CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14788|Reply: 78

Bedah pergi, Datuk Aliff Syukri kata dah cuba yang terbaik

  [Copy link]
Post time 26-7-2018 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Bukan senang nak bela kucing, apatah lagi kucing yang bukan dari jenis biasa.


Datuk Aliff Syukri antara yang bertuah dapat memelihara kucing jenis 'Savannah' yang sukar di dapati dan mahal harganya.


Terbaharu, sebuah akaun Facebook mempertikaikan tindak-tanduk Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang didakwa mengabaikan kebajikan kucing baka Savannah peliharannya ketika haiwan itu kesakitan untuk melahirkan anak.
Kejadian yang disifatkan malang itu membuatkan akaun pencinta haiwan berbulu dikenali Dunia Kucing tampil menulis surat terbuka buat pengasas produk kesihatan berkenaan.

Dunia Kucing pada surat bertarikh 23 Julai lalu mendakwa Aliff gagal memberikan ruang secukupnya supaya proses kelahiran haiwan terbabit tidak diganggu.

Malah sebaliknya Aliff merakamkan detik Bedah - nama haiwan peliharaannya itu - bergelut untuk melahirkan anak pertamanya.

"Baru-baru ini, sekali lagi negara gempar dengan video viral DAS (Datuk Aliff Syukri) mengenai Bedah yang telah melahirkan anak-anak kucing namun tidak berjaya di selamatkan.

“Kami berasa terkesan berikutan video viral tersebut kerana kami merasakan DAS tidak memahami dunia kucing secara ilmiahnya.

“Seperti manusia juga, kucing juga memerlukan privacy.

"Kucing melahirkan anak bukanlah sesuatu yang harus dirakam, apatah lagi membuat bising, menggedik apatah lagi terpekik seperti di dalam video tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sakit tak boleh nak cakap

Justeru, Dunia Kucing menyatakan harapan untuk melihat penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu memupuk sifat sensitif selain menggunakan akal fikiran sewajarnya sewaktu menguruskan apa-apa situasi berhubung haiwan peliharaannya.
“Untuk pengetahuan DAS, kucing juga bersifat seperti manusia sedikit sebanyak. Mereka perlukan kasih sayang, perhatian dan ada masa perlukan masa untuk menyendiri.

“Mereka faham erti sakit cuma sukar untuk diluahkan.

"Andai DAS dapat memahami sekelumit bahasa mereka, kami amat percaya yang DAS tidak akan berbuat sepertimana yang telah dilakukan pada Bedah ketika proses kelahiran anaknya,” menurut kenyataan itu lagi.

Seperkara lagi turut disentuh ialah cara Aliff melayan Bedah yang diletakkan di dalam sangkar. Bedah pada ketika itu dipercayai masih dalam keadaan kesakitan untuk melahirkan anak.

Melalui klip video itu, Aliff dan seorang pembantunya dilihat membawa sangkar berisi Bedah, namun terlepas dari tangan dalam keadaan haiwan itu sedang sakit untuk beranak.

Bercakap kepada Malaysiakini, Aliff memberi maklum balas bahawa tragedi yang menimpa kucing berkenaan berlaku tanpa diduga.



Katanya, kebetulan pula pada 8 Julai lalu kediamannya dipenuhi ramai tetamu yang memeriahkan majlis cukur jambul anaknya yang keempat, Yusoff Al Qardawi.

Menjelaskan sikapnya merakam kucing kesayangannya sedang sakit melahirkan, Aliff berkata ia bertujuan berkongsi detik gembira itu bersama pengikut di YouTube miliknya.

“Saya ada saluran sendiri di YouTube.
"Semua orang dalam Malaysia akan kongsi apa-apa perkara menarik mengenai diri sendiri. Kalau nak tengok, tegoklah tapi kalau tak mahu, tak ada masalah,” katanya.

Untuk rekod, detik itu berakhir dengan sedih apabila nyawa Bedah tidak dapat diselamatkan walaupun ia dibawa ke klinik veterinar.
Menceritakan detik pahit kematian kucing berkenaan Aliff berkata Bedah mati kerana beranak songsang.



turut menambah dukacita, katanya, kucing itu juga didapati mengalami keracunan makanan.


