CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2395|Reply: 14

Terima Kasih! Ini Dia 7 Pemenang Pingat Emas Sukan Komanwel 2018

[Copy link]
Post time 23-4-2018 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Internet

Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia sudah pun melabuhkan tirainya 15 April lalu.

Kontinjen Malaysia menduduki tangga ke 12 keseluruhan dengan 7 pingat emas, 5 perak dan 12 gangsa.


Satu lagi pencapaian yang cemerlang buat Malaysia selepas sasaran yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan, iaitu melebihi pencapaian di edisi 2014 di Glasgow, Scotland.


Apapun mari kita kenali siapakah 7 atlet negara yang berjaya meraih pingat EMAS.


1. Azroy Hazal Wafie
Sumber Internet

Atlet angkat berat ini menceriakan kontinjen negara selepas pada hari pertama saingan selepas meraih emas acara 56 kg lelaki.
Bukan itu sahaja, Wafie berjaya memecahkan rekod temasya, juga rekod bekas atlet negara Amirul Hamizan Ibrahim pada 2002.


2. Aznil Bidin
Sumber Internet

Kontinjen negara terus ceria pada hari pertama saingan dengan emas kedua dari atlet angkat berat.
Aznil tidak disasarkan meraih emas, namun berjaya membuktikan dengan semangat juang tinggi dalam acara 62kg.


3. Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong
Sumber Internet

Ketika Malaysia ternanti-nanti pingat emas ketiga, Pandelela dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan emas dalam acara 10 meter platform seirama. Terjunan berkelas dunia yang ditunjukkan mereka, sukar digugat, membolehkan mereka merangkul emas.


4. Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji
Sumber Internet

Dua atlet boling padang ini menempah sejarah sebagai atlet pertama boling padang meraih emas acara pairs di sukan Komanwel.
Zalina dan Emma berjaya menundukkan lawan dari Afrika Selatan pada perlawanan akhir penuh dramatik selepas ketinggalan 7-0 di awal permainan.


5. Amy Kwan
Sumber Internet

Amy Kwan menceriakan skuad gimrama pada hari terakhir saingan acara itu apabila menghadiahkan emas ke-5 Malaysia dalam acara Riben Individu. Atlet gimrama negara dicabar hebat oleh atlet Cyprus dan Australia yang sememangnya cukup sinonim dengan acara ini.


6. Datuk Lee Chong Wei
Sumber Internet

Dalam usianya mencecah 35 tahun, Datuk Lee Chong Wei tetap berusaha untuk tidak menghampakan rakyat Malaysia. Selepas gagal membantu Malaysia mengekalkan emas dalam acara berpasukan, Datuk LCW tidak berputus asa.


Sekali lagi bertemu pemain India K.Srikath di pentas final, beliau membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan emas ke-6 Malaysia di hari penutup Sukan Komanwel.


7. Chow Mei Kuan / Vivian Hoo
Sumber Internet

Kedua-dua pemain badminton ini baru digandingkan hanya beberapa bulan, namun itu tidak menjadi masalah. Menentang lawan dari England pada aksi final nyata mudah buat mereka menghadiahkan emas ketujuh Malaysia.


Kejayaan ini membolehkan Vivian mempertahan warna pingat yang sama ketika di Glasgow, manakala ini kejayaan pertama buat Mei Kuan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Congratulations! .
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:15 PM | Show all posts
tahniah lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:39 PM | Show all posts
Tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:43 PM | Show all posts
berapa ganjaran dorg dpt



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Emas latuk paling mendebarkan..mmg layak gelaran latuk itu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 02:18 PM | Show all posts
wah..tahniah smue..
trus sukses yek..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua...aku paling excited biler pandalila/jun hoong and lcw menang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pocket man maner gebang ja lebih
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut boleh dpt beberapa lg emas..

Terjun Individu 10m platform (Jun Hoong)
Badminton Men's Double
Badminton Mixed Double
Badminton Mixed Team
Squash
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 11:30 PM | Show all posts
Angkat berat peringkat sukan SEA lebih mencabar as compared to CG ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 12:14 AM | Show all posts
indon jeles lettew, sebab Komonwel Games ni world third best after Olympics dan Pan American Games ... @fayolet

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya dorg ni yg patut dpt dato. Baik bg dorg dr bg retis choiiiiii jahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fayolet at 24-4-2018 02:44 PM
pyropura replied at 24-4-2018 12:14 AM
indon jeles lettew, sebab Komonwel Games ni world third best after Olympics dan Pan American Games . ...


sukan babu british kok bangge sedang amerika yg bekas jajahan british pun tak sudi ikut tapi malon ngong bangge dijajah selamenyre
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2018 02:45 PM | Show all posts
Tahniah buat semua wira negara..
Aku duduk depan TV dengan penuh debaran masa final badminton..

nak2 sebelum tu dalam acara berpasukan chong wei tewas pada lawan yg sama..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068008 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list