CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 1

[Dunia] Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mungkin menawarkan gencatan senjata kepada Tal

[Copy link]
Post time 23-7-2018 06:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-7-2018 02:40 PM

Timbang gencatan senjata sempena Aidiladha


ASHRAF (gambar kecil) tawar genjatan senjata kepada Taliban ketika cuti Aidiladha bulan depan. FOTO/AFP









Share
Tweet

Share

Reuters



KABUL: Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mungkin menawarkan gencatan senjata kepada Taliban ketika cuti Aidiladha bulan depan selepas tindakan sama Jun lalu menyaksikan pemandangan tidak pernah terjadi, pejuang dan tentera tidak bersenjata bertembung di jalanan.

Seorang jurucakap berkata semalam, pengumuman itu dibuat di tengah spekulasi meningkat perbincangan damai mungkin dengan Taliban, susulan tawaran Ghani Januari lalu berkaitan rundingan tanpa prasyarat dan gencatan senjata tiga hari ketika Aidilfitri bulan lalu.


Gencatan senjata itu, menyaksikan pejuang Taliban tidak bersenjata di jalanan ibu kota ini dan penduduk lain mengambil swafoto bersama tentera dan polis, meningkatkan matlamat perdamaian jangka panjang, 17 tahun selepas kempen diketuai Amerika Syarikat (AS) menyingkirkan Taliban.


Jurucakap Ghani, Haroon Chakansuri mengesahkan laporan dalam akhbar The Wall Street Journal minggu ini, kerajaan menimbang gencatan senjata ketika Aidiladha yang jatuh pada 22 Ogos.

“Ada kemungkinan gencatan senjata diumum ketika sambutan Aidiladha,” katanya dalam sidang media di sini menambah butiran lanjut akan diumumkan kemudian.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 11:50 AM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2018 06:42 AM | Show all posts
Apa ni orang islam anti Taliban?

Bukankah taliban itu memperjuangkan agama islam sebenar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051842 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list