CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2038|Reply: 1

Penyakit Untut @ 'Kaki Gajah'

[Copy link]
Post time 25-7-2018 02:19 PM | Show all posts |Read mode

Kaki membusung hingga membataskan pergerakan individu bukanlah pengalaman mudah buat pesakit kaki gajah. Rupa kaki membengkak hingga hilang bentuk asal dan kelihatan kembung seperti plastik bergumpal dengan memberi visual kurang menyenangkan.


Penyakit ini dikenali dengan penyakit untut atau istilah saintifiknya Lymphoedema disebabkan lebihan protein di tisu pada bahagian organ terbabit. Keadaan ini tidak normal, ia akan menyebabkan lebihan cecair badan terkumpul di kawasan terbabit.


Menurut Pensyarah Perubatan dan Pakar Perunding Plastik dan Pembedahan Rekonstruktif Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Dr Arman Zaharil Mat Saad, keadaan itu boleh terjadi bukan pada kaki malah juga anggota tangan.


“Lebihan protein di dalam tisu berlaku akibat ketirisan daripada saluran darah. Proses ini akan berterusan dan menyebabkan banyak lebihan cecair terkumpul di kawasan anggota terbabit, anggota kedua-dua belah kaki mahupun tangan.


“Bagi orang normal cecair ini akan dikembalikan kepada sistem peredaran darah melalui sistem limpa. Sebaliknya pula bagi pesakit Lymphoedema apabila kegagalan sistem limpa membuatkan cecair berterusan dan terlalu lama dibiarkan ia akan menjadi penyakit kronik. Pesakit akan mengalami parut dan kaki bengkak selain kulit bertukar menjadi keras dan anggota terbabit menjadi besar seolah-olah kelihatan seperti kaki gajah,” katanya.


Tambah Dr Arman lagi, gejala dan tanda penyakit boleh dikesan berdasarkan ciri tertentu mengikut tahap penyakit.


Antara gejala yang biasa ditemui termasuk:


- Anggota menghadapi masalah limpa akan membesar dan membengkak.

- Peringkat awal tiada perubahan ketara pada kulit malah tekstur masih lembut.

- Bengkak mudah kembali asal apabila anggota ditinggikan contohnya letak bantal bawah kaki pada waktu malam selain ketika berdiri atau duduk.

- Ketika peringkat awal apabila menekan kawasan terbabit ia akan meninggalkan bekas atau ‘pitting oedema’.

- Penyakit bertambah teruk berisiko mendapat jangkitan kuman seperti ‘cellulitis’ yang berulang-ulang, keadaan ini berlaku apabila kaki pesakit menjadi merah, sakit dan membengkak.

- Pada tahap lain, bahagian anggota badan juga menjadi panas dan pesakit boleh mengalami keadaan badan suhu tinggi mahupun demam

- Terlalu lama dibiarkan, tisu-tisu bahagian dalam anggota akan berparut dan menjadi keras. Perubahan kulit akan berlaku apabila penyakit menjadi kronik

- Apabila elefantiasis berlaku pada kulit, ia tidak boleh dikembalikan pada keadaan asal. Andai dibiarkan berlarutan, pesakit akan mengalami kudis atau ulseration di bahagian kulit yang susah untuk dirawat.


Siapa yang berisiko?


Menurut Dr Arman kerosakan saluran limpa atau tidak mampu berfungsi secara normal boleh dikategorikan menerusi dua kategori Lymphoedema Primari dan Lymphoedema Sekunder.


Kategori 1: Lymphoedema Primari

Berlaku secara semula jadi atau sendiri sama ada diperoleh menerusi keturunan atau secara tiba-tiba. Ia berlaku antara 10 hingga 15 peratus pesakit gajah saja dan boleh dibahagi kepada tiga kategori berdasar pada umur penyakit bermula.


i. Lymphoedema Congenita

Boleh bermula dari lahir hingga 14 tahun. Bagi pesakit yang lahir dalam ketiadaan saluran limpa dalam badan pada anggota terbabit dipanggil, Milroy Disease.


ii. Lymphoedema Precox

Boleh bermula bila-bila masa bermula 14 hingga 35 tahun dan merangkumi 80 peratus daripada Lymphoedema Primari. Merangkumi remaja dan orang dewasa muda.


iii. Lymphoedema Tarda

Apabila penyakit kaki gajah bermula selepas 35 tahun dan ke atas.


