CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4712|Reply: 37

"Kenapa Ramadan Ja, Harga Air Mencanak Naik?"- Amran Fans

[Copy link]
Post time 7-6-2018 10:31 AM | Show all posts |Read mode



Ramai yang mengenali Amran Fans sebagai watak sarkastik mengenai isu-isu dalam negara serta isu sosial di laman Facebooknya. Biar pun penulisannya agak kasar serta tidak berlapik, namun jika ia isu yang bagus, maka kita perlu membincangkannya dalam konteks semasa.


Terbaru, Amran menulis di laman Facebooknya mengenai perbezaan harga minuman di bulan Ramadan dan bulan biasa. Ramai yang bersetuju dengan pendapatnya serta menganggap ia masalah yang tidak akan selesai.




Betul apa yang diutarakan oleh Amran kerana rata-rata harga air di Bazar Ramadan naik mencanak berbanding bulan sebelumnya. Ramai pula yang memberitahu harga air bungkus di tempat mereka pula.















Ada pula netizen yang menjelaskan ketamakan peniaga hingga sanggup meletakkan pemanis yang banyak untuk menjimatkan kos.






Ada netizen menempelak Amran kerana bising benda yang tidak sepatutnya. Sedangkan jika membeli minuman di kedai kopi ternama, tidak pula bising. Namun, ada bijak pandai yang membalasnya dengan hujah padu.






Jadi, kita hendaklah bijak menggunakan kuasa sebagai pengguna bagi membuat pembelian yang berbaloi. Jika rasa tidak berbaloi, lebih baik buat air minuman sendiri. Dengan itu peniaga mungkin terkesan dengan cara sebegini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2018 10:57 AM | Show all posts
mahal je air rm5...………...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 11:11 AM | Show all posts
ditambah pulak dengan penjaja segera yang hanya muncul setahun sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 11:29 AM | Show all posts
rm 5 kalo saiz besar mcm 2 plastik standard berbaloi.

air starbucks lg mahal tade org  komplen pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 11:33 AM | Show all posts
minum air masak je la lagi elok...

tak elok minum air sejuk, manis2 selalu

kalau korg mampu belilah, tp tak yah la kondem mahal segala, nak buat caner penjual pun teringin nak beli henbeg hermes birkin
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 11:40 AM | Show all posts
Kalau rasa mahal usah beli gi je beli dengan peniaga yang jual dengan harga biasa gunakan kuasa pembeli yang sebenar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2018 11:57 AM | Show all posts
Bulan puasa ni kalau beli dekat param try and error je...air kelapa ori RM5 sebungkus aku sanggup beli sebab tak tambah air dah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni bli cendol je kt param..seb baik sedap tp cekik daroh gak la..
Selain tu, bancuh air kt umh je..melambak kordial ada kt umh pelbagai rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2018 09:08 PM | Show all posts
bazar ramadan tahun ni..

air lagi mahal dari makanan..

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kau susah hati kenapa mira? duit dlm poket kau tu boleh terbang sendiri ke beli air rm5?

nama dah ekonomi, supply and demand. kalau takde demand nok rm1 pun tak de org beli.

troll lembam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 11:00 AM | Show all posts
sejak de coway, dah lama xbeli air mcmni.. blk rumah minum tmbh kordial..  jimat..  
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 08:38 PM | Show all posts
pergh harga air boleh buat beli nasi ayam juadah berbuka. baik p beli teh oishi perisa laici ja lah haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 12:02 PM | Show all posts
Ye ke sebungkus RM5? Mcm claim berlebih2 jer... Yg aku nampak, sebungkus RM2 atau RM3, bergantung kpd saiz plastik. Selalunya sbb persaingan, depa jual 2 bungkus RM5 utk yg sebungkus RM3. Unless air yg special skit, i.e. air khatira atau jus buah, depa jual mahal skit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 01:18 PM | Show all posts
tempat i rm3 je sebungkus air buah atau soya
takde pernah jumpa rm5
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 01:31 PM | Show all posts
sedap gak teh ais dhaka tu ptg2 nie....hurm.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 03:07 PM | Show all posts
korang kena la paham
harga tapak bazar tu mahal
so diorg serap dlm harga air

p/s: mcm ni lah cth SST yg ganti GST nanti
wp end user x bayar, ko ghase pengilang nak telan sorg kos SST?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2018 09:19 AM | Show all posts
Raya utk semua kaum kan masa utk naik harga ke?
Rindula masa kat kampung  sedia makan2 minum2 buka puasa sama seluruh kampung
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 09:22 AM | Show all posts
Feinora877 replied at 14-6-2018 09:19 AM
Raya utk semua kaum kan masa utk naik harga ke?
Rindula masa kat kampung  sedia makan2 minum2 buka  ...

Senorok mcm dlm video ni ke? XDD


Tp nak hati2 Mak Long yg sibuk XDD

ps: Nasib baik Mak Longku tak mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 09:45 AM | Show all posts
dan hari ini kecoh pula kos sebenar bazar ramadan di lokasi strategik ibukota dianugerahkan kepada orang berkepentingan dengan harga x sampai RM10 pun untuk 1 tapak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 10:23 AM | Show all posts
maxgamer82 replied at 7-6-2018 11:11 AM
ditambah pulak dengan penjaja segera yang hanya muncul setahun sekali...

Habislah GST kan masa untuk nak harga
baik buat sendiri jer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.192683 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list