CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3108|Reply: 31

Nukilan cikgu ini kepada pengusaha van

[Copy link]
Post time 10-8-2018 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Aku ternampak post cikgu ni tadi..
Sedih aku baca..semoga anak2 kita dilindungi..

Ya, memang ajalnya sudah ditakdirkan
Tapi, ini juga kecuaian pemandu itu sendiri.

Apa lah yang nak diharapkan dengan budak seawal usia 8 tahun..

Semoga keluarga ini mendapat keadilan dan semoga pengusaha/pemandu van lebih berperikemanusiaan.


Nukilan Cikgu Fadli Salleh terhadap pengusaha van sekolah

kredit to: FB Cikgu Fadli Salleh


"Cikgu. Cikgu tolong tulis kisah arwah anak saudara ini agar pengusaha van/sekolah lain jadikan pedoman dan yang cuai hingga melayang nyawa anak saudara saya diambil tindakan.".
Tekun aku mendengar kisahnya. Kisah sedih yang baru sahaja berlaku kelmarin. Disiarkan juga oleh Berita Harian Online.
Kisah adik Aazad Ammar ini sangat tragis. Adik Aazad Ammar ini anak ke-tiga. Comel dan sangat baik orangnya. Umur pula sebaya dengan anak sulung aku. Baru berumur 8 tahun.
Ammar pulang dari sekolah dengan van sekolah setiap hari. Setiap pagi pula, ibunya menghantar anak ini ke sekolah agama. Setiap hari sebelum turun kereta, anak ini bersalam dan memeluk ibunya seraya mengucapkan "I love you, ibu."
Namun kelmarin, ungkapan itu merupakan kali terakhir yang si ibu dan ayahnya boleh dengar. Kerana kini, suara itu hanya memanggil dari syurga sahaja.

Sepatutnya, van sekolah mereka memasuki lorong depan rumah dan menurunkan anaknya disitu. Pemandu menurunkan murid-murid dijalan utama tanpa memikirkan risiko anak-anak itu kemalangan.


Kelmarin, tragedi berdarah menimpa.


Driver van berhenti di jalan utama lagi tanpa memasuki lorong kawasan perumahan. Lebih teruk lagi, pintu van yang dibuka itu menghadap jalan utama! Bukannya menghadap bahu jalan seperti biasa kenderaan menurunkan penumpang.
Sebaik pintu van ditutup, driver van terus memecut laju tanpa mengawasi pun murid-murid yang baru turun van itu.

Ammar yang bertubuh kecil itu sedang melintas di depan van, dan van sekolahnya sendiri yang melanggar dan menggilis tubuh kecil anak ini. Bukan hanya dilanggar, tapi digilis dengan dua-dua tayar depan dan belakang.
Pendarahan dan luka dalaman yang teruk. 😭
Mati serta merta ditempat kejadian akibat pendarahan dalaman. Saat darah merah mengalir dijalan raya, si ayah yang baru sampai di rumah berlari mendapatkan anak kesayangannya.
Dipeluk dipangku anak yang kini menjadi mayat.
Aku perlukan bantuan kalian untuk sebarkan hal ini agar pengusaha van yang cuai itu diambil tindakan dan arwah adik Ammar dan keluarga mendapat keadilan.

Keadilan perlu ditegakkan. Pengusaha van yang cuai hingga membahayakan nyawa anak-anak kecil perlu diambil tindakan. Sama-sama kita sebarkan demi keadilan dan pedoman.
Kepada pengusaha van/bas sekolah yang lain. Jadikan kes ini pedoman ya. Ramai pengusaha van/bas sekolah yang aku kenal sangat bagus. Siap pimpin murid lintas jalan, pastikan mereka selamat dan buat mereka macam anak sendiri.
Aku rasa, kerajaan perlu wujudkan bengkel / kursus untuk semua driver van/bas sekolah tentang menjaga keselamatan penumpang-penumpang mereka.


Kalau lulus baru bagi lesen. Kalau tak, jangan bagi lesen. Kalau didapati cuai dan melanggar peraturan, denda yang berat dan tarik lesen mereka.
Buat keluarga adik Ammar, bertabahlah atas dugaan ini. Semoga dengan kasih sayang dan didikan kalian di dunia menjadi asbab tangan kalian ditarik oleh adik Ammar ke syurga.


