CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3735|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : 70 vendor perkahwinan ‘berkampung’ di Taman Tamadun Islam

[Copy link]
Post time 20-7-2018 09:27 PM | Show all posts |Read mode
                     

KUALA TERENGGANU 20 Julai - Lebih 70 vendor perkahwinan ‘berkampung’ di Taman Tamadun Islam di sini bersempena Bazaar Kahwin Pantai Timur 2018 yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok.

Dalam karnival perkahwinan Melayu terbesar di Terengganu itu, vendor berkenaan menawarkan promosi pakej perkahwinan, khusus untuk bakal raja sehari dari Kelantan, Pahang dan negeri ini.

Pengurus merangkap penganjur, Roslina Zakaria berkata, acara berkenaan berkonsepkan pusat sehenti yang memudahkan bakal pengantin mendapatkan pelbagai keperluan mereka.

“Datang shaja ke sini dan segalanya tersedia di bawah satu bumbung.

“Lebih menarik, para pengunjung berpeluang melihat dekorasi busana pengantin yang boleh memberikan ilham untuk majlis mereka kelak,” katanya di sini hari ini.

Bazaar Kahwin Pantai Timur 2018 dijadualkan dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Abd. Rahman malam ini.

Antara penaja bersama Bazaar Kahwin Pantai Timur 2018 ialah HNH Ilham Events, Riffai Couture, Ain Mahazis, Radhia Jus V Precious, Hotel Sumai, Al-Israf Katering dan Bunga Sayang.

Mengulas lanjut, Roslina berkata, antara vendor yang mengambil bahagian ialah butik pengantin, penyedia katering, fotografi dan videografi, pelukis inai tangan, pembekal kad jemputan perkahwinan dan cenderamata.

Katanya, turut mengambil bahagian dalam acara itu ialah jurusolek-jurusolek tersohor yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik pada hari penting pengantin.

“Kita juga adakan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pertunjukan fesyen dan busana pengantin serta persembahan pencak silat.

“Turut diadakan ialah pertandingan gubahan hantaran dan pelamin, sesi perkongsian alam rumah tangga oleh pakar motivasi disamping pembukaan kaunter pejabat agama untuk pendaftaran kursus kahwin,” katanya. - UTUSAN ONLINE

©  Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051866 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list