CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chacon

[Tempatan] Orang ramai minta kerajaan pertimbangkan semula projek MRT3. Setuju?

   Close [Copy link]
Post time 2-6-2018 08:37 PM | Show all posts
mixed replied at 2-6-2018 10:27 AM
sg buloh tu tetap la jam pagi petang mlm walu ada mrt. pada hal mrt tu selesa sgt iols suka je.

k ...

ramai yg gelabah tetek nak jugak bawak kereta sampai ke tengah2 KL, why not park je kereta kt parking MRT, then naik MRT, tak susah mana pun


tp kesedaran tu mmg dah ada skit lately ni,my big boss, gaji 5 angka sebulan pun, umah puncak alam, dia park kete kt sg buloh,naik MRT je terus, kalau ada appointment bagai nak jumpa client kt luar office yg tempat tu takde public transport, dia amik grabcar je... dia pun dah nak menjengah 5 series, beruntung dia kata ada lrt mrt bagai ni, unlike zaman dia dulu...

kesedaran tu dah ada skit, tengok je ptg2 dan waktu pagi kat stesen pasar seni or bkt bintang, MRT dah start pack penuh dgn penumpang, pasar seni tu pagi2, org2 nak tukar tren sampai jadi barisan berbentuk 'V', sal nak tukar dari putra ke MRT...

akak rasa nak tampar je mulut2 jahat cakap MRT tak menguntungkan dan tak capai sasaran penumpang... mulut2 jahat ni entah2 naik MRT pun tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 2-6-2018 08:37 PM
ramai yg gelabah tetek nak jugak bawak kereta sampai ke tengah2 KL, why not park je kereta kt park ...

kan uols rasa nk sekeh pala deols

iols laki antar & amik kt stesen mrt senang sikit. iols malas nk drive layan jem plg senang naik mrt sambil baca forom & main game
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek infra memang tak menguntungkan tapi ia satu keperluan rakyat. Sejak ada lrt mrt ni rakyat ada pilihan, itupun komuter yg bergerak mcm semut tu tetap padat bila peak hours. Aku sokong je mrt3 diteruskan dan kalau ekonomi dah nazak sgt seperti yg digendangkan, hold dulu setahun dua. Tengoklah Korea, merdeka lbhkrg sama dgn Malaysia tapi kenapa lebih maju dan sistem subway pun sangat mudah dan efisien.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 2-6-2018 08:37 PM
ramai yg gelabah tetek nak jugak bawak kereta sampai ke tengah2 KL, why not park je kereta kt park ...

yg sembang tu mana naik lrt sis...
bila bg pndpt disuruh diam....  
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolls is confius between mrt3 & lrt3.

Tapi definitely all these farking project buat jln jd rosak teruk yg jd mgsa rokyat marhaen abes rosak kereta!
Bygkn bawak org preggy dok sblh terhuyung hayang sbb jln xrata kt shah alam. Korek sikit tampal mcm gampang dah jd hole till d end of the road mcm tu.
Samala  dgn project SUKE tu. Mentang2 xde menteri dok situ jln biar je teruk yahamat.

While construction rakyat kena "sorry for inconvinience". Hujung2 absorber rsk kena tukar sendiri.
Bila dah siap rakyat kena charge toll while they making profit each day.

Aku harap sgt sultan selangor naik rolls royce sepanjang jln port klang tu. Ape org sane xbyr road tax ke.
Ade adun port klang pun xblh pakai.
Xde sape perjuangkan hak mmg telan je la msg2 hadap stiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 2-6-2018 06:27 AM
Duit gst xda dah.. Krjn xda duit dah

Xpe..gst bila2 masa boleh implement semula. Dia di set ke 0% saja remember that. Nanti dia boleh naikkan balik dgn alasan nak settle hutang 1 trillion. Bak kata korang masa ni fasa honeymoon fasa rakyat masih sayang. Semua yg kerajaan baru buat semua betul dan suci. Just grab ur popcorn n watch
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2018 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian korang yang berhujah dengan fakta. Sama macam najib,dia kena faham,80% malaysian ni xde tertiary education pon,so kalau nak sokongan,kena main sentimen. "Negara nak bangkrap,najib penyamun,rakyat melarat",nampak tak betapa power statemen ni walaupon fakta ke laut. Lagi power bila yg bercakap ada title tun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 2-6-2018 12:55 AM
Buat masa ini, kerajaan PH perlu menangani hutang 1 trillion dgn membatalkan projek2 mega yg mencuri ...

