CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52722|Reply: 213

[Tempatan] Orang ramai minta kerajaan pertimbangkan semula projek MRT3. Setuju?

   Close [Copy link]
Post time 1-6-2018 11:30 AM | Show all posts |Read mode


Projek MRT3 yang berjarak 40 kilometer dilaporkan akan mempunyai 26 stesen dengan 19 laluan bawah tanah dijadualkan pembinaannya pada 2019, serta dijangka siap pada 2025. - Gambar fail


KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mempertimbang semula keputusan membatalkan projekLaluan 3 Transit Aliran Massa (MRT3) kerana ia merupakan projek yang memberi manfaat kepada rakyat, kata pelbagai pihak.


Shalida Abu Hasan, 40, seorang pegawai eksekutif di sebuah  syarikat  swasta  berpendapat MRT3  perlu diteruskan memandangkan perkhidmatannya sangat diperlukan bagi memudahkan pergerakan orang awam di Lembah Klang.


"Tetapi jika kewangan negara masih belum berada dalam keadaan stabil, lebih baik jika ditangguhkan buat sementara waktu. Saya sebagai pengguna harian MRT merasakan ia memang menyenangkan saya untuk ke mana-mana khususnya ke kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan membatalkan projek tersebut atas faktor kos projek amat tinggi, dilaporkan akan memakan belanja hingga RM40 bilion.


Pegawai bank, Tan Chee Hoon, 40, yang berkongsi pandangan sama berkata, beliau memahami  keputusan kerajaan membatalkan projek pengangkutan awam itu, namun berharap ia dapat dipertimbangkan semula demi keperluan  rakyat.


"Status kewangan negara kita masih belum mampu untuk jalankan projek besar seperti MRT3 dan kita perlu biarkan kerajaan fokus selesaikan segala hutang dahulu," katanya.


Yusof Muhammad, 53, juga tidak bersetuju jika projek itu terus dibatalkan tanpa kajian terperinci dilakukan.


Beliau berpendapat kerajaan perlu menangguhkan projek itu dahulu dan menjalankan kajian terhadap  jumlah penumpang bagi MRT1 dan MRT2, sama ada projek tersebut menepati matlamat atau tidak.


"Jika kedua-dua jenis laluan MRT ini menepati sasaran jumlah penumpang, barulah boleh dikaji semula kesesuaian pelaksanaan MRT3 tapi untuk membatalkannya, saya tidak setuju kerana ia benar-benar membantu rakyat untuk ke mana-mana tanpa perlu memandu kenderaan sendiri," katanya.


Sementara itu, bagi pengurus acara Tan Zhen Sheng, 23, pula walaupun beliau belum melihat sisi kebaikan dan keburukan  pelaksanaan projek MRT3, namun yakin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai sebab yang kukuh untuk membatalkan projek berkenaan.


"Jika ia dibatalkan, mungkin alternatif lain boleh diambil seperti mengurangkan harga tambang pengangkutan awam dan meningkatkan lagi ketepatan masa perkhidmatan awam sedia ada, sama ada bas mahupun tren," katanya.


Projek MRT3 yang  berjarak 40 kilometer dilaporkan akan mempunyai 26 stesen dengan 19 laluan bawah tanah dijadualkan pembinaannya pada 2019, serta dijangka siap pada 2025. - Bernama

Single Polls, Total 375 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 11:33 AM | Show all posts
tangguh dulu la...

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 11:41 AM | Show all posts
aku cuma naik MRT as a fun ride.

so terserahlah....

tapi aku percaya untuk sistem pengangkutan tren ini benar2 berfungsi jaringan kena lengkap. MRT bukan sahaja akan pick up new riders along its route malah akan boost ridership of MRT 1 & 2 sebab connectivity.





Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan dah xda duit nak buat infra sejak gst zero.

Tol tamat sendiri pun mengaku usaha Pakatan.

kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
INFRA yg tak untung elok batal
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 11:51 AM | Show all posts
why not pertimbangkan balik, dan teliti balik kos pembinaan

MRT 3 ni circle line, senang citer, dia pusing keliling KL ni jadi orbital, interchange dgn banyak stesen lrt, komuter, dan MRT line 1 ngan Line 2... problem ngan metro system kl ni, ialah banyak stesen tak integrate dgn betul

tengok la nanti, siap je MRT SSP tu , putra KJ line tu akan overcapacity, jangan terkejut lak kena tunggu setengah jam baru dpt naik tren - KJ line paling ramai org guna pasal terletak kt kwsn yg CBD dan perumahan padat penduduk

