CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 17

[Politik] PIMPINAN PAS #13 : Muslim korup vs non-Muslim baik

[Copy link]
Post time 4-6-2018 05:52 PM | Show all posts |Read mode

MEREKA bertanya, mana baik antara muslim yang korup dengan non-muslim yang baik?

Saya jawab, buang muslim yang korup dan pilihlah muslim yang baik. Pilihlah juga non muslim yang baik dan letakkan mereka semua pada tempatnya yang adil.

Antara keburukan ialah paksaan untuk memilih di antara muslim yang korup dengan non muslim yang baik. Begitulah sebaliknya. Pilihan hanyalah di antara yang baik. Jika terpaksa di antara dua yang mudarat dan buruk, pilihlah yang lebih ringan di antara keduanya.

Di dunia ini, siapa pun, tiada tempat untuk mereka yang korup dan jahat kecuali turun ke bawah atau diturunkan.

Ya, muslim dan non muslim adalah berbeza. Tetapi persamaan kekal persamaan. Keadilan adalah keadilan. Allah tidak membezakan di antara manusia di dunia ini. Kebaikan duniawi adalah milik bersama. Kebaikan di akhirat hanyalah milik muslim yang beriman.

Mengapa? Kerana di sana nanti, kita tiada lagi diberi hak usaha dan pilihan oleh-Nya sebagaimana di dunia. Di sana adalah milik-Nya sepenuhnya. Di sana, Dia-lah yang memilih, bukan lagi kita. Dia hanya akan memilih untuk syurga-Nya orang-orang yang beriman kepada-Nya di dunia ini.

Justeru selamatkanlah akhirat anda dengan menjaga hak agama Allah di dunia ini. Jagalah Allah dengan menjaga agama-Nya. Jika tidak anda, Allah pasti memilih orang lain untuk menjaga agama-Nya. Jika begitu, bahagian anda di akhirat nanti adalah kemalangan dan kesesiaan.

فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (85)وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (86)

"Maka mereka (kaum Musa) berkata: Kepada Allah-lah kami bertawakkal. Wahai tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah (sebab kekufuran) bagi kaum yang zalim. Dan bebaskanlah kami dengan rahmat-Mu daripada kaum yang kufur." (Surah Yunus: 85-86)

#Istiqamah
#PeguamNegaraUntukMuslim

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Bachok


http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/34-pimpinan/6927-muslim-korup-vs-non-muslim-baik

Deposit calon kawan pun PAS bayarkan
Model Zakat: Hapus GST ganti cukai orang kaya
Bai'ah bermakna janji setia dan ketaatan
Dua-dua gajah, pilih yang ketiga
Fitnah Syiah atas Ketua Menteri Melaka
PAS dari hari ini
Kerajaan perpaduan sudah dicuba Tun Razak
Mengapa kes Guan Eng tidak diselesai sebelum PRU?
Mereka masuk Umno bukan kerana Allah
Isu Perlantikan Peguam Negara, PAS sokong tindakan Agong

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 02:53 AM | Show all posts
akhir zaman ni penuh fitnah, a kata b, b kata a, sentiment siapa populis dan dapat brainwash akan menang. fakta kebenaran di kebelakangkan.

terfikir pepatah keluar mulut buaya masuk mulut singa
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 5-6-2018 03:00 AM

Kalau la tajuk thread ni adalah soalan karangan, akak bagi Nik Abduh, E, karna tidak menjawab kehendak soalan disebabkan penyampaian isi tidak jelas.

Nak kata pilih la Muslim korup (against kapir baik) pun konar2 sampai beberapa perenggan. Perlu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2018 09:10 PM | Show all posts
chazey replied at 5-6-2018 02:58 AM
Kalau la tajuk thread ni adalah soalan karangan, akak bagi Nik Abduh, E, karna tidak menjawab kehend ...

Jawapan dah ada kat perenggan ke 2. mana ada koner2...ingat ni pemimpin PH ke cakap berbelit-belit.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusing2 sgat jwpan kau Nik beduh. Ujong2 x clear pon kau nak pilih mana. Soalan mcq sebegini mudah pon xdpt jawab ke?

Pilih SATU jawapan:
a) moslem korup
B) kaper baik

Jawab lah silakan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2018 09:24 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-6-2018 09:20 PM
Pusing2 sgat jwpan kau Nik beduh. Ujong2 x clear pon kau nak pilih mana. Soalan mcq sebegini mudah p ...