"Sejujurnya, sewaktu saya siapkan artikel ini, betapa ia antara artikel paling sukar pernah saya tulis. Bayangkan, terdapat 3 orang admin berlatarkan Master dalam ekonomi dari 3 universiti berbeza (UM, UPM dan UMS), berserta seorang admin yang mempunyai latar belakang ilmu kewangan yang tinggi membantu saya.

Tidak dilupakan juga kepada rakan editor saya yang memastikan setiap penerangan dalam artikel ini mudah difahami orang awam menggunakan laras bahasa semudah mungkin. Semoga apa yang saya siapkan ini bermanfaat kepada para pembaca." - Admin HE

FAQ: Menjawab Persoalan-Persoalan Mengenai Hutang Negara

1. Berapa sebenarnya hutang negara kita? 1 Trillion ke 700 billion?

Hutang negara kita sebenarnya adalah 686 Billion sahaja. Ia kira-kira 50.8 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). KDNK ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Ia merupakan satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara.

KDNK negara kita pula sekitar RM1,352.5 billion (1.3 Trillion) setiap tahun. Angka 1 trillion yang didapati itu adalah apabila hutang negara kita dicampurkan dengan hutang-hutang yang dijamin kerajaan dan hutang pajakan. (Contigent Liabilities dan PPP).

PPP ialah bayaran pajakan untuk kerjasama projek awam dan swasta aka ppp (public private partnership) seperti projek-projek membuat sekolah, hostel ,jalanraya, balai polis, hospital dan sebagainya. Selain daripada kos membina, bayaran PPP juga termasuk dengan bayaran sewa dan penyelangaraan.

Jadi, kalau anda tanya hutang negara kita ini berapa, kami lebih suka untuk ikut perkiraaan 686.8 Billion itu kerana ia merupakan perkiraan piawaian (standard) yang digunakan oleh semua kerajaan di dalam dunia.

Perlu diketahui bahawa rizab antarabangsa negara berjumlah USD101.5 bilion (bersamaan dengan RM428.9 bilion) pada 31 Oktober 2017. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. Rizab negara kita antara yang tertinggi di dunia tau.

2. Habis, yang PM dengan MOF baru kita gunakan angka 1 trillion tu bagaimana? Kerajaan terdahulu menyembunyikan ke angka 1 trillion ini?

Sejujurnya kami tidak mengetahui kenapa Tun Mahathir menggunakan angka 1 trillion ini. Namun, sebenarnya kerajaan terdahulu juga menggunakan piawaian yang terpakai untuk mengira hutang negara. Bahkan pada zaman Tun M, piawaian yang lebih kurang sama terpakai di mana Contigent Liabilities+PPP/PFI tidak diambil kira seperti hari ini.

Adapun sebenarnya angka seperti hutang jaminan kerajaan tidak pernah diketepikan dalam laporan kewangan negara. Kalau anda rujuk setiap penyata kewangan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, kedua-dua perkara tersebut masih lagi terselit pada laporan. Cuma pendefinisian kerajaan baru hari ini agak melawan arus dan kali pertama digunapakai di dunia sehinggakan angka hutang kita agak membelon.

Rujuk gambar bagi menyokong jawapan kepada jawapan di soalan kedua.

Untuk rujukan PPP boleh dapatkan disini: http://www.ukas.gov.my/en/senarai-projek-utama

Penyata kewangan negara kita ini juga diteliti oleh agensi kewangan seperti Moody’s, S&P dan Fitch juga tahu butiran dan jumlah hutang yang dijamin kerajaan ini. Mereka memberikan rating yang tinggi bagi Malaysia (A3 A-, A-). Boleh lihat laporan di bawah juga.

Jadi, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. (penjelasan lebih lanjut akan diberikan pada soalan khusus berkaitan agensi kewangan pemberi rating ini).