MRT SBK tu dah start ramai orang naik dah nowadays, siap nya jugak MRT SSP pulak, makin ramai org dari luar KL akan masuk ke KL pd waktu puncak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2018 12:00 PM | Show all posts
apa la org2 ni... hutang dah byk ni 1 trillllion oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:05 PM | Show all posts
matamata replied at 1-6-2018 11:43 AM
INFRA yg tak untung elok batal

sejak bila buat infra untuk rakyat kena amik kira untung ke tidak? goverment as goverment. not business. it doesnt need to make a profit. sebab tu gunanya tax semua tu untuk cover duit infra untuk rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 12:15 PM | Show all posts
macai ni pening la woi...sekejap berhutang sekejap nak projek sekejap nak derma sekejap tak nak cukai sekejap nak mat sabu sekejap nak nuar sekejap nak rm50 caruman kwsp sekejap nak bantuan sekajap nak ptptn tangguh sekejap ptptn kena bayar....inilah kebanggaan macai..macai marba betul...wakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:34 PM | Show all posts
ngek replied at 1-6-2018 12:05 PM
sejak bila buat infra untuk rakyat kena amik kira untung ke tidak? goverment as goverment. not bus ...

Betul. Project INFRA especially public transportation mostly tidak menguntungkan pon and heavily subsidized dekat mana pon di dunia ni. Contoh yang untung maybe HK dan Singapore je kot klu xsilap. Memberi pilihan untuk transportation modes penting, nak tunggu jadi jakarta dulu  baru nak buat? KJ line masa memula bukak dulu, ridershi low gile. Sekarang? Takes time and memerlukan connectivity deangan rel yang lain utk it works. And remember, the cost would get higher in the future. Ade sat lagi lagi cakap aku macai Jibby.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:37 PM | Show all posts
tobby replied at 1-6-2018 11:43 AM
Kasihan dah xda duit nak buat infra sejak gst zero.

Tol tamat sendiri pun mengaku usaha Pakatan. ...

saya lebih kesian ada org masih x move on kekalahan BN
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:38 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 1-6-2018 12:00 PM
apa la org2 ni... hutang dah byk ni 1 trillllion oiiii

entahnya.. xpaham2 kan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:39 PM | Show all posts
Ala... coba bagi kat kroni sundri .. confirm 1001 manfaat akan dicanang ke hulu ke hilir

Ini semua politik dendam & persepsi semata2 .. pastu kununnn dia laa paling "bijak" memerintah di Malaysia.. padahal semua perjanjian2 & masalah di Malaysia adalah ajaran bawaan dia gak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:40 PM | Show all posts
tun lebih bijak dan dia tahu apa dia buat.dia boleh nampak semua benda yg kalian tidak nampak.dan saya rasa,adanya MRT setakat ini pun,jalan raya masih sesak seperti biasa.kan lebih baik duit yg nak dilabur untuk MRT3 di absorb ke arah yg lebih manfaat kerana kita sudah ada MRT 1 dan 2, LRT 1,2,3..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ngek replied at 1-6-2018 12:05 PM
sejak bila buat infra untuk rakyat kena amik kira untung ke tidak? goverment as goverment. not bus ...

Exactly! Plus benda mcm ni kira long term investment. Maybe sekarang tak nampak, tp bila the network dah meluas, connect dgn existing system, baru la ramai org naik. If nak kira untung je baik tak payah buat sampai bila2 sbb mmg awal2 takkan untung pun project infra ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:42 PM | Show all posts

mereka ni semua nak tunjuk pandai walhal hanya layak duduk di forum cari 24jam tanpa beri apa2 manfaat kepada malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ashcroft86 replied at 1-6-2018 12:34 PM
Betul. Project INFRA especially public transportation mostly tidak menguntungkan pon and heavily s ...

Aiyoh. Kalau gitu memang sampai kiamat pun negara tak maju. Infra mcm ni mmg kena ambil untung sbb infra ni bukan nya kemestian utk semua rakyat. Mcm highway tu, kalau tak amek untung mcm mana nak cover semua service tmsuk rnr.... Lain lah hospital ke sekolah ke itu bru lah tak perlu ambil untung.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Travelo replied at 1-6-2018 12:40 PM
tun lebih bijak dan dia tahu apa dia buat.dia boleh nampak semua benda yg kalian tidak nampak.dan sa ...

Sebab tu la MRT3 ni penting oii. MRT3 ni circular line. Kalau org x brp cerdik, mmg nmpk bende ni xde fungsi sgt sbb lalu Around KL je. Tp dgn adanya MRT 3, jajaran2 tren mcm mrt1, lrt, monorail dan ktm will be better connected. Bukan saje pendekkan masa, malah will be more convenient. Skrg msh rmi x guna tren sbb connection x brp bgs. Ada yg terpaksa tukar tren n pusing lg jauh ble tukar tren
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Public transportation mmg ssah nk untung chuolss. Klu x subsidized mahal tiket, orang takkan naik. Klu nak untung kene wat macam singapore, ada erp, kereta mahal, parking mahal. We have to. Sama la dengan perkhidmatan bas percuma kat pj, penang dan jb tu. Free and gov kene tanggung. Rel ni macam pemangkin utk ekonomi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.083169 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list