CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Tempatan] Lambakan 'Raja Buah' masih terkawal - FAMA

[Copy link]
Post time 14-8-2018 05:43 PM | Show all posts |Read mode
14 Ogos 2018 4:19 PM


KUALA TERENGGANU - Pengeluaran durian di seluruh negara meningkat tahun ini hingga mencecah 180,000 metrik tan berbanding 60,000 metrik tan tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mohd Anis Mohd Yasin berkata jumlah itu melibatkan pelbagai jenis durian seperti durian kampung, durian telur dan durian premium termasuk musang king.

"Meskipun berlaku lambakan durian, ia masih terkawal kerana buah-buah durian itu akan diproses dan disejuk beku untuk dieksport ke China, malah bekalan durian semakin tidak mencukupi kerana ada pengilang membeli durian di kebun bagi membuat pelbagai jenis makanan termasuk kek dan aiskrim," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan kempen lebihkan makan buah-buahan tempatan peringkat negeri di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah FAMA Terengganu Fauzi Mohamad.

Mohd Anis berkata selain China, durian turut dieksport ke 22 negara lain, antaranya Singapura, Hong Kong, Australia dan Amerika. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046872 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list