CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10855|Reply: 56

Makcik Petir a.k.a Aunty Marry Kembali Beraksi!!

 Close [Copy link]
Post time 25-7-2018 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Themilo at 26-7-2018 12:20 AM

Selepas berehat hampir setahun dalam bidang lakonan kerana masalah kesihatan komplikasi diabetes dan jangkitan kuman pada paru-paru, pelakon drama, Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir kembali berlakon dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd.
Noryati berkata, pengambaran drama 20 episod untuk siaran Media Prima yang bermula sejak Isnin lalu itu dijalankan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Beliau memaklumkan keadaan kesihatannya kembali pulih selepas mendapatkan rawatan susulan, namun terpaksa menggunakan kerusi roda ataupun kaki palsu untuk bergerak.
"Alhamdulillah, saya sudah sihat dan boleh berlakon semula. Berlakon dibawah pengarahan anak saudara, Shahrulezad Mohameddin dan dibantu juga oleh anak saudara yang lain.
"Bukan apa, dengan anak saudara ini senang sebab keadaan saya bukan macam dulu sihat. Sekarang kalau hendak bergerak kena guna kerusi roda ataupun kaki palsu kerana kaki kanan dipotong paras bawah lutut akibat komplikasi diabetes pada September tahun lalu.
"Memang kekok la rasanya sebab hendak buat apa pun terbatas. Sudah lama duduk rumah rasa bosan pula, apabila dapat tawaran berlakon dari anak saudara terus terima,"katanya yang memegang watak sebagai Mak Kuyah dalam drama berkenaan.
Menurut Makcik Petir, dia kehilangan berat badan sehingga 17 kilogram selepas menjalani rawatan.
Beliau bersyukur dikurniakan kembali kesihatan kerana pernah berhadapan dengan situasi kritikal apabila koma selama lima hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini akibat jangkitan kuman pada paru-paru selepas menjalani pembedahan.
"Alhamdulillah sekarang makin sihat, kalau dulu nak buat apa-apa mesti kena ada anak atau suami yang membantu sebab tak boleh buat sendiri. Sehingga hendak ke bilik air pun terpaksa diangkat.
"Sekarang sudah ada kaki palsu, boleh bergerak sendiri. Sebelum mula berlakon sudah boleh kemas rumah, mop lantai, dan vakum sendiri. Sudah lama duduk rumah pun bosan juga," katanya ketika dihubungi.
Pada September tahun lalu, Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar hospital namun pelakon itu mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September tahun lalu.
Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.
Noryati yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik kerap berlakon dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd milik Shahrulezad.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2018 10:47 AM | Show all posts
@diss69 iols dah bukak thread untuk chuols. mohon merempan di sini ya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeahhhh..makcik petir is back.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 10:52 AM | Show all posts
welcome back makcik..weols rindu makcik..
budak ijat tu anak sedara dia rupanya..
makcik berlakon nur2 kah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 10:55 AM | Show all posts
ala kesian nya makcik petir
iols suka sgt dgn dia berlakon dlm sindrella

moga sihat sentiasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:00 AM | Show all posts
comelnya makcik petir..semoga sihat sentiasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2018 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
wow bagusnya dia positif dgn kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:07 AM | Show all posts
bagus semangat makcik petir. iols terasa inspired pulak. u go makcik! iols ngefan chuols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2018 11:10 AM | Show all posts
hi makcik meri
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back !!!! Tapi acik petir toksah la berlakon jerit2 marah2 lagi even berlakon sekalipun, tak elok utk org2 yg dh tua n tk brp sihat ni... berlakon watak relax2 lawak2 santai je lah.....

Anyway makcik ni best gilaaaa watak dia dlm sindarela... mak tiri yg suka karaoke

Lg 1 dialog dia dalam cite yg ada zarina n ungku ismail tu lupa tajuk, dia cakap cmni ‘kira untung dia cerai engkau talak 3, kalau aku 13 aku bagi’
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:19 AM | Show all posts
Iols rindu makcik petir
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:23 AM | Show all posts
Antara pelakon veteran yang iouls suka selain mak jah keluarga iskandar. Tapi bila i nampak macik merry/petir ni mesti lagu "penawar rindu~~~" bermain dalam otak. ala2 trademark sheouls gichew
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back macikk! Rindu lama tak nampak macik memetir
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mkcik petir cpt sembuh mcm biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 12:18 PM | Show all posts
Semoga sihat selalu Mak Cik. Love ya
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Positive vibe... suka aunty marry belakon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2018 12:33 PM | Show all posts
Orix replied at 25-7-2018 11:16 AM
Welcome back !!!! Tapi acik petir toksah la berlakon jerit2 marah2 lagi even berlakon sekalipun, tak ...

haha..aku igt yg die kaki karoke kt umah tu..cm hampeh....keje karok je...amkcik ni kalau blakon mmg menjadik..xyah kuo dialog pun kdng aku dh tggu2 die...ade je yg mencuit hati..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 12:41 PM | Show all posts
yeayyy, rindu kat makcik petir!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 01:09 PM | Show all posts
baru tengok mak cik petir dlm cerita bo bajet haritu. mcm biasa, mmg best. bo bajet pun best. mengekek2 iols gelak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols terkejut bila baca sub tittle kembal..... sbb last time baca dia tak sihat. Welcome back macik mary. Bakat mu sgt dirindui. Semoga sihat selalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.075697 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list