CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 0

Jom “Play Music Together” Untuk Raikan Acer Day

[Copy link]
Post time 7-8-2018 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Acara tahunan Acer Day kembali pada tahun ini dengan promosi yang pasti menggembirakan hati semua!


Selain pelbagai tawaran hebat, Acer Malaysia turut melancarkan tiga model istimewa dalam kelasnya tersendiri.  


Kredit foto: www.acer-day.com/my



Antaranya Predator Helios 300 Edisi Khas yang hadir dalam kerangka berwarna putih, komputer riba paling nipis di dunia dengan prestasi penuh kuasa iaitu Acer Swift 7 dan komputer riba 2 dalam 1 tanpa kipas dengan grafik tersendiri iaitu Acer Switch 7 Black Edition.


Kredit foto: www.acer-day.com/my



Menurut Presiden Acer Pan Asia Pasifik Andrew Hou, Acer Day yang julung-julung kali dilancarkan pada tahun lepas telah diterima baik oleh orang ramai.


Video kempen tersebut telah menjana lebih daripada tujuh juta klik di seluruh laman rangkaian sosial, dan lebih daripada 2,500,000 paparan halaman di laman mikro.


Seiring dengan usaha untuk sentiasa berinteraksi dan senada dengan pelanggan.


Kredit foto: www.acer-day.com/my



Sempena sambutan Acer Day, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam cabaran dalam talian pada setiap hari untuk mengumpul mata dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat.


Acer Malaysia ada menawarkan beberapa hadiah yang sangat menarik untuk para peserta. Ini termasuklah percutian 4 hari 3 malam untuk dua orang ke Taiwan, Predator Helios 300, Swift 5, Spin 5, Nitro 5, Iconia Tab 10, beg galas dan pembesar suara Acer Day Bluetooth.


Kredit foto: www.acer-day.com/my



Bermula 1 Ogos hingga 30 September 2018, para pelanggan yang membeli peranti terpilih Acer seperti siri Acer Aspire, Acer Swift, Acer Spin, Acer Switch atau Predator akan diberikan hadiah seperti kerusi TT eSports Predator, cakera dan pemain Vinyl, tetikus dan fon kepala Predator, Microsoft Office 365 Personal atau pembesar suara Acer Day Bluetooth.- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.055920 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list