3. Ada tak negara yang berhutang lagi banyak dari Malaysia?

Dengan sukacitanya ia terlalu banyak. Saya boleh berikan kepada anda lebih 79 buah negara miskin, membangun dan maju yang jauh lebih tinggi hutang negara mereka berbanding kita. Di bawah ialah angka-angka yang pernah dan sedang dicapai oleh negara maju yang lain. Data meletakkan peratusan hutang daripada KDNK mereka pada sekurang-kurangnya untuk bulan Julai 2017 ini.

Japan – 234.7
Greece – 181.6
Lebanon – 161.5
Italy – 132.5)
Jamaica – 130.1
Cabo Verde – 128.6
Portugal – 126.2
Eritrea- 119.8
Singapore – 110.5
Grenada – 110
Barbados – 108.9
Belgium – 106.7
Cyprus – 104.6
Mozambique – 100.3
Spain – 99.6
Canada – 98.8
France – 96
Egypt – 92.6
Puerto Rico – 92.5
United Kingdom – 92.2
Yemen – 92.2
Jordan – 90.6
Sao Tome and Principe – 89.5
Antigua and Barbuda – 89
Croatia – 88.3
European Union – 86.8
Belize – 86.3
Austria – 83.5
Saint Kitts and Nevis – 83
Slovenia – 81.8
Iraq – 79
Ukraine – 78.2
Ireland – 77.9
Sri Lanka – 77.1
Saint Lucia – 77
Morocco – 77
Hungary – 75.1
United States – 73.8
Ghana – 73.7
Brazil – 73.5
Serbia – 72.9
Maldives – 72.8
Bahrain – 72
Albania – 71
Montenegro – 70.7
Congo – 70
Dominica – 70
Pakistan – 69.8
Kyrgyzstan – 69.5
Sudan – 68.8
Germany – 68.2
Suriname – 67.8
Saint Vincent and the Grenadines – 67
Aruba – 67
Mauritius – 66
El Salvador – 64.9
Bahamas – 64.4
Finland – 63.6
Togo – 63.3
Israel – 63.2
Uruguay – 62.8
Malta – 62.6
Costa Rica – 62.3
Netherlands – 61.8
Laos – 61.6
Malawi – 61.2
Belarus – 60.7
Djibouti – 60.5
United Arab Emirates – 60.3
Mongolia – 60
Seychelles – 59.1
Tunisia – 59
Syria – 57.5
Angola – 57.4
Zambia – 57.2
Iceland – 56.5
Mexico – 56.3
Senegal – 55.6
Qatar – 55.6

4. Kita berhutang dengan siapa sebenarnya?

Pecahan hutang kita semua adalah seperti berikut:

– Pemilik Asing: RM186.3 bilion

– KWSP: RM182.3 bilion

– Institusi Perbankan: RM157.6 bilion

– Syarikat Insurans: RM30.9 bilion

– Lain-lain: RM30.4 bilion

– KWAP: RM21.9 bilion

– Institusi Kewangan Pembangunan: RM18.4 bilion

– BNM: RM4.6 bilion

– Institusi bukan kewangan: 0.67 Billion

Carta berdasarkan peratusan pemilik hutang kerajaan.
Kerajaan menerbitkan bon dalam pelbagai bentuk di antaranya bon yang mempunyai risiko rendah pelaburan seperti bil perbendaharaan, MGS (sekuriti kerajaan Malaysia) dan GII (Govenment Investment Issue). Bon-bon berisiko rendah ini mempunyai tempoh matang yang tersendiri, bermakna sepanjang tempoh matang ini, kerajaan perlu memberi servis faedah kepada pemegang-pemegang bon yang terdiri daripada badan institusi seperti EPF, KWAP, TH, PNB, institusi insurans dan institusi perbankan. Faedah yang diservis ini dikira sebagai hutang.

Melalui servis faedah inilah, KWSP, TH, PNB membayar dividen, KWAP membayar wang pencen, institusi insurans membayar pampasan dan tanggungan polisi mereka manakala institutsi perbankan membayar pulangan faedah atau hibah simpanan kepada pelangggan mereka.

5. Sekejap… bon itu apa sebenarnya?

Bon merupakan akujanji hutang diterbitkan oleh kerajaan. Anda akan dikira sebagai pemberi pinjaman sekiranya membeli atau melabur dalam bon manakala kerajaan adalah peminjam kepada anda.

