CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12379|Reply: 46

Alicia Amin Mengamuk Isu Sebat Lesbian

  [Copy link]
Post time 4-9-2018 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Model dan pelakon Alicia Amin antara selebriti yang bersikap terbuka dan menyuarakan penerimaanya terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT).


Kredit fotoG Alicia Amin




Terbaru, menerusi kemas kini di Insta Storynya, Alicia lantang bersuara menyatakan rasa tidak setujunya dengan hukuman enam kali sebatan dihadapan 100 orang yang dikenakan terhadap pasangan lesbian di Terengganu.


Alicia menganggap tidak wajar pasangan itu disebat kerana melakukan hubungan sejenis di dalam kereta di Dungun pada April lalu.




Kredit foto: Hangat/IG Alicia Amin



"ihak berkuasa agama Malaysia berjaya menuduh dan menghukum dua dewasa kerana menjalin hubungan sejenis, tetapi gagal melindungi gadis berusia 11 tahun dan menjatuhkan hukuman terhadap seorang pedofil," katanya.


Dalam masa sama, Alicia juga berkongsi status Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang turut mengulas mengenai hukuman sebat itu.


Menurutnya, rakyat memerlukan ahli politik yang ada belas ihsan dan menunjukkan sokongan terhadap komuniti LGBT.










Ekoran itu, Alicia dituduh mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan perkara negatif mengenai hukuman Islam.








Alicia turut berkongsi beberapa paparan skrin pendapat dan luahan hati orang lain yang tidak bersetuju dengan hukuman sebatan dijalankan termasuk daripada Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.














Kredit foto: IG Alicia Amin





BACA JUGA: Seks Sejenis Dalam Kereta, Pasangan Lesbian Disebat Depan 100 Saksi


BACA JUGA: Banyak Lagi Cara Tangani LGBT, Tak Wajar Sebat Depan Khalayak - KJ


Marah betul Alicia Amin apabila pasangan lesbian dihukum. Ada selebriti lain turut bersuara ini yang anda tahu? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2018 02:33 PM | Show all posts
Aku fikir xpelru kita ambil kisah apa2 pun yang keluar dari mulut  perempuan mcm Alicia ni ,byk lagi dia nak kena betulkan diri dia ,tp yg paling tragis dia sendiri xsedar pun dia perlu dibetulkan , entah apa dia fikir tentang agama nya pun xtahu lah.

Rasanya dia   kena brainwashed  utk jadi mcm omputih yg hidup xde sempadan tp nak gi luar negara kena ada passport guano tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogol sivil,
Kes di atas shariah.

Kan?

Tambahan, kes di atas bukan kerana lgbt, tapi kerana berkelakuan tidak sopan/senonoh di tempat awam. Betulkan aku kalau silap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:16 PM | Show all posts
~boolean replied at 4-9-2018 06:35 AM
Rogol sivil,
Kes di atas shariah.

Rogol jenayah sivil. Under Penal Code. Yang tu betul.

Kes couple ni still kes jenayah, tapi jenayah syariah and jadi kesalahan takzir bawah jurisdiction of syariah court. Memang pasal LGBT sebab kes ni adalah kes musahaqah (lesbianism).

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:16 PM | Show all posts
byk yg kita kenal btulkan diri kita dan ank2, kalau tak memahami apa itu islam, mcm ni la kita dan generasi akan dtg akan jadi.Kalau kita memahami Islam tu sendiri.org luar pn pasti teruja dgn agama islam..itulah bila dunia dah akhir zaman,(tanda2 kiamat besar) org islam mula mengikut langkah org bkn islam sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkat..selain isu LGBT isu pedo pn bkn kita sokong.tp xtau lbh baik tambah ilmu, dari si Alicia ni merempan.apaknye bkn nye org biasa2, educated jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:18 PM | Show all posts

dia pun mengamuk jugak....




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2018 03:18 PM | Show all posts
agak2 marina mahathir mengamuk tak?  siapa ada follow fb marina anak mahathir ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:20 PM | Show all posts
aku sarankan si urbanist ni just shut up je la..xpyah la ko nk curahkan minyak kat api lagi..ko dlu pn kemain kutuk2 industri seni org melayu last2 merempan sanggup cikcur berlakon drama melayu hauk dek kerana ketandusan job ko..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2018 03:21 PM | Show all posts
mengamuk sebab takut kena batang idung kemudian hari...tak buat salah apa nak takut...kalu camtu tolong bela sekali pengedar dadah yang kena hukum gantung...boleh tak bagi nasihat je,ceramah je ke?kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:22 PM | Show all posts
kesiannnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:38 PM | Show all posts
ishhh dia ni... pegi la bogel merata2..bosan lak aku
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:41 PM | Show all posts
tiak hitam byk bulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca dulu undang2 dik, nanti ko plak aku sebat.. Kalau sebat macam dalam penjara tu mana boleh buat at one time sebat 6 kali terus. Ni sebat manja2 perit la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa dia ni xkenal pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu korang jugak yg cabar kerajaan negeri pimpinan Pas utk buat hudud. Ni baru depa buat hukum sebat 6 kali dpn 100 org dah golongan2 yg cabar jugak meloncat
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 04:53 PM | Show all posts
Bercakap tanpa ilmu gitu lah jadinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2018 04:55 PM | Show all posts
menyibuk la set2 depa nih serabut
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 05:03 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 4-9-2018 03:16 PM
Rogol jenayah sivil. Under Penal Code. Yang tu betul.

Kes couple ni still kes jenayah, tapi jen ...

Baik. Terima kasih kerana betulkan.

Profesion kau dalam bidang ni ke? Ada yang kata boleh saja mereka buat rayuan, tapi rayuan tak dibuat.

Aku tak arif dalam bidang ini, tapi dengar kata andai buat rayuan boleh saja tak disebat..


tolak tepi kes sebat,
aku tetap rasa mereka pendek akal untuk buat seks di tempat awam waktu tengahari di negeri yang terlebih islamik. memang mengundang bala....
aku yang tinggal di tengah kota KL ni pun tak berani nak buat benda senonoh di kawasan awam...

tapi puji juga lah dua orang ini hadap saja pertuduhan, tak buat riuh atau memekak ketidakadilan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pun byk kena betulkan ......
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 07:00 PM | Show all posts
Alicia ni patut kena sebat bontot ,sebab bertelanjang jer kt  pantai  Ganu tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.078983 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list