CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8255|Reply: 105

[Tempatan] Teruk dikecam, ini penjelasan gadis 'enggan teran anak di hospital kerajaan'!

[Copy link]
Post time 23-4-2018 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-4-2018 05:24 AM

Teruk dikecam, ini penjelasan gadis 'enggan teran anak di hospital kerajaan'!

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/23/gadis-hospital-swasta/

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2018 12:50 PM

Oleh:SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
sofeasusan@thestar.com.my

Tweet @qweenmir tular di media sosial.

PETALING JAYA: Gara-gara dikecam netizen susulan posting 'angan-angannya' untuk bersalin di sebuah hospital swasta mahal baru-baru ini, gadis yang menggunakan akaun Twitter @qweenmir memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut.

Menurut gadis tersebut, posting berbaur 'amaran' kepada bakal suaminya itu hanyalah sekadar gurauan.

"Kalau tak boleh terima gurauan baik main Facebook je," tulisnya.Namun, bagaikan sudah terlambat apabila netizen menganggap gadis itu memandang remeh perbuatannya dan tidak berfikir sebelum bertindak.

@myrajane berkata:"Anda tidak boleh kata sesiapa sahaja mempunyai fikiran sama seperti anda kerana anda menyebabkan orang ramai berfikir dari perspektif yang berbeza."

Sebelum ini, gadis tersebut diserang netizen selepas posting yang mengingatkan bakal suaminya bahawa dia mahu bersalin di sebuah hospital swasta mewah, tular di media sosial.

Lebih memburukkan lagi keadaan, dia turut mengugut enggan melahirkan anak jika dihantar bakal suaminya itu bersalin di hospital kerajaan.

"Jaga-jaga bakal suami, i nak beranak kat Prince Court tau. Kalau you bawak i pegi hospital kerajaan, i tak nak teran anak kita," tulisnya.
Susulan itu, gadis tersebut mendedahkan dia menerima banyak komen balas bersifat kecaman di postingnya.


Twitter milik gadis tersebut turut dihujani komen balas bersifat kecaman netizen.

"Saya tidur selama dua jam, selepas saya bangun saya lihat banyak komen balas kecaman di tweet saya," tulisnya.

Malah, gadis tersebut dilihat seolah-olah mempertahankan kenyataannya itu dengan berkata dia memilih hospital swasta kerana mahukan perkhidmatan terbaik dan keselesaan semasa bersalin.

"Apa yang saya maksudkan adalah saya ingin bersalin di sebuah hospital swasta untuk keselesaan semasa bersalin. Saya boleh menggunakan wang saya sendiri atau suami atau ibu bapa saya. Ia bukan urusan anda," tulisnya.

Posting gadis itu turut mendapat perhatian Mohd Hilmi Ahmad Adnan yang turut berkesempatan berkongsi cerita mengenai pengalamannya melayan kerenah sepasang suami isteri semasa bertugas di sebuah hospital swasta pada 2016.

Menurutnya, suami wanita tersebut tidak mampu membiayai kos rawatan isterinya tetapi tetap mahu isterinya itu bersalin di hospital tersebut meskipun diberi pilihan untuk ke hospital kerajaan.

"Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat ***** untuk LSCS. Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yang awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”.

"Aku pun tanyalah apa maksud suami dia cakap macam tu. Dia kata dia ada lalu kat depan *** masa *** belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nak anak, suami dia kena bawa dia beranak kat ****," tulisnya.

Mohd Hilmi turut terkena tempias dan dikecam gara-gara posting tersebut.

Namun lelaki itu tampil menjelaskan bahawa dia sekadar ingin mengingatkan pasangan suami isteri supaya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.