Biasanya kerajaan menerbitkan bon untuk biaya perbelanjaan pembangunan serta mahu memiliki bajet yang seimbang. Harga bon dipengaruhi pelbagai faktor seperti faedah, inflasi, tarikh matang dan kualiti kredit. Ramai memilih untuk melabur dalam bon kerana faedah yang ditawarkan.

Antaranya ialah bon lebih rendah risiko berbanding saham serta menawarkan pulangan dalam bentuk faedah berkala yang tetap serta membolehkan pelabur mengekalkan wang pokoknya.

Sebagai balasan, kerajaan akan membayar faedah tetap (dikenali sebagai kadar kupon) bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila bon mencapai tempoh matang. Pemilik utama bon di Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen, syarikat insurans dan institusi kewangan lain.

6. Saya ada nampak yang kualiti kredit pada penjelasan kepada soalan sebelumnya. Apakah kualiti kredit ini berkaitan dengan agensi kewangan yang memberi rating pada ekonomi dunia?

Yang membaca pun tentu dah faham bagaimana kerajaan menerbitkan bon untuk berhutang serta bagaimana sebuah bon itu berfungsi. Sekarang apa kaitan kredit rating yang diberikan oleh agensi kewangan seperti Moody’s, S&P dan Fitch dengan hutang negara? Tadi kita tahu bahawa harga bon itu dipengaruhi oleh faedah dan kualiti kredit.

3 agensi kewangan yang disebut merupakan agensi kewangan terbesar di dunia dan di mana pelabur menggunakan kredit yang diberi mereka untuk melabur ke dalam sebuah negara. Mereka menilai sebuah kewangan negara berdasarkan data ekonomi dan kewangan negara (Quantitative measure) dan juga keamanan dan kestabilan politik sesebuah negara (Qualitative measure).

Faedah yang dibayar dalam bentuk kadar kupon akan menjadi rendah apabila kredit rating adalah tinggi. Faedah yang diperoleh oleh mereka akan tinggi berdasarkan kredit yang rendah Ia juga memberi gambaran kepada pelabur bahawa tentang risiko yang akan dihadapi oleh mereka.

Semakin tinggi rating daripada tiga agensi kewangan ini, semakin rendah risiko pelaburan. Pelabur akan memilih negara yang mempunyai rating tinggi kerana kebiasannya pelabor bon tidak gemar pada pelaburan berisiko tinggi. Rendahnya kredit rating akan menyebabkan kadar faedah bon akan bertambah di mana secara tidak langsung akan menyebabkan kos untuk membayar hutang meningkat.

Untuk rekod bagi kawasan Asia Tenggara, kita hanya di belakang Singapura sahaja dalam kredit rating yang diberikan ke atas negara kita.

Apa yang kita tidak mahu ialah rating ke atas ekonomi kita jatuh memandangkan kerajaan baru sahaja memansuhkan salah satu sumber pendapatan negara iaitu GST berjumlah 40 billion setahun. Kenyataan kerajaan mengenai hutang negara berdasarkan pengiraan baru luar dari piawaian dunia juga merisaukan memberi kesan kepada kredit rating kewangan kita.

Apa-apa pun, di bawah ialah data kredit rating di bawah:

Malaysia:

Standard & Poor : A-
Moody’s : A3
Fitch : A-

Indonesia :

Standard & Poor : BB+
Moody’s : Baa3
Fitch : BBB-

Singapura :

Standard & Poor : AAA
Moody’s : Aaa
Fitch : AAA

Thailand :

Standard & Poor : BBB+
Moody’s : Baa1
Fitch : BBB

Greece yang pernah bankrap:

Standard & Poor : B-
Moody’s : C
Fitch : CCC

Kemudian rujuk carta di bawah untuk memahami di mana tahap ekonomi kita.

Ya, menurut ketiga-tiga agensi kewangan ini, ekonomi dan kewangan negara tidak ada masalah berkenaan hutang negara kita. Bahkan, kita masih mampu menarik pelabur-pelabur dari seluruh dunia untuk membeli bon dengan kita. Kebanyakan agensi kewangan di atas meletakkan negara kita pada kedudukan yang sama taraf “High Grade” dan juga “Upper Medium Grade” berbanding kebanyakan negara di Asia Tenggara.

