View: 3609|Reply: 21
|
[Tempatan]
Revolusi baharu 11street
[Copy link]
|
|
11street (www.11street.my), sebuah pasaran dalam talian terkemuka di Malaysia, memperlihatkan revolusi baharu yang akan mempertingkatkan pengalaman membeli-belah pengguna dan memberikan sumbangan signifikan terhadap ekonomi digital Malaysia.
Transformasi ini susulan usaha sama strategik antara 11street dan PUC Ventures Sdn Bhd yang bermatlamat meneroka dunia digital lebih meluas melalui integrasi dan saling kendali merentasi platform memenuhi sektor e-dagang yang pesat berkembang di negara ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Cheong Chia Chou, ekonomi digital Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan eksponen dengan sejumlah 25 juta pengguna internet daripada jumlah penduduk seramai 32 juta orang yang mana pada masa ini terdapat 15.2 juta pembeli-belah dalam talian di Malaysia yang membelanjakan purata RM321.15 setiap tahun.
Namun katanya, kadar penebusan pengguna membeli-belah dalam talian dijangka meningkat kepada 51.4 peratus pada 2018 dan seterusnya, kepada 63.0 peratus menjelang 2022.
Malah, tambahan kepada angka tersebut, perolehan industri e-dagang dijangka menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 2018 sehingga 2022 sebanyak 17.9 peratus, menghasilkan volum pasaran melebihi satu trilion menjelang tahun 2022.
"Dengan dunia digital semakin berkembang dalam kehidupan seharian, terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah ekosistem e-dagang yang kukuh, seterusnya membolehkan integrasi penuh perjalanan fizikal digital pelanggan.
"Perniagaan dipaksa untuk mengikuti ombak perkembangan pesat industri ini untuk mengembangkan perniagaan ke tahap lebih besar bagi mencapai keuntungan dan kehadiran di pasaran.
“Pasaran dalam talian di Malaysia tentunya dijangka berkembang pada kadar yang pantas dalam tahun-tahun akan datang dan penampilan baharu 11street mengulangi komitmen kami untuk terus menyumbang terhadap segmen digital," katanya.
Tambahnya, bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian saling berkaitan antara satu sama lain, khususnya dengan peningkatan dalam penembusan pengguna dan internet pada masa ini pada aras 85.7 peratus dalam kalangan rakyat Malaysia, matlamat 11street adalah untuk mewujudkan pengalaman beli-belah yang lancar dan bersepadu di samping memberi penekanan terhadap pembangunan perniagaan dalam kalangan penjual terbabit.
"Antara bidang fokus utama 11street pada masa terdekat termasuklah pilihan pembayaran, pengalaman pembeli-belah, logistik, aplikasi mudah alih, dagangan O2O yang mana 11street akan membolehkan pengurusan jualan e-baucar yang mudah bagi penjual, gedung rasmi, pengaruh sosial mikro dan dagangan Global," katanya.
Katanya 11street tidak sabar melangkah ke fasa pertumbuhan dan transformasi dan mahu pelanggan menikmati pengalaman beli-belah terbaik.
"11street akan memulakan fasa baharu tersebut menerusi pelancaran kempen Sayangi Malaysia yang menjanjikan tawaran eksklusif dan hadiah menarik dari sehingga 30 September ini.
"Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati diskaun sehingga 88 peratus dan khidmat penghantaran percuma bagi kesemua pembelian. 11street juga akan menawarkan pakej percutian menarik dan tawaran pengembaraan yang seharusnya tidak dilepaskan pelanggan," katanya.Daripada 32 juta jumlah penduduk Malaysia, 15.2 juta adalah pembeli dalam talian yang membelanjakan purata RM321.15 setiap tahun.
Kadar penebusan pengguna beli-belah dalam talian dijangka meningkat 51.4% pada 2018.
Penembusan pengguna internet dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini berada pada aras 85.7%. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pernah pakai 11street app. Barang tak byk, delivery charge mahal, pastu interface tak berapa user friendly. Last2 uninstall jah terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Lai lai lai ..
Peniaga 11street |
|
|
|
|
|
|
|
masih setia gan shopee |
|
|
|
|
|
|
|
11street skrg makin kedekut. Dah takde 60% off voucher. |
|
|
|
|
|
|
|
Shopee ok, cuma dia punya agen delivery tu sucks. Suka sangat pakai ABX yg servis mcm taik. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal.. tapi lazada lagi mahal. Shopee mostly murah among all 3 tapi delivery lembab ya amat |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
11street guna kurier LWE mmg lembab giler! |
|
|
|
|
|
|
|
thank you sharing, dpt 61% juga & dah beli 100plus.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baru je dapat mi band 3 ni, RM74.90, ada free gift lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bayaran guna boost boleh dapat rebate lagi. Revolusi baru memang bagus. Hari tu baru dapat rebate RM150. Beli macam free
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
1212 promotion, nestle coupon bagus!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Spend a minimum of RM120 on 11street with boost payment will get RM15 cashback in boost wallet. Promotion till the end of the month
https://www.11street.my/benefit/promotionDetail.do?planDisplayNumber=626008 |
|
|
|
|
|
|
| |
|