CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1991|Reply: 7

Nga Kor Ming Dipuji Fasih Berbahasa Melayu, Tapi Netizen Kata Tak Pelik Pun

[Copy link]
Post time 10-8-2018 10:03 AM | Show all posts |Read mode




Bahasa jiwa bangsa.



Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negaranya, adalah menjadi kewajipan kita untuk memahami serta tahu bercakap bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan. Namun begitu, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak tahu berbahasa Melayu sebaliknya lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa ibunda ketika bercakap. Ia membuktikan golongan ini tidak mengendahkan kepentingan bahasa kebangsaan.


Jadi, apabila Timbalan Speaker Dewan Parlimen, Nga Kor Ming dipuji kerana fasih berbahasa Melayu menjadi perdebatan kepada netizen. Ini kerana netizen berpendapat ianya adalah satu kewajipan setiap warganegara, tiada apa yang pelik.





Kredit foto: Twitter



Kredit foto: Twitter


"Bukannya Kor Meng dari Zimbabwe pun."









Berbeza pendapat dengan netizen lain yang merasakan ia tetap perlu diberikan pujian.







Kredit foto: Google





Malahan, ada yang memberikan kredit ke atas Kor Ming yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang dalam Bahasa Melayu serta Sastera.






Ya, adalah menjadi harapan agar setiap warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan dengan baik kerana itulah nadi Malaysia. Namun untuk menyalahkan kaum-kaum lain yang tidak fasih berbahasa Melayu langsung juga agak terlalu prejudis. Ini kerana kita perlu menyelami lebih mendalam masalah akar iaitu kewujudan pelbagai aliran sekolah yang memungkinkan setiap warganegara hanya menguasai bahasa ibunda dan bahasa Inggeris semata-mata.



Justeru itu, bagi memperkasakan bahasa Melayu, ia perlu dimulakan dari sekolah serta jadikan ia sebagai penanda aras kejayaan dalam peperiksaan dan kehidupan. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bground edukesyen dia dari kekecik ape ek
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:10 AM | Show all posts
kena lah puji, tambah masa periksa bm dia cemerlang..melayu sendiri pun ada yang gagal..ko tanya lah adik 7g..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:55 AM | Show all posts
bahasa jiwa bangsa..gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:56 AM | Show all posts
bahasa jiwa bangsa..gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 12:53 PM | Show all posts
Aku yg fasih Jawa takde pulo yg pujian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2018 11:42 AM | Show all posts
cuba tanya melayu2 belah pantai timur pedalaman tu
boleh ke dorang cakap melayu dengan fasih untuk orang faham?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina indon lg fasih ckp indon...kalu cina malaysia ...10% jer yg fasih..yg lain semua hauk..mcm mana kerajaan dulu leh bg warganegara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060116 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list