Sebab itu kalau anda perasan, hutang negara Indonesia rendah (33.1%) sahaja daripada KDNK mereka kerana rating yang diberikan kepada mereka rendah, dan pelabur tidak berani untuk melabur di negara mereka dan membeli bon terbitan mereka kerana risiko yang lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, walaupun Singapura memiliki hutang 110.5% daripada KDNK mereka, namun rating yang diberi oleh ketiga-tiga agensi kewangan ini menunjukkan betapa ekonomi Singapura di tahap “Prime.” Pelabur tentunya akan memilih negara seperti Singapura untuk membeli bon-bon terbitan mereka.

7. Kenapa Greece boleh bankrap kalau kita kata hutang negara tak berbahaya?

Kes Greece ini adalah sangat unik. Greece tidak punya kuasa untuk mencetak wang tersediri kerana merupakan sebahagian daripada European Union. Kredit rating yang diberikan oleh tiga agensi kewangan kepada Greece pun agak rendah memandangkan mereka pernah terlibat dengan penipuan data kerana menipu untuk masuk ke dalam EU pada tahun 2002.

Hutang negara seperti Greece sebahagian besar hutangnya dengan negara atau agensi luar. Penganjuran olimpik juga merupakan bom jangka kepada ekonomi Greece kerana belanja yang amat besar untuk menguruskannya.

Bermula pada tahun 2009, pada ketika krisis ekonomi sedang melanda dunia, Greece merupakan antara kerajaan terkena impaknya. Makanya, kerajaan Greece cuba menjalankan langkah penjimatan seperti menaikkan GST, memperkenalkan cukai rokok dan alkohol, peningkatan harga gas, pembekuan pencen dan had maksima bagi gaji kakitangan awam, dan ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Greece juga telah memohon pakej bantuan kewangan kecemasan yang melibatkan penyertaan European Union, European Central Bank (ECB) dan International Monetary Fund (IMF). Selepas itu adalah rentetan-rentetan pinjaman dan bailout dari luar negara dan kegagalan untuk membayarnya yang telah menyebabkan Greece mengalami bankrapsi.

Untuk rekod, hutang Greece pernah mencapai lebih 70 peratus melibatkan Hutang Luar Negara. 60 peratus sahaja daripada hutang mereka adalah dengan negara-negara Euro (Eurozone) yang berjumlah sekitar 141.8 billion, 10 peratus daripadanya ialah dengan IMF dan juga 6 peratus dengan European Central Bank. Selebihnya barulah melibatkan agensi dan bank dalam negara.

8. Kenapa Jepun boleh memiliki hutang mencecah 200% KDNK tapi masih tak bankrap?

Kerana hutang Jepun adalah terdiri daripada bond-bond yang diterbitkan oleh kerajaan kepada pelabur selain hutang dengan bank-bank dan institut tempatan. Kiranya hutang Jepun adalah hutang rakyatnya.

9. Macam mana agaknya negara bankrap?

Negara bankrap tidak seperti isi rumah bankrap. Kalau sebuah negara bankrap, ia bukanlah melibatkan operasi merampas harta atau aset-aset dalam sebuah negara. Sebaliknya ia akan melibatkan pengumuman seperti sebuah negara default tidak mampu membayar hutang oleh badan kewangan tertentu. Selepas itu, apa yang akan berlaku? Sebuah negara harus berunding semula dengan para pemegang bon-bon tentang syarat-syarat baru untuk membolehkan wang aliran masuk ke dalam sebuah negara.

Untuk rekod, negara seperti Argentina dahulu pernah bankrap pada tahun 2002. Jadi, apa yang berlaku kepada Argentina? Mata wang runtuh, pelabur lari dari negara, syarikat-syarikat dan agensi kerajaan tidak dapat berfungsi, stok makanan kehabisan, serta rusuhan-rusuhan yang membawa kepada darurat. Ini berlaku apabila aliran kewangan tiba-tiba berhenti dalam sebuah negara apabila sebuah negara menjadi default membayar hutang mereka.

10. Kita ada hutang. Apa rakyat perlu buat?

Mengikut definisi baru hutang dan liabiliti kerajaan, PTPTN yang merupakan contigent liability aka hutang jaminan kerajaan adalah sebahagian dari 1.08 trillion. Maka bayarlah. Jadi rakyat bertanggungjawab.

