 23-4-2018 11:35 AM | Show all posts |Read mode





SELEBRITI kontroversi, Azwan Ali, mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menentang abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azwan ketika dihubungi mendakwa, keputusan bertanding itu dibuat susulan sokongan banyak pihak, terutama peminat setianya dalam memastikan perjuangan menjatuhkan Mohamed Azmin, menjadi kenyataan.


Beliau yang dikenali sebagai Diva AA, mendakwa akan bertanding di mana sahaja, kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi Mohamed Azmin.

"Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat.
"Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini," katanya kepada NSTP hari ini.

Azwan antara individu yang lantang mengecam Mohamed Azmin, selain pernah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember tahun lalu.

Mohamed Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

Mengulas lanjut, Azwan juga tidak menolak menggunakan strategi bersifat peribadi bagi menewaskan Mohamed Azmin, dengan mendakwa beliau menyimpan banyak rahsia abangnya.

"Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14.
"Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah," katanya.

Mengulas mengenai wang yang akan digunakan pada PRU-14, Azwan menjelaskan tidak bergantung dengan dana daripada mana-mana parti politik.

"Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).
"Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas.
"Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 11:37 AM | Show all posts
luculah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 11:53 AM | Show all posts
duit berlambak dalam bank? fuhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 11:57 AM | Show all posts


menyampahlah aku dgn AA ni.adik beradik pun ko nak jahanam kan..tak dapat projek ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit Dari umno bagi ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 11:58 AM | Show all posts
berapa byk thread nk buka pasal pondan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 11:58 AM | Show all posts
addoiii...
duduk dediam sudah ler AA weiiii...
yang duk gigih nak jahanam kan keluarga sendiri kenapa?
kesian arwah mak ton tu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 12:00 PM | Show all posts
attitude macam tu layak ker bertanding, mengikut penilaian SPR ?
ker any Tom, Dick or Harry boleh masuk bertanding PRU janji ada duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 01:46 PM | Show all posts
bg la org duit byk ni btnding..
go go diva AA..
klu menang jgn lupe wt lawak kt parlimen..
xde la bosan sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:20 PM | Show all posts
ermmmm...menyemak je..next
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:28 PM | Show all posts
Awal2 niat bertanding dah salah. Katalah dia menang, abis tu rakyat dapat apa? Dapat tengok ko memondan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Go go akak azawana... Good luck.... Moga idup mu akan berubah jadi jantan mcm zul ripin jika Memang kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape je lar nk undi pondan lahanat macan ngkau
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terbayang kalu pondan tua ni jadi ahli parlimen..
Habis semua di mak hayamkan..
tuan speaker, why bother??
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 04:02 PM | Show all posts
Ni kira lawan 4 penjuru lah nanti. PH, BN, PAS ngan Bebas@Azwan......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jd wakil rakyat tp niat ko nk jahanamkan org lain....hmmmm giler ke hapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental betul AA skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 23-4-2018 06:28 AM
Awal2 niat bertanding dah salah. Katalah dia menang, abis tu rakyat dapat apa? Dapat tengok ko memon ...

Lgbt diluluskan dan dihalalkan di malaysia secara umum nya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Steelheart replied at 23-4-2018 10:38 AM
Nak jd wakil rakyat tp niat ko nk jahanamkan org lain....hmmmm giler ke hapa?

Dia punya personal agenda, rakyat plak nak kena tanggung..

Org mcm ni ke yg malaysia nak?

Rendang is so overrated tau..unless bikin rendang crispy..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
L_Z replied at 23-4-2018 02:53 PM
Go go akak azawana... Good luck.... Moga idup mu akan berubah jadi jantan mcm zul ripin jika Memang  ...

bukan main azwana memuja julporn selama ni...patut laaa lol:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.136289 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list