CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5814|Reply: 14

Pembunuhan Jalil Ibrahim 'Pegawai Bank Yang Tahu Rahsia Penyelewengan Bank Bumip

[Copy link]
Post time 22-6-2018 12:43 PM | Show all posts |Read mode



[size=10.6667px]Jalil Ibrahim merupakan wakil Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) yang ditugaskan untuk menyiasat skandal BMF di Hong Kong pada 1983


Skandal BMF (Bumiputra Malaysia Finance Ltd) sekali lagi mendapat tempat dimedia massa setelah Agensi Penyiasatan Antarabangsa (CIA) Amerika Syarikat mendedahkan keterlibatan Tun Dr Mahathir Mohamad didalam jenayah kleptokrasi itu menerusi  dokumen enam halaman yang didedahkan bagi rujukan umum.

BMF yang merupakan anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) telah  menyalurkan dana berbilion ringgit kepada spekulator hartanah Hong Kong Carrian  Investment Limited (Carrian Group) yang akhirnya hilang tanpa punca.

Dan disebabkan pendedahan oleh CIA ini juga, nama Jalil Ibrahim yang merupakan  Pembantu Pengurus Besar BBMB disebut semula ekoran motif pembunuhannya dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal tersebut.

Sebuah program televisyen pada 2011 menyebut Jalil bertemu dengan seorang ahli  perniagaan warganegara Malaysia berbangsa Cina, Mak Foon Tan di salah sebuah  hotel di Hong Kong sebelum beliau dibunuh.

Pembunuhan berkenaan dilakukan oleh Foon Tan sebelum menyumbat mayat Jalil ke  dalam beg pakaian dan membuangnya di salah sebuah ladang pisang di sebuah daerah Hong Kong.

Mayat Jalil ditemui pihak berkuasa dengan kesan jerutan dileher, tanpa sebarang  kad pengenalan diri kecuali beberapa duit syiling mata wang Malaysia ditemui  didalam kocek seluarnya.

Siasatan lanjut polis Hong Kong menemui sepucuk surat yang belum habis ditulis  Jalil kepada isterinya menyatakan ada pihak atasan cuba mengganggu tugasnya.

Jalil dihantar BBMB ke Hong Kong pada 1983 bagi menjalankan audit BMF ekoran  skandal menggelapkan dana bank oleh Pengarah BMF Hong Kong, Datuk Hashim  Shamsuddin bernilai USD137 juta disamping menerima rasuah HK$15 juta.

Hashim didapati bersalah bersekongkol dengan Ketua Pegawai Eksekutif Carrian,  George Tan - warganegara Malaysia berbangsa Cina - dan dijatuhi hukuman penjara  4 tahun enam bulan sebelum hukuman ditambah kepada penjara 10 tahun.

Sepanjang tempoh skandal berkenaan berlangsung, Carrian juga mendapat dana  daripada bank lain, namun suntikan oleh BBMB menerusi BMF adalah sumber kewangan terbesar iaitu RM2.5 bilion.

Akibat daripada penyaluran kepada BMF terlalu besar, BBMB terpaksa meminta  suntikan dana daripada Petronas berjumlah RM1 bilion untuk mengimbangi akaunnya.

Pada waktu Jalil tiba di Hong Kong untuk menjalankan audit, Carrian berada  diambang bankrap dan berdepan masalah aliran tunai.

Sebuah Jawatankuasa Siasatan Khas ditubuhkan dianggotai tiga individu, teraju  Ketua Audit Negara Tan Sri Ahmad Nordin bagi menyiasat skandal rasuah melibatkan BBMB dan BMF.

Laporan akhir siasatan setebal 300 muka surat itu mendakwa terdapat kes prima  facie mengaitkan tiga bekas pengarah serta tiga lagi pegawai BMF terlibat secara langsung dalam skandal berkenaan.

Individu berkenaan adalah bekas Pengerusi BMF, Lorrain Esme Osman, bekas  Pengarah Hashim dan Rais Sanima.

Pegawai bank yang terlibat terdiri daripada Pengurus Besar BMF Ibrahim Haafar,  bekas Pembantu Pengurus Henry Chin dan bekas penjual pasaran mata wang BMF, Eric Chow.

Laporan berkenaan mendapati kesemua mereka beserta ahli keluarga mereka secara  langsung dan tidak langsung menerima imbuhan daripada George sebagai balasan  kepada pinjaman tanpa cagaran bernilai RM1 bilion.

Prosiding mahkamah civil di Hong Kong itu merupakan antara yang paling lama  dalam sejarah - 17 tahun - selain kos termahal iaitu HK$210 juta.

Sewaktu perbicaraan berlangsung, pihak pendakwaan dan defendan mengakui  keterlibatan Perdana Menteri Dr Mahathir, Timbalannya Tun Musa Hitam serta  Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemimpin pembangkang Lim Kit Siang yang merupakan musuh Dr Mahathir pada waktu  itu menggesa siasatan semula oleh Ahmad Nordin disebabkan oleh sebutan tiga  individu berkenaan didalam mahkamah.

Persoalan kini timbul samaada Kit Siang akan menggesa musuh-jadi-kawannya, Dr  Mahathir, disiasat selepas pendedahan oleh CIA yang menjadi petunjuk terbaru  keterlibatan bekas Perdana Menteri itu didalam skandal BMF.

Pemergian Jalil disusuli dengan anugerah Pingat Gagah Perkasa namun sehingga  kini, setelah lebih 34 tahun sejak pembunuhannya di Hong Kong, motif jenayah  berkenaan kekal misteri.

Apa yang pasti, pada malam Jalil dibunuh, George hadir di BMF bersama sepucuk  surat sokongan daripada Pengerusi BBMB menuntut Pembantu Pengurus BMF untuk  meluluskan sebuah lagi pinjaman.

Henry Chin yang menerima panggilan telefon terakhir daripada Jalil menerima  arahan agar pinjaman itu tidak diluluskan sambil meminta untuk menunggu arahan  dari pihak atasan.

- Malaysian Digest

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 02:09 PM | Show all posts
sedihnya..klu aku jadi anak arwah ni spi bila2 aku takkan maafkan org yg bsubahat dlm pembunuhan ni..org yg x bsalah plk yg mati..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yg bekerja dengan amanah dan telus terus dihapuskan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:16 PM | Show all posts
pernah tengok dokumentari kes ni

semoga dapat pengadilan yang sewajarnya









Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 12:59 PM | Show all posts
kes ni pnah bace kat gosip para kenamaan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2018 02:55 PM | Show all posts
Commonly we attain confused when we finally hear the exact terms website development service in addition to internet developer getting used interchangeably. But thoughts is broken done looking over this, all your individual confusions may perhaps disappear. Poof!
wuxiaworld

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2018 06:26 PM | Show all posts
orang Melayu mati tak terbela
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 12:18 AM | Show all posts
kisah benar ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2020 12:19 AM | Show all posts
lagi dahsyat dari skandal 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 12:19 AM | Show all posts
#HidupkanThreadLama
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca kt mastika dulu.. Org jujur selalu tertindas..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 08:19 AM | Show all posts
Perawankota replied at 25-1-2020 08:13 PM
Pernah baca kt mastika dulu.. Org jujur selalu tertindas..

Tak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah belajar kes ni masa di u dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru jap tadi ada kes ni kat CI.. Hurm
Sian arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Dah la kena bunuh. Kena sumbat dlm beg and kena buang kat ladang. Nasib Baik jumpa mayatnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.081904 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list