Apabila rakyat menangguhkan pembayaran, ia juga membawa maksud rakyat menambahkan hutang negara. Seterusnya, rakyat juga harus membayar cukai, tidak lari daripadanya. Rakyat juga seharusnya memberikan sokongan kepada kerajaan menarik balik janji untuk memberi penangguhan bayaran PTPTN bagi mereka yang berpendapatan RM 4000 ke atas.

11. Kita ada hutang. Apa kerajaan perlu buat?

Memastikan kita mampu membayar hutang para pelabur apabila tempoh matang bon sudah tiba berserta dengan faedah-faedahnya. Seterusnya, kerajaan perlu berterusan memberikan keyakinan kepada pelabur untuk terus membeli bon negara dan melabur ke dalam negara. Akhir sekali, kerajaan juga boleh menguruskan negara dengan baik demi mendapat kredit tinggi daripada agensi kewangan. Cadangan kami adalah dengan menghapuskan manifesto penangguhan PTPTN sebagai permulaan kepada operasi berjimat cermat hutang negara.

12. Bagaimanakah nak melangsaikan semua hutang menjadikannya sifar?

Sebuah kerajaan bukanlah matlamatnya untuk mencapai hutang sifar seperti isi rumah. Ini kerana terdapat hutang negara yang merupakan aset kerajaan swasta. Apabila menjadikan hutang negara sifar, ia bermaksud agensi-agensi dan syarikat swasta di Malaysia tidak mempunyai cashflow. Bahkan kalau hutang turun mendadak, terdapat sekolah ekonomi seperti Keynesian berpendapat akan menyumbangkan sebuah negara ke krisis kewangan.

Ia juga memberikan gambaran seolah-olah keadaan kewangan negara kita sangat teruk sehingga tidak ada yang mahu membeli bon terbitan negara. Ia juga memberitahu bahawa tiada rakyat Malaysia yang menyimpan dalam bank, KWSP, dan pelbagai lagi. Pendek kata, ia memberitahu kita bahawa tiada aktiviti ekonomi berlaku dalam negara.

Lagipun terdapat negara yang mempunyai hutang lebih rendah daripada negara kita, tetapi keadaan ekonomi mereka jauh lebih teruk berbanding Malaysia. Hutang negara seperti Afghanistan dan Bangladesh, peratusannya adalah lebih rendah dari Malaysia. Afghanistan mencattkan hanya 7% daripada KDNK mereka manakala Bangladesh ialah 27.1% daripada KDNK mereka.

Ini bermaksud hutang rendah bukanlah indikator sebuah negara maju ekonomi terbaik. Kesimpulan paling ringkas ialah, dalam sistem ekonomi di Malaysia, no debt bermaksud no growth.

13. Apa rekod sejarah hutang kita?

Kita tidak pernah default dalam membayar hutang. Tetapi hutang negara kita pernah cecah 103.4% di bawah pemerintahan Tun Mahathir pada tahun 1986. Hutang kita hari ini adalah sekitar 50.8 % daripada KDNK, kira-kira separuh daripada angka 103.4%. Angka pada tahun 1986 merupakan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia setakat ini. Kalau diambil sekalipun angka 1 trillion yang digembar-gemburkan pun, ia sekadar sekitar 80 peratus daripada KDNK negara kita sekarang.

14. Macam mana nak baca nilai angka hutang negara?

Kita tidak boleh melihat pada angkanya sahaja tetapi harus dilihat pada peratusan daripada KDNK. Sebagai contoh angka 686 Billion itu harus dilihat pada peratusan ia mewakili pendapatan negara. Analoginya, A mempunyai hutang setinggi RM 7, 000 manakala B pula berhutang setinggi RM 3000. Namun, pendapatan A mencecah RM 14, 000 manakala pendapatan B pula sekadar RM 3500. Tentulah keadaan kewangan A lebih baik berbanding B. Ini menunjukkan angka sahaja tidak cukup dalam menilai sebuah hutang negara. Angka hutang bukanlah ‘absolute’ tetapi ‘relative’, bergantung kepada beberapa faktor lagi selain dikira peratusannya daripada pendapatan negara.