Amin.
Link berita kemalangan adik Ammar : https://www.facebook.com/214066990599/posts/10156524278780600/
#MFS

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 10:41 AM | Show all posts
Innalillah..
Kita yang dah besar panjang ni pon kadang ade ter cuai jugak ini kan pulak budak kecik.
tak tau nak husnudzon ape kat driver van tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
I perati school van or bus mmg kebanyakan cuai tp sebab tak jadi apa2 so diorang cam chill je. Area rumah i ni drive kemain laju. Lps tu turunkan bdk belum apa2 lg dh berdesup pegi. Bdk2 dlm van keluarkan tangan ramai2. Van/bus pakai berenti asal boleh tengah2 jalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2018 10:57 AM | Show all posts
tu lah...berderau tgk cara drg drive..oklah, tak semua, ada yg berhemah..adekah driver2 ni dulu bekas driver bas mini?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala..iols nak.nangis lahhh
Mati depan bapak.dia plak.tu..
Jilake btol.la.drebar pon...
Iols.kat sini pon sama...ada van brenti kat jalan utama...bebudak turun.dh cm.baru kuar gua...sebab beramai ramai kan...
Cina.iols.tgk.depa mmg turunkan.siap.htr.depan rumah...tp bayaran mmg.umph.la.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2018 10:59 AM | Show all posts
tak tau la sama ada driver terus berdesup pergi atau turun tgk...gaya mcm driver langgar lari je...huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2018 05:19 PM | Show all posts
aku hantar dan ambik anak hari2. i dont trust people
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2018 08:41 PM | Show all posts
sekarang banyak orang gila...susah nak percaya org dah...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..
Xde buat report polis ke pada driver tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 06:36 AM | Show all posts
mabuk ketum kut driver tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 10-8-2018 05:19 PM
aku hantar dan ambik anak hari2. i dont trust people

Yess.. u like me.. ini anak kita.. nobody cares dgn anak org
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
skrg ni mcm2 kes dgn drebar van ni nok. kat tpt akak ni pun ada kes drebar van raba vagina bebudak. nasib tak kena hempuk dgn bapak budak n mak budak.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Uhuhu... Sedihnya baca berita cenggini. Semoga parents adik tu tabah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 11:50 AM | Show all posts
dia patut tunggu sampai budak melintas baru pergi.. kat sini jangan kata kena tunggu, even kami yang dreba kenderaan lain pun kena tunggu juga sampai bas naik kan sign stop

ini kesilapan yang boleh dielakkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku perhatikan ada 1 bas sekolah bila berhenti kat teras jernang,driver akan turun. Then semua budak2 yang turun kt situ akan ikut beratur belakang dia. Then dia akan pimpin budak2 tu lintas jalan..lepas budak2 tu beredar ke rumah masing2 pakcik tu hanya akan drive away lepas semua budak2 tu masuk rumah masing2. Bagus betul driver tu. Smuga sentiasa dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah repot polis lum???
Bawak kes mahkamah le.
Tercirit driver van kono baya pampasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2018 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya hntr dan amik ank hari2
Semoga brterusan saya,sihat utk buat semua ni..

Kat k.trganu nun..van sekolah..bw budak..dgn pintu van trbukak..

Hmm...awat la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dibayar, kasilah service yang bagus terutama sekali berkaitan keselamatan pelajar. Dah jadi camni, ada lagi ke ibubapa nak kasi upah van ni hantar anak- anak ke sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kursus tu makesure kerajaan ph bg free
nanti kalau kne bayar diorang cas pulak kat bebudaks ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 11:08 PM | Show all posts
Htai2 dan elakkan dnegan pemandu van yang pakai lebai atau spesis guna agama ,bawa van sambil buka pintu van dengan tendency nak mencabul dan suruh kanak2 skeolah hisap pennis dia amat lah tinggi.

Sayang anak ,jgn bagi anak naik van syaithon bertopengkan manusia mcm itu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.249562 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list