CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1064|Reply: 11

[Tempatan] Lagi Menteri PH silap: Kos mansuh tol RM25 billion bukannya RM400 bilion

[Copy link]
Post time 14-8-2018 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 17-8-2018 07:28 AM

Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Datuk Ong Chong Swen dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, Baru Bian sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada kenyaataan yang dibuat oleh Tony Pua pada 2009 yang mengatakan langkah itu hanya memerlukan RM25 bilion untuk dilaksana.

Menurut Chong Swen, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya berkenaan pada ketika itu menyatakan, jumlah berkenaan diperolehi melalui satu kajian yang dilakukan oleh partinya.

Tambah beliau, berdasarkan hasil kajian tersebut, Tony Pua juga telah menggesa kerajaan Barisan Nasional untuk mengambil alih semua konsesi yang terlibat demi kepentingan pengguna jalan raya.

“Jumlah itu satu angka yang diperbesarkan. Saya sarankan Baru Bian merujuk kepada Tony Pua agar janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol dapat dilaksanakan. Adakah jumlah (RM400 billion) itu termasuk kos tersembunyi untuk menggantikan kehilangan pendapatan pemegang konsesi? Atau itu adalah kesilapan meletakkan titik perpuluhan yang menjadikan nilai sebenarnya RM40 billion?

“Jika RM400 bilion bukan alasan bagi PH untuk mungkir janji, maka Baru Bian perlu tanya kepada Tony Pua bagaimana dia membuat pengiraan sehingga mendapatkan angak RM25 bilion pada masa itu,” persoal Chong Swen.

Chong Swen berpendapat, sebagai Pegawai Khas Menteri Kewangan, Tony Pua pastinya mempunyai latar belakang ekonomi yang dapat digunakan untuk membantu kerajaan untuk menghapuskan tol pada kos RM25 bilion atau lebih rendah.

Dengan itu kata beliau, janji PH untuk menghapuskan tol akan dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari memerintah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 05:38 PM | Show all posts
tak boleh mansuh tol...epf banyak invest dekat tol..tak faham ke? wakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo xsampai 100 bilion pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata ph telus.. Tolonglah jgn menipu..hanya cai ph je senang dikencing
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
arap tun mahathir dpt mansuh tol yg dibina masa zaman pm ke 4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2018 09:50 AM | Show all posts
Kenapa dulu nak hapus tol RM231 bilion, kini PH kira RM400 bilion?
16 Ogos 2018 6:47 AM

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Bekas  perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan perbezaan kiraan tol kerajaan Pakatan Harapan yang berbeza-beza antara dulu dan sekarang.

Katanya, dahulu kiraan untuk menghapuskan tol hanya RM231 bilion, tetapi kini di bawah PH kiraan itu mningkat kepada RM400 bilion.

Berikut adalah kenyataan penuh Najib:

Sejurus selepas saya dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Oktober 2008, saya telah menukar status Akta Rahsia Rasmi (OSA)  supaya tidak lagi termaktub dibawah akta berkenaan. Akibat itu, semua perjanjian konsesi-konsesi tol jalanraya boleh disemak oleh orang-ramai.

Tidak lama selepas itu, kerajaan saya telah mengumumkan bahawa untuk menghapuskan kesemua konsesi tol jalanraya di negara ini memerlukan kos  RM231 bilion.

Tetapi, pada masa itu pemimpin DAP - Tony Pua menuduh kita sebagai penipu. Menurutnya, berdasarkan perkiraan dibuatnya, ia hanya melibatkan kos RM25 bilion sahaja, dan bukan RM231 bilion sebagaimana yang kita dedahkan.
najib
NAJIB TUN RAZAK

Semalam, Menteri Kerja Raya dari kerajaan Pakatan memberitahu parlimen bahawa adalah sangat sukar untuk menghapuskan semua tol seperti yang dijanjikan kerana kos untuk berbuat demikian ialah sebanyak RM400 bilion - jauh lebih tinggi dari apa yang telah kerajaan BN umumkan dahulu.

Oleh itu, saya mencadang kerajaan Pakatan seharusnya menugaskan Tony Pua dalam usaha menghapuskan semua tol jalanraya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka.