15. Kenapa nak membenci Tabung Harapan? Ia satu inisiatif patriotik untuk rakyat.

Perbuatan menderma wang kepada negara dan kerajaan adalah sebuah sifat patriotik. Ia boleh disamakan dengan sikap rakyat Korea Selatan yang meminjamkan wang dan barang kemas kepada kerajaan mereka ketika krisis kewangan 1997 dahulu. Tetapi malangnya situasinya tidak sama antara Malaysia dan Korea Selatan sekarang apabila bentuk hutang yang diperkatakan juga berbeza.

Malaysia tidak terikat pada hutang dengan agensi kewangan asing seperti IMF, sebaliknya kebanyakan hutang dalam bentuk bon dan setiap bon terdapat tempoh matang untuk dilunaskan bayarannya. IMF pula memberi pinjaman berbentuk mata wang kepada Korea Selatan untuk menyelamatkan negara mereka ketika krisis kewangan dahulu.

Justeru, kami berpendapat bahawa adalah tidak pratikal kewujudan Tabung Harapan ini berbanding langkah-langkah penjimatan kerajaan yang lain. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk membayar bon.

Sebagai contoh, kerajaan boleh sahaja menerbitkan bon yang lain semata-mata mahu membayar bon yang sudah tamat tempoh. Hanya perlu membayar faedah sahaja. Kitaran ini boleh berterusan sehinggalah kiamat kerana hayat kerajaan itu adalah berbeza dengan hayat isi rumah.

16. Berapa kadar nilai hutang yang ideal?

Negara Malaysia meletakkan bahawa hutang kerajaan tidak boleh melebihi 55% daripada KDNK . Walaubagaimanapon 55% yang dimaksudkan adalah merujuk kepada MGS , GII dan Islamic treasury Bills sahaja bukan jumlah keseluruhan hutang negara. Boleh rujuk Govt Funding Act 1983 dan Loan (Local) Amended Act 2005. Untuk hutang luar amaun maksima yang dibenarkan ialah RM35 billion boleh rujuk External Loan Act 1963 .

17. Kenapa nak berhutang? Kita kan jana pendapatan sendiri. Gunalah hasil kita.

Hutang juga adalah bentuk pendapatan kerajaan sebenarnya disamping kebergantungan pada cukai, perdagangan, pasaran saham dan juga hasil bumi. Adalah sebuah kerajaan yang bagus apabila mampu untuk mempelbagaikan sumber pendapatannya.

Lihatlah apa yang berlaku pada Venezuela yang terlalu bergantung pada hasil minyak semata-mata demi membayar subsidi dan ketirisan yang berlaku, akhirnya membawa negara mereka ke hyperinlfasi yang terlalu tinggi.

Helmi Effendy
https://www.thepatriots.asia/faq-menjawab-persoalan-persoalan-mengenai-hutang-negara/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 replied at 3-6-2018 04:42 AM
Sian korang yang berhujah dengan fakta. Sama macam najib,dia kena faham,80% malaysian ni xde tertiar ...

Nmpknya ph ni x lama laaa.. next 5 years bakalan bn dan najib naik balik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Konahhh replied at 1-6-2018 03:06 PM
Diorang tak nampak semua tu. Sekarang phase honeymoon la since pentaksub suka sangat guna marriage ...

Takde projek Najib yang bail out? 1MDB tu apa? Seriously?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 04:48 PM | Show all posts
pada pendapatan akak wajar diteruskan
akak first time jugak naik MRT balik mesia baru2 ni
mmg oklah sbb dia connect ngan byk stesen LRT/Komuter lain...

transportation ni salah satu infra yg tergolong dlm golongan keperluan lah pada akak....bukan kehendak....bila dah cukup cantik transport nehh nak kurangkan subsidi minyak pon org takla marah sgt sbb public transport tiptop so tak berapa terjejas...

having said that akak kompem derang dah conduct feasibility studies punya kan....so nak cakap byk pon takde facts and figures....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju mrt3 stop sebab bukan lalu kawasan aku pun.   Tskder faedah. .
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 replied at 3-6-2018 04:42 AM
Sian korang yang berhujah dengan fakta. Sama macam najib,dia kena faham,80% malaysian ni xde tertiar ...

and ratib 1mdb....
org cite circle line tu penting utk improve connectivity.... cuba projek ni bg kroni che det.... bleh jln je.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mr_cool5885 replied at 3-6-2018 12:43 AM
Iolls is confius between mrt3 & lrt3.

