CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 6

[Tempatan] Edisi Mat Sabu: SPRM siasat orang kuat Mat Sabu susulan 'bantuan RM800k'

  [Copy link]
Post time 14-8-2018 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Baca dan faham kan betul betul dulu ya lobai, sebelum korang inzal

SPRM siasat orang kuat Mat Sabu susulan 'bantuan RM800k'


A+      A-
EKSKLUSIF l  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Ini susulan dakwaan dia menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutangnya dan dikeluarkan daripada status muflis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa siasatan sedang dijalankan tetapi enggan mendedahkan lanjut butiran berkaitan.

Sementara itu, sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, pegawai itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu.

Status itu kekal sehingga penghujung Mei lalu, apabila beberapa bayaran dikatakan dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak untuk penyelesaian hutangnya.

“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber.

Sumber yang lain berkata SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.

Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.

“Agak meragukan bila dia dikatakan akan dilantik sebagai pembantu kepada menteri,” katanya.
Sumber berkata SPRM menyiasat sama ada hutang itu diselesaikan dengan niat mendapatkan projek sebagai balasan.

Mohamad, yang juga presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), melapor diri sebagai menteri pertahanan pada 22 Mei, sehari selepas mengangkat sumpah jawatan bersama 13 lagi pemimpin Pakatan Harapan.

Malaysiakini sudah menghubungi menteri dan seorang setiausahanya serta masih menunggu penjelasan mereka.



https://www.malaysiakini.com/news/438873
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sprm jumped the gun la, let he award the projects dulu lar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 06:11 PM | Show all posts
sisasat SPRM....GO
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baikla siasat gadis manja yg dikaitkan dgn mat sabu tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu bukan rasuah
Term bila2 masa blh ubah
Asalkan bukan bijan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia Baru tp budaya makan rasuah mungkin lagi hebat dr Malaysia lama.baru dua hari pegang kuasa dh ada orang kuat menteri senang  senang bayar hutang 800k. duit turun dr langit ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2018 11:26 PM | Show all posts
baru siasat

belum tentu bersalah

ala, dah masuk court pun boleh jadi menteri kewangan

malaysia boleh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.390685 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list