BARISAN Nasional (BN) Wilayah Persekutuan mengumumkan 13 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, hari ini. Pengumuman senarai calon dibuat oleh Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar. Antara muka lama yang bakal bertanding adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya dan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk kerusi Lembah Pantai.
"Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga akan bertanding semula pada PRU kali ini di Titiwangsa," katanya. Muka baru, Adnan Abu Seman yang juga peguam berusia 42 tahun dicalonkan sebagai calon muda mewakili UMNO di kerusi Bandar Tun Razak. Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dicalonkan menentang calon PKR, Tian Chua di Parlimen Batu. Berikut adalah senarai calon penuh BN Wilayah Persekutuan: 1. Kepong - Ong Siang Liang 2. Batu - Datuk Dr Dominic Lau 3. Wangsa Maju - Datuk Yew Teong Look 4. Segambut - Datuk Dr Loga Bala Mohan 5. Titiwangsa - Datuk Seri Johari Abdul Ghani 6. Setiawangsa - Tan Sri Zulhasnan Rafique 7. Bukit Bintang - Ann Tan Yen Yen 8. Lembah Pantai - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin 9. Cheras - Heng Sinn Yee 10. Labuan - Datuk Rozman Isli 11. Bandar Tun Razak - Adnan Abu Seman 12. Putrajaya - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 13. Seputeh - Chan Quin Er
|