CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2818|Reply: 10

Ketagihan Kafein?

[Copy link]
Post time 6-9-2018 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Dakwaan kafein menyebabkan ketagihan mungkin benar pada suatu sudut dan mungkin juga tidak benar pada sudut yang lain.

Apakah sumber kafein?
Sebelum bercakap tentang ketagihan, tentulah anda sudah tahu daripada mana kafein boleh didapatkan. Sumber utama yang dimaklumi adalah kopi dan teh. Walau bagaimanapun, terdapat juga sumber lain yang kerap diambil oleh masyarakat.

Ini termasuk minuman berkarbonat, air coklat dan gula-gula kopi. Malah, kopi yang dinyahkafein (decaffeinated coffee) pun masih tidak sepenuhnya bebas daripada kafein. Ia juga terkandung dalam ubat-ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit, ubat demam serta pil diet.

Kafein itu sendiri adalah sejenis ubat tahan sakit dan mampu meningkatkan keberkesanan ubat tahan sakit. Mengambil kopi bersama panadol adalah efektif dalam mengurangkan sakit kepala.

Ketagihan kafein?
Kafein berfungsi sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat (central nervous system). Ia memberikan tenaga, fokus dan perasaan sejahtera. Apabila seseorang itu sudah terbiasa dengan rangsangan ini, badannya akan berasa sedikit perubahan jika dia berhenti merangsang otaknya.
Kesan jika seseorang berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba mempunyai beberapa simptom seperti:

  • Sakit kepala
  • Letih badan
  • Kegelisahan
  • Mudah marah
  • Mood kurang baik
  • Sukar memberikan perhatian atau fokus

Apa yang berlaku adalah hampir sama dengan ketagihan alkohol atau dadah di mana berlaku simptom-simptom tertentu yang disebut sebagai simptom penarikan apabila berhenti mengambil bahan atau minuman tersebut secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, simptom dan kesan yang dialami oleh pengguna kafein adalah lebih ringan. Ia tidak sampai membawa kesan yang berbahaya seperti membunuh atau mencuri seperti yang berlaku kepada penagih dadah. Jadi, istilah ketagih mungkin kurang tepat. Sebaliknya istilah kebergantungan lebih sesuai.

Bagaimana ingin berhenti mengambilnya?
Anda mungkin ingin berhenti mengambil kafein atas sebab-sebab tertentu sama ada ingin mengurangkan pengambilan gula atau bimbang dengan keadaan kesihatan anda seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Anda boleh cuba cara berikut:

  • Banyakkan minum air.
  • Gantikan minuman berkafein anda dengan minuman tidak berkafein. Contohnya, jika kebiasaannya anda mengambil 3 cawan kopi sehari, gantikan satu atau dua cawan dengan air susu atau lemon. Kemudian, kurangkan secara berperingkat.
  • Banyakkan bersenam. Ia adalah perangsang semula jadi bagi tubuh anda.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh Voiz Malaysia atas keizinan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku hantu kopi
X dpt sehari, rasa lemah x bertenaga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2018 10:37 AM | Show all posts
sama la..lain macam rasa kalau tak dapat
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 03:55 PM | Show all posts
xleh xde kopi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 04:46 PM | Show all posts
aku tak suka kopi
tapi  nescafe
haaa sehari sekali tu mesti!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai pun ketagih kafein.. sehari x dpt kafein rasa libang libu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2018 02:31 PM | Show all posts
same here... x dapat nescafe tak sah... even kalo posa time sahur pun kena minum nescafe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopi jg boleh menyebabkan gigi menguning..cer check gigi chuolss..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I baru je berhenti minum kopi daily. Sebab nya, i dah janji lepas habis study i nak stop minum sbb kepala i dah start senang pening2. Nak stop terus, rasa x leh sebab caffeine trigger i utk study.

Lepas setahun, i dok minum lagi... tapi nasib baik nya, coffee supply i dah habis & kawasan i x de jual coffee bean. Yg supermarket x leh lawan yg goreng fresh.

Yg best nya, i rasa kepala i dah x sakit macam minum dulu2. N yg x best nya, i susah nak fokus keje. Rasa lembab je kepala nak proses. But still, I managed to avoid coffee regularly demi kesihatan i.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:44 AM | Show all posts
saya memang kaki kopi
tak boleh tak minum kopi sehari
bulan posa tapi, tak minum kopi..first few days sakit kepala jap.. then setel balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 10:45 AM | Show all posts
ipes2 replied at 18-9-2018 04:44 AM
saya memang kaki kopi
tak boleh tak minum kopi sehari
bulan posa tapi, tak minum kopi..first few d ...

hahaha...sama..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.157089 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list