"Aku bukan anti hospital swastalah. Hakikatnya, akak dan adik aku pun bersalin kat hospital swasta. Tapi kalau ye pun nak bersalin kat swasta, tengoklah pada bajet anda," tulisnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 01:23 PM | Show all posts
semoga mendapat apa yg diidamkan  seumpama suami  JP Morgan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:28 PM | Show all posts
mula mula warning bakal laki, kene kecam terus kona taknak pakai duit laki.

bodoh binti sombong
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila berlaku komplikasi jgn terhegeh nak tukar hospital pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mmg blh tweet apa saja pun tapi jgn lah sentap bila org lain kecam sbb netizen pun blh tulis apa2 saja balik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 01:45 PM | Show all posts
sukati ko lah dik..puki ko yg nak meneran kheeenzz
bukannya puki org lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 01:56 PM | Show all posts
bakal suami?? dah ada blom calon suami tu..ntah2 calon belum ada dah berangan nak meneran anak pelbagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 01:56 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-4-2018 01:45 PM
sukati ko lah dik..puki ko yg nak meneran kheeenzz
bukannya puki org lain

mantap ko punya posting nyah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:01 PM | Show all posts
advance cerita bab teran anak. ntah2 nanti que kat gov hosp sebab nak buat ivf. nak gi private hosp tak mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:11 PM | Show all posts
ala die xkate pon nk gune duit laki..
die kte klu bawak je..
laju sungguh netizen kecam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:11 PM | Show all posts
dek ko tak rasa lagi nak terberanak.... kalo kata tak sempat tu jangankan prince court silap silap tepi tangga pon boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:13 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-4-2018 01:45 PM
sukati ko lah dik..puki ko yg nak meneran kheeenzz
bukannya puki org lain

komen ko sis..yelah kan..gigih nak prince court bagai..bawah ko jgk yg koyak..bukan bawah org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:17 PM | Show all posts
pinkzara replied at 23-4-2018 02:01 PM
advance cerita bab teran anak. ntah2 nanti que kat gov hosp sebab nak buat ivf. nak gi private hosp  ...

kannn...kalu tak ber'uang' macam pencaras sohor jgn mimpi buat ivf kat hosp private sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:26 PM | Show all posts
X baiklah ugut2 bakal suami kau tu. Calon2 kau yang terfikir nak jadi bakal suami kau terus tarik diri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:31 PM | Show all posts
koser la ko nyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2018 02:39 PM | Show all posts
ko cari la laki kaya dik....atau ko kawin umo 40an, dan make sure masa tu duit ko mmg dh simpan siap2 utk kos beranak dan kos membesarkan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je tweet dia ni...kecoh je..duit masing2...kira ok la tu dr kisah suami yg cerai isteri talak 3 just bcos doc laki urus bini dia ms beranak.yg tu patut kn maki.dh la xde duit pergi private.demand plk
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 23-4-2018 02:46 PM
kucen_miang replied at 23-4-2018 02:17 PM
kannn...kalu tak ber'uang' macam pencaras sohor jgn mimpi buat ivf kat hosp private sana sini.
...


Kesian tau if buat ivf tak jadi. Pencaras tersohor harus bersyukur akhirnya Allah makbulkan doa deyol laki bini.

Masa masuk wad buat pertama kalinya bebaru ni akak dok dengan sorang acik ni during the first and second day. Weol lansung tak bercakap tapi akak kasihan bila dengar dia sembang dengan doktor pasal dia keguguran then bila dia merayu kat doktor nak tengok anak dia, doktor tak bagi (ye la, sapa nak bagi, ko tau ka rupa baby gugur dikeluarkan dari rahim gimana?). Sedihnya dia buat ivf. Pastu doktor nasihat soh setop buat ivf walaupun acik tu insist nak buat lagi. Barangkali dah banyak kali buat but asyik tak jadi. Pastu akak nak kecam laki dia sepanjang dia kat sepital lansung tak nampak batang idong even calling2 pon jarang. Namun akak coba husnuzon barangkali juga sheol depression sebab tu tamau jumpa sesapa teemasuk laki sundri. Dia satu-satunya pesakit yang tak senyum ngan akak sepanjang kat wad, memang depression lah akak lehat. 3 orang yang ganti dia helok ja sunyum2 manja siap sembang dengan akak gitu. Sekian pengalaman akak dok wad yang best tasangka wad sepital gomen best, gituh. Kaitannya dengan tajuk tered is, takyah la ko berangan nak beranak kat Prince Court if tak mampo dah tu berangan nak kikis laki pulok itu. Ko ingat ko lawa macam Fazura bila2 boleh mengorat anak orang kaya? (Lawa2 Fazura pun dia pilih anak marhaen biasa jah jadik suami kay). Sepital gomen pon dah cukop bagus bagi akak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
media sosial dh tak best sejak org tua mudah sentap join..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.311046 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list