Saya percaya bahawa Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih murah adalah tepat - bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat dan tidak mungkin DAP selalu salah titik perpuluhan

Sekarang, saya juga pengguna jalanraya yang membayar tol. Oleh itu, saya juga turut gembira jika semua tol dihapuskan sebagaimana janji manifesto Pakatan Harapan. Apatah lagi, syarikat konsesi-konsesi tol berkenaan bukan kroni mahupun rakan-rakan saya tetapi mereka adalah dari era seorang perdana menteri sebelum saya.

Ketika saya menjadi PM, saya berterusan berusaha untuk menghapuskan banyak plaza tol di seluruh negara dan pada tempoh ini, malah tidak ada satu tol lebuhraya pun yang dimiliki oleh syarikat kerajaan bersama KWSP, PLUS Highways Berhad menaikkan kadar tol walaupun sekali.

Tetapi, harus diketahui bahawa kerajaan saya juga menghadapi kesukaran ketika itu untuk tidak membenarkan tol dimiliki pihak swasta dari menaikkan kadar tol kerana terikat dengan perjanjian konsesi yang dirunding dan dimeterai semasa Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ke-4.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 09:57 AM | Show all posts
"Saya percaya bahawa Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih murah adalah tepat - bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat dan tidak mungkin DAP selalu salah titik perpuluhan"

lawak jugak DSN ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:10 AM | Show all posts
tony pua lari masuk kekuburan.. bace kat page dia seronok memasing membahan..
awat tak lantik terus tony ni jadi menteri kerja raya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 10:13 AM | Show all posts
julia5094 replied at 16-8-2018 09:57 AM
"Saya percaya bahawa Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih murah adalah ...

deep sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:03 AM | Show all posts
tony phua minum byk sgt coca cola...lalu mabuk coca cola
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak keluar statement salah Excel lagi ni...

25 vs 400.... Dia reti pakai Excel ke Tak ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2018 07:24 AM | Show all posts
Konsesi tol RM400b: Menteri silap lagi?


MENTERI Kerja Raya, Baru Bian mengaku kos pengambilalihan konsesi tol sebanyak RM400 bilion yang dinyatakan di Dewan Rakyat Isnin lalu, adalah angka disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kos yang dinyatakan ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat itu, adalah berdasarkan laporan disediakan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang sudah dibubarkan selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

“Ya, adalah daripada laporan PEMANDU ketika kerajaan terdahulu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang mendakwa kos pengambilalihan konsesi tol sepatutnya kurang daripada RM400 bilion kerana angka itu merangkumi pampasan kepada syarikat serta keuntungan masa depan.

Tony turut menggesa kerajaan mengira semula kos berkenaan bagi menentukan angka sebenar untuk pengambilalihan itu kerana kerajaan tidak perlu mengambil kira keuntungan masa depan.

Sebelum ini, Baru dilaporkan berkata, kerajaan menangguhkan cadangan menghapuskan tol kerana pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi akan membabitkan kos lebih RM400 bilion ketika menjawab soalan Datuk Jalaluddin Alias (BN-UMNO Jelebu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Baru mengakui sedar angka RM400 bilion itu merangkumi pampasan dan keuntungan masa depan seperti dikatakan Tony, namun menafikan keperluan untuk kerajaan mengira semula kos berkenaan.

“Itu tidak relevan lagi kerana kerajaan sudah buat keputusan untuk menangguhkan kerana keadaan kewangan negara, jadi tak perlu dipertikaikan kosnya,” katanya.

Ditanya mengapa kerajaan membuat keputusan menggunakan kos disediakan BN dan bukan berdasarkan kiraan sendiri, Baru mengulangi bahawa perkara itu tidak lagi relevan kerana penangguhan itu sudah dimuktamadkan.

Mengenai dakwaan Tony mengatakan kos ambil alih tidak sampai RM400 bilion, Baru tidak mengulas lanjut mengenainya.

“Kalau dia kata begitu, pasti ada asas di sebalik angka berkenaan. Tapi saya tak boleh nafi atau kata ia salah,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.101278 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list