Tapi definitely all these farking project buat jln jd rosak ...

Kawasan industy takde jalan cantik.

Sbbnya munturi bongok Donald Lim (pd Masa material dia munturi transport) bagi Naik axle weight lorry sbb highway Kita bagus (yakni: Lori boleh bawa muatan lebih berat).

Yg bodohnya si munturi donel Lim neh, apa dia ingst lorry operator bawak muatan berat hanya in between toll plaza saja la?
Mass Lori pegi amek muatan ganja padat utk hantar ke Westport bukan ke kene lalu jalan kampung Johan setia?

Itu budusnya si munturi.

Gampangnya lorry operators, jalan yg Ada weight limit Pon dia bedal jugak. Contohnya coastal road permas Jaya hancur. Jalan tu had berat 36 tan tapi bangsat2 Lori dgn berat 43 tan bagai dok lalu. Sial sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mr_cool5885 replied at 3-6-2018 12:43 AM
Iolls is confius between mrt3 & lrt3.

Tapi definitely all these farking project buat jln jd rosak ...

Uiiii ni jalan depan hosp besar pn aduii teruk sungguh dgn ada yg tumbang hrtu..seramnya..kalau xde hal mmg x lalu jalan tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 3-6-2018 04:04 PM
Takde projek Najib yang bail out? 1MDB tu apa? Seriously?

Oops @xy_daen, yes 1mdb. Thanks, sebab dah selalu kutuk jadi terasa biasa lalu terlupa hahahaha.

So yes, sama lah Najib & Madey yg banyak bail out like Dayabumi, Perwaja, Bakun,BMF, Forex, Proton, LRT, Intrakota, ParkMay, Danaharta, PKFZ and MEC.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tak setuju. perlu ke stesen mrt ala2 mini stadium? . buat kecik2 je tak boleh? bas tu boleh bg free utk student beruniform n warga emas je cukup. ni tak bas free yg penuhyer pati. seronok la duduk malaysia tax x bayar, spital bayar sama mcm rakyat pakai je fake ic.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak pernah tak try mrt waktu nak pergi kerja? Even mrt besar stadium pon penuh manusia,nak kecikkan bagi orang beratur panjang,tren delay sebab movement passenger jadi slow,pastu salahkan tren tak tepati masa? Pernah pegi jepun? MRT dorang bukan setakat besar,siap ada 3 level underground kat interchange dia utk 3 laluan berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 02:40 AM | Show all posts
MRT projek planning ..bukan planning kerajaan sedari  dulu ke? perancangan diambik kira kewangan kerajaan akn dtg sampai mrt projek siap.

Now diberentikan sbb byk projek besar dijln kan pd masa yg sama dan duit negara kena bayar utang.
walaupun ada kata utang 660+ bukan 1T ..utang tetap utang kena bayar.
Dan kita faham  600+ tu basic kira utang shj tak termsk yg lain -- ikutlah sapa nak ambik kiraan ni shj tapi utang tetap utang.. kena bayar. 1T tu termsk yg gadaikan malaysai as guarantor macam 1MDB..so kena include dlm utang kerajaan kan (ini kefaham saya yg simple) lol malas nak fikir susah susah.

cth cam kawan letak nama saya sebagai guarantor (sorry silap ejaan)  pinjaman dia.. bila dia takleh bayar..saya kena bayar utang dia.. so ..kenalah include dlm utang saya perlu bayar.

Jadi takyah kecuh yer.....masa x-gov..kita leh hidup takder MRT3..kita teruskan buat sementara..atleast perkara UTAMA saya rasa........ CUBA KURANGKAN RASUAH bermaharajalela dan biar org respect balik malaysia.

manifesto dll  kita sabar dulu lah yer..atleast dlm sabar masih ada HOPE.
masa time x-gov....dlm SABAR cam  REDHA jer dgn jawapan x-gov bagi yg sombong dan arrogant.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk jah erl
Dulu awal2 ada x penuh.  Laaa nih..  Full mcm naik lrt...  Berpeluh peluh...
Org putrajaya cyber dengkil salak pon naik ramai naik erl yg kerja di kl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.217172 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list