“Saya sudah mencuba yang terbaik. Saya berasa kecewa dan sedih atas kematian Bedah kerana ia baka jenis mahal tetapi nak buat macam mana, ajal maut di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang,” katanya.

Menjelaskan mengenai kejadian sangkar terlepas dari tangannya, Aliff berkata ketika itu dia cuba menyelamatkan Bedah dengan membawanya ke klinik atas nasihat doktor.

“Kucing tu bukan kucing biasa, jadi sukar untuk jinak dan saya khuatir tangan akan digigit,” katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Haih menyirapnya baca
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 11:11 AM | Show all posts
ringan ke nak memaki dia ni.. bodoh betul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2018 11:32 AM | Show all posts
sabar..sabar kawan2...
ternyata duit tak boleh beli kepintaran...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2018 11:33 AM | Show all posts
orang bela kucing, dia pun nak juga, tapi knowledge takde... tgk cara dia pegang kucing pon dah tau caner..eh..aku lak yg emo tibahh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 11:40 AM | Show all posts
Edited by mieymiey at 26-7-2018 11:41 AM
Saya berasa kecewa dan sedih atas kematian Bedah kerana ia baka jenis mahal tetapi nak buat macam mana
Ponen ni sedih kucing tu mati sebab dia beli mahal?? Bodohnya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mendidih betul.. dah kau takde ilmu buat apa nak bela? Kalau nak bela jugak pegi la belajar! Menganaiya binatang dosa kau tau tak.. eee bodoh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2018 11:50 AM | Show all posts
nak bela kucing tapi takut kena gigit,.. bela patung hello kitty je la layaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aah dia ni apa dia heran setakat rakam kucing branak tu..bini dia pun dgn tak malunye dia rakam dgn muka tgh menerannya sibuk nk tayang serata alam..batak socme sekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
bodoh bodoh bodoh

orang bela kucing sebab sayang..kau bela kucing sebab nak menunjuk..buat niaya kat binatang, melingkup la kau
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 11:57 AM | Show all posts
so sad... janganla bela haiwan semata nak populariti
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 11:59 AM | Show all posts
bini tengah teran nk beranak dia rakam.. ini kan pulak kucing..

dia ni jenis manusia yg kalau kita ckp jangannn.. lagi dia buat... jd kita kena cakap, "buat la lagii"
dah terkena setepek baru dia sedar
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 12:01 PM | Show all posts
Kucing kampung aku yang aku bela tu pun beranak 1st class aku bagi.. kotak yang di alas kain lembut dan surat khabar dalam Almari baju aku yang aku kosongkan bahagian bawah khas utk dia dalam bilik berhawa dingin.. nama pun aku bagi standard sikit dari dia.. ada ke Bedah kucing aku Mastura tau...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 26-7-2018 12:01 PM
Kucing kampung aku yang aku bela tu pun beranak 1st class aku bagi.. kotak yang di alas kain lembut  ...

si alip ni kan kulu kilir mengaku orang kampung

bukan la tak boleh mengaku kampung tapi beragak la..macam pprt sangat perangai pon
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 12:12 PM | Show all posts
bedah tu dodi kucing ajaib ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2018 12:13 PM | Show all posts
bila dia dok jaja dia ada spm je, macam nak buktikan x belajar tinggi pun blh berjaya..tu pasal budak dapat 7G pun rilek2 je seronok bgtau satu dunia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2018 12:14 PM | Show all posts
chicozinn replied at 26-7-2018 12:12 PM
bedah tu dodi kucing ajaib ke?

bedah tu bini dodi rasanya...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 12:16 PM | Show all posts
semua pun nk rakam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 12:20 PM | Show all posts
kucingitam replied at 26-7-2018 12:14 PM
bedah tu bini dodi rasanya...

bodonye ponen ni!!mohon ade org wt repot polis n dakwa dia sebab mengabaikan haiwan dengan sengaja..leh dakwa bawah Seksyen 29 subsekyen (1) (d), (e), (m) & (p) bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015..bangang punya ponen pkir total loss sbab bela kucing mahal..ko ni takde hati perut ke hape??

http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2015/DN/D.R.19_2015(BM).pdf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2018 12:22 PM | Show all posts
bini beranak pun rakam...kucing apetah lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.078546 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list