Tajuk tu satu sindiran kepada pendokong PH yang otak mereka hanya terhad kepada 2 pilihan sahaja walaupun sebenarnya ada 3 pilihan dan pilihan ke-3 itulah yang terbaik. Jawapan bernas dari pemimpin PAS untuk pendokong PH yang otak beku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 5-6-2018 02:58 AM
Kalau la tajuk thread ni adalah soalan karangan, akak bagi Nik Abduh, E, karna tidak menjawab kehend ...

Khenn sister?? Punya lah putar belit ayat bunga tmbah hadis pelbagai ujong2 tak menjawab soalan. Soalan ada dua pilihan pon susah nak pilih ke Nik beduh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-6-2018 09:10 PM
Jawapan dah ada kat perenggan ke 2. mana ada koner2...ingat ni pemimpin PH ke cakap berbelit-belit ...

Bongok punya lobai. Soalannya antara MOSLEM korup dan NON MOSLEM baik. Jawapan Nik beduh dlm perenggan 2 takde pon mention NON MOSLEM! putar belit punya pasal smpai xmenjawab soalan. Dodol bagi gred E!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2018 09:32 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-6-2018 09:27 PM
Bongok punya lobai. Soalannya antara MOSLEM korup dan NON MOSLEM baik. Jawapan Nik beduh dlm peren ...

Otak pemimpin PAS tak beku macam otak orang PH yang hanya berada di dalam ruang lingkup yang sempit. dari segi logiknya kenapa tidak keluar soalan "antara muslim korup dan muslim yang baik" ?


Adakah ianya satu cubaan untuk menunjukkan orang kafir itu lebih baik daripada orang Islam? sedangkan di dalam Quran menyebut amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang kafir itu ibarat debu yang berterbangan, tiada nilai di sisi Allah SWT.





Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-6-2018 09:24 PM
Tajuk tu satu sindiran kepada pendokong PH yang otak mereka hanya terhad kepada 2 pilihan sahaja w ...

Masalahnya soalan dia ada 2 pilihan jah kenapa xmenjawab soalan? Bodoh kau fail exam ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-6-2018 09:32 PM
Otak pemimpin PAS tak beku macam otak orang PH yang hanya berada di dalam ruang lingkup yang sempi ...

Soalan tu berdasarkan konteks kpd beberapa isu yg melibatkan pemilihan non moslem berbanding moslem dlm pilihannya lepas. Tak wujud pilihan moslem korup dan moslem kaper. So kenapa kau bodoh nak tukar soalan pulak dan menyalahkan pembuat soalan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2018 09:40 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-6-2018 09:34 PM
Masalahnya soalan dia ada 2 pilihan jah kenapa xmenjawab soalan? Bodoh kau fail exam ke apa?

Dah bagitau tadi kan. otak pemimpin PAS tidak jumud dan beku sepertimana otak pendokong PH yang hanya terhad di antara "orang islam korup vs orang kafir yang baik"

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2018 09:42 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-6-2018 09:36 PM
Soalan tu berdasarkan konteks kpd beberapa isu yg melibatkan pemilihan non moslem berbanding mosle ...

Konteks yang kau maksudkan itu diadakan untuk mewujudkan situasi "otak beku" dikalangan rakyat. dan seolah-olah cuba menyembunyikan pilihan ke-3 iaitu " orang islam yang baik".

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-6-2018 09:42 PM
Konteks yang kau maksudkan itu diadakan untuk mewujudkan situasi "otak beku" dikalangan rakyat. da ...

Sembang je lah apa kau nak sembang tpi tetap xmenjawab soalan. Markah tetap lah fail walaupon karangan 2000 patah perkataan. Next!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2018 09:50 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-6-2018 09:46 PM
Sembang je lah apa kau nak sembang tpi tetap xmenjawab soalan. Markah tetap lah fail walaupon kara ...

kami di PAS tidak suka ikut cara "otak beku" PH.


Dan jangan harap kami akan terjerumus di dalam permainan persepsi PH.



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 10:14 PM | Show all posts
pelik ni .macam bukan dari statement Nik beduh.. x de pun die statement "Ana Tahu"... ana bangkang.. ni statement phitnah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan camni kalau dapat kat diva AA..
“Ko sekolah tak?!”
“Ko srp pass tak?!”
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-6-2018 09:50 PM
kami di PAS tidak suka ikut cara "otak beku" PH.



Situasi di satu sekolah pondok

Cikgu: Beduh, sila jawab soalan no 1, jawapannya A ke B?

Beduh: saya x suka otak beku cikgu. Saya jawab C!

Cikgu: Bodoh boleh gi mampos!

Beduh: *terjun lombong

Semua murid : *tepuk tangan


Tammat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.079056 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list