CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7350|Reply: 32

Tidak Suka Durian? Cuba Keenakan Buah Tarap, Khasiatnya Dibuktikan Kajian Sainti

[Copy link]
Post time 1-10-2018 04:33 PM | Show all posts |Read mode


Buah tarap, juga dikenali sebagai terap, marang, johey, atau timadang adalah sejenis tumbuhan yang terkenal di negeri Sabah dan Sarawak. Tumbuhan ini juga banyak ditemui di kawasan beriklim tropika seperti negara jiran Brunei Darussalam, Filipina dan Indonesia.


Buah tarap berbentuk bujur atau bulat dengan saiz biasa sekitar 15-20 cm dan berat mencecah 1 kg. Walau bagaimanapun, saiz dan berat ini boleh bertambah mengikut spesis tertentu.



Kredit Foto: Khasiat.com




Buah tarap mempunyai bau tetapi tidak sekuat durian. Rasanya cukup manis, sedap dan seakan-akan mangga yang penuh dengan jus. Isinya berwarna putih susu dan melekit. Kerana warnanya dan permukaan kulitnya ketika muda, ramai orang keliru antara tarap dan cempedak atau nangka. Ramai penjual dan penggemar buah tarap mempromosikan keenakannya tetapi tidak mengetahui secara terperinci khasiat buah ini.
Sebuah kajian saintifik dari Universiti Brunei Darusaalam mengesahkan khasiatnya. Kajian itu dimuatkan dalam jurnal berimpak tinggi International Food Research Journal pada tahun 2012. Kajian itu juga disokong dalam dapatan Jurnal Evidence-Based Complement Alternate Medicine keluaran tahun ini, 2018.

Susulan daripada itu, terdapat banyak manfaat buah ini antaranya;
  1. Membantu Sistem Pencernaan

Tidak Suka Durian? Cuba Keenakkan Buah Tarap, Khasiatnya Sudah Dibuktikan Kajian Saintifik


Kredit Foto: International Food Research Journal


Buah tarap mengandungi serat yang tinggi. Walaupun makan dengan jumlah yang banyak, buah ini tidak akan menyebabkan perut anda sakit kerana ianya mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit sembelit. Dengan kata lain, buah tarap akan melancarkan sistem pencernaan anda.

2. Mengandungi Anti Oksidan Yang Tinggi



Kredit Foto: Evidence-Based Complement Alternate Medicine



Buah tarap mengandungi anti oksidan yang tinggi,  mampu menjaga dan memperbaiki sel-sel badan yang rosak akibat permakanan tidak sihat atau terdedah kepada pencemaran seperti asap rokok atau bahan kimia lainnya.

3. Kaya Vitamin dan Mineral



Kredit Foto: International Food Research Journal



Seperti yang dimuatkan dalam jurnal di atas, kajian mendapati buah tarap mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium serta pelbagai jenis vitamin dan mineral lainnya. Oleh itu buah tarap ialah sumber tenaga yang baik, sesuai untuk atlet yang memerlukan latihan setiap hari.  Walau bagaimanapun, buah ini mengandungi glukosa yang tinggi jadi pesakit yang mengidap kencing manis perlu menghindarinya.
  
4. Membantu Merawat Ulser Mulut



Kredit Foto: Berita Harian




Ulser mulut adalah luka pada mulut akibat daripada tergigit, alergi, luka ketika memberus gigi, haba badan yang panas atau sebab luaran lain. Penyakit ini tidak berbahaya tetapi menyebabkan ketidakselesaan terutamanya ketika makan. Lazimnya ianya akan hilang sendiri dalam 1-2 minggu tetapi jika anda ingin mempercepatkan proses penyembuhannya, cuba makan buah tarap. Kandungan Vitamin C yang tinggi setara dengan buah limau dapat mencegah munculnya ulser mulut baru.

5. Mengurangkan Risiko Pembentukan Batu Karang



Kredit Foto: Flickr




Buah ini mengandungi potassium yang tinggi yang mengurangkan risiko pembentukan batu karang pada buah pinggang. Selain itu buah ini juga mengandungi kalsium yang membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang.


Jadi jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan terbukti berkhasiat, dapatkan buah tarap di pasar yang berdekatan. Buah ini juga banyak didapati tamu-tamu sekitar Pantai Barat Sabah dan seluruh negeri Sarawak.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah makan buah ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sarawak: buah terap @ buah lumok juga
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebiji macam cempedak tapi color putih. Teringin nak rasa
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Buah ni versatile macam nangka.

Bila dah masak boleh makan gitu jah or dibuat cokodok tarap.

Bila mentah boleh dibuat gulai lemak or akak paling suka masak sup/stew dengan ayam/daging salai. Makan dengan sambal belacan, ppppeeerrrghhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 05:05 PM | Show all posts
i suka buah tarap, makan nak stop susah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2018 05:07 PM | Show all posts
Rasanya belah semenanjung tak berapa kenal buah ni elok ler adakan promosi pengenalan mengenainya untuk yang disemenanjung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buah Tarap lagi sedap dari durian bagi saya

Makan pun tak messy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 05:28 PM | Show all posts
kat sabah belambak buah ni, smpai muak mkn
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya, buah favourite ni... dh bertahun x makan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Compare tarap dgn durian ni mcm compare epal dgn oren.. hahaha kok ye pun nak compare, buah tarap dgn cempedak bolehlah diterima.. semenanjung mmg xde buah tarap ni.. apa kata org sabah/sarawak try komersilkan dan pasarkn di semenanjung?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasar Borneo di Seri Kembangan ada jual buah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Buah ni berbau ke.. asal aku jumpa memo dilarang bawa masuk buah tarap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bau sikit kalau terlebih masak. For me bau dia harum. Tak sekuat durian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka buah tarap. Sabah srwk je ada. Huhu
1st time member bawak balik,iols pegi check dapur ada gas bocor ke. Bau dia mcm gas bocor. Haha... jadi iols panggil "buah gas".
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah jumpa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2018 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat miri tengah bersepah buah ni haritu dapat la merasa..terkejut tgk kawan bukak gitu je tak pakai pisau..rupanya kulit buah ni lembut gila kalah rambutan..
Dan bau dia level 2 bawah durian ya tapi tak busuk mcm durian. Bau wangiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
1st time dgar nama buah ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 08:27 AM | Show all posts
pernah mkn sekali, lama sgt dah
x ingat rsa dia mcm mana..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 09:02 AM | Show all posts
Buah ni memang sedap.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.179774 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list