Kategori 2: Lymphoedema Sekunder

Merujuk kepada pesakit yang menjalani pembedahan membuang kelenjar limpa ataupun merangkumi kawasan pengaliran saluran limpa atau ketirisan pada saluran limpa.


Dalam kes tertentu kemalangan atau kecederaan yang merosak atau mengakibatkan tekanan atau penindihan saluran limpa boleh mencetuskan gejala penyakit terbabit. Tidak lupa pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi serta melalui proses pembuangan kelenjar limpa turut berisiko.


Tidak lupa, punca lain ialah jangkitan cacing Wucheria Bancrofti yang memasuki saluran limpa dinamakan sebagai Filariasis. Cacing menyebabkan saluran limpa tersumbat menerusi parut atau luka. Punca ini perlu mendapat perhatian terutama mereka yang kerap melawat negara endemik seperti Afrika, utara Thailand dan Laos.


Boleh dikesan dengan pemeriksaan darah dan pemulihan dengan memakan ubat cacing. Jika dikesan lewat dan kerosakan pada saluran limpa terjadi menyebabkan kesukaran merawat kaki gajah hingga baik. Ia akan kekal sebagai penyakit kronik.


Rawatan

Terbahagi kepada dua


Konservatif (tanpa pembedahan)


- Mengangkat anggota kaki atau tangan pada paras tinggi (Elevation)

- Menggunakan stoking ketat atau pembalut luka

- Menjalani rawatan ‘complete/complex deconjestive therapy’ (4 hari dalam seminggu). Rawatan ini perlu dijalankan seumur hidup pesakit meskipun rawatan pembedahan dijalankan.


Pembedahan


- Dasarnya prosedur ini ialah langkah terakhir penyakit ini bukan merawati sepenuhnya sebaliknya simptometik.

- Walaupun pesakit melakukan pembedahan, namun masih perlu jalani rawatan konservatif seumur hidup. Ini memastikan tiada pengulangan kecacatan pada anggota terjejas.

- Dua jenis pembedahan iaitu Debulking Surgery (mengurangkan saiz tisu atau anggota terbabit) mengikut keadaan kaki pesakit dan pembedahan fisiologi.


i. Debulking Surgery ialah teknik mengurangkan saiz tisu atau anggota terbabit secara berperingkat. Biasanya dilakukan pada peringkat sederhana dengan isi di dalam boleh dibuang secara berperingkat atau dipanggil Homan’s Procedure.


Peringkat teruk pembedahan radikal Charles Procedure dengan membuang semua isi dan kulit yang tidak normal sehingga ke lapisan otot kaki. Luka yang terhasil perlu ditutup dengan graf kulit yang diambil pada bahagian kulit. Hasil kosmetik pembedahan ini tidak memuaskan kerana membabitkan kaedah tampalan kulit. Bagi peringkat permulaan dan sederhana kaedah liposuction boleh digunakan sebagai kaedah sampingan.


ii. Pembedahan fisiologi membaiki saluran limpa atau secara pintasan (bypass) atau menggalakkan pertumbuhan saluran baru dengan pemindahan kelenjar limpa.


Komplikasi pembedahan


- Pendarahan adalah risiko utama waktu pembedahan kerana membabitkan tempoh masa operasi yang lama dan saluran darah yang membesar (vena).

- Masalah luka lambat sembuh kerana masalah tisu yang bengkak, berair (banyak exudate)

- Masalah jangkitan kuman (prophylactic antibiotic akan di berikan kepada pesakit)

- Kebanyakan pesakit juga mempunyai masalah obesiti yang mana menaikkan risiko anaesthesia (bius) semasa pembedahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 01:10 AM | Show all posts
kawan sy tu Arman tu
wife dia pon
dulu sesama main  bola etc
rumah yg sy sewa pon dia yg masuk selepas sy belah dari rumah tu
..dan, sy beli rumah sewa kami tu 5 thn lepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.074553 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list