All About WANY HASRITA Volume 1
Artis Paling Popular ABPBH 31
Selamat datang ke benang All About Wany Hasrita!
Tahniah kepada Wany kerana memenangi anugerah bintang paling popular ABPBH ke-31 malam tadi. Menurut kak Ogy, Wany menerima votes melebihi 2 juta!