CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2877|Reply: 5

Edisi penyakit kecelaruan mental (BPD)

[Copy link]
Post time 5-10-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam semua

Korang pernah dengar tak mengenai penyakit ini?

Sedikit mengenai BPD ni..


Go to the profile of The Project
The Project
The Curated #TerfaktabTheProject account for people that wants platform to be heard to share their ideas, works, art, projects, activism across Malaysia.
May 4, 2016
BORDERLINE PERSONALITY DISORDER (BPD) : Sebuah gangguan psikologi yang sangat disalah fahami
oleh : Tahir Rawther


Borderline Personality Disorder (BPD) adalah satu gangguan psikologi yang menyakitkan dan dahsyat bagi sesiapa yang mengalaminya dan sering menjadi masalah bagi orang yang mempunyai masalah personality ini dan bagi orang-orang di sekeliling mereka yang mereka sayangi.

Secara mudahnya, BPD adalah gangguan dicirikan terutamanya oleh emosi yang kurang stabil akibat amygdala dan frontal cortex mereka yang berbeza dari manusia lain (susah untuk regulate emosi), fikiran hitam & putih yang intensif (mempercayai yang benda hanya ada dua kemungkinan dan pengakhiran; contoh : kau sayang seseorang tahap melampau atau kau benci tahap melampau. Orang yang BPD suka itu dianggap seperti malaikat dan yang dibencinya dianggap persis syaitan), dan hubungan dengan orang yang mereka sayangi yang sangat bergelora dan kurang stabil. Orang yang mengalami BPD mempunyai ciri-ciri ketidakstabilan ketara dalam mood mereka, hubungan interpersonal yang sangat kuat, intensif tapi sangat tidak stabil, imej diri yang tidak konsisten dan stabil, begitu juga dengan identity diri, dan tingkah laku, dan tiada konsep “diri” (sense of self).

Pesakit yang di diagnos dengan BPD hidup dalam dunia yang menyakitkan samada dalam minda mereka, fisiologi mereka, mahupun realiti kehidupan mereka; pergolakan dalaman dan luaran mereka yang tidak dapat mereka kawal amat menyakitkan bagi mereka. Mereka mempunyai kesukaran untuk mengawal emosi mereka yang sering naik dan turun dengan intensif & dan terlekat dalam keadaan bergelora dan bergolak yang stagnan (bagi mereka). Mereka mempunyai imej diri yang diputarbelitkan dengan pandangan negatif yang menghancurkan, selalu mereka rasa mereka tidak berguna dan secara fundenmental merasakan diri mereka tidak berguna dan “objek yang rosak”.

Walaupun secara amnya, mereka sangat menginginkan hubungan kasih sayang dengan semua orang, terumatanya sekali kepada yang mereka anggap istimewa (dalam sub-budaya BPD, orang yang disayangi ini dipanggil Favourite Person/FP) pesakit BPD selalu secara tipikalnya terlekat dalam situasi dimana emosi mereka yang tidak dapat dikawal, membuatkan mereka dipenuhi dengan perasaan marah, sedih yang melampau, sifat yang impulsif, dan attachment terhadap orang yang mereka sayangi yang persis seperti dalam ribut petir dan penuh dengan kerawakkan, dan juga mood yang selalu berubah dalam frekuensi yang tinggi yang selalu berjaya membuat orang lain tinggalkan mereka.

Gangguan yang dialami oleh mereka yang mempunyai BPD mempunyai kesan yang meluas, selalunya negatif kepada banyak aspek psikososial kehidupan mereka termasuk pekerjaan mereka dan hubungan mereka dengan pekerja lain di tempat kerja, hubungan mereka dengan orang dalam rumah mereka, keluarga mereka, kawan mereka (secara amnya, persekitaran sosial mereka) . Tambahan pula, pesakit yang mempunyai BPD selalu dipinggirkan oleh masyarakat kerana perasaan dan tingkah laku mereka yang susah untuk difahami dan dijangka—kesan daripada sakit BPD mereka.

Peristiwa yang biasa bagi orang yang tidak mempunyai BPD boleh trigger mereka. Sebagai contoh, orang-orang dengan BPD mungkin berasa marah dan menghadapi tekanan terhadap benda-benda yang mengingatkan mereka terhadap trauma mereka, memori mereka yang membuat mereka sedih, marah dan kecewa. Peristiwa yang kecil yang melibatkan pemisahan—seperti percutian, perjalanan perniagaan, atau perubahan pelan yang tiba-tiba membuat mereka paranoid, keliru—terutamanya jika yang membuat sedemikian adalah orang yang mereka sayangi dan mempercayai. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mempunyai masalah ini boleh melihat kemarahan di wajah emosi neutral, boleh “membaca” emosi orang lain dan mempunyai tindak balas yang lebih kukuh dan intensif terhadap emosi, perbuatan dan perkataan yang negatif jika dibandingkan dengan orang-orang yang tidak mempunyai BPD.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik ipar akak berpenyakit sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 03:48 AM | Show all posts
mereka yg mengalami masaalah ini kita selalu rasa unpleasant bila deal with them
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 08:25 AM | Show all posts
hibernation replied at 5-10-2018 01:43 PM
Adik ipar akak berpenyakit sebegini

sis,akak ipar dapatkan rawatan tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 08:25 AM | Show all posts
ipes2 replied at 6-10-2018 07:48 PM
mereka yg mengalami masaalah ini kita selalu rasa unpleasant bila deal with them

so true, nak jumpa doctor osy lambat que. boleh ke dapatkan ubat di klinik biasa je ke doc?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2019 12:15 AM | Show all posts
phoenix_panik replied at 8-2-2019 08:25 AM
so true, nak jumpa doctor osy lambat que. boleh ke dapatkan ubat di klinik biasa je ke doc?

tak boleh
kena di diagnose betul2 dulu
jadi, kena jumpa psychiatrist jugak

jika suatu penyakit itu salah didiagnose, maka bila kita treat mereka, outcome nya bercampur2 dan how effective the treatment is cannot be gauge properly bila kita follow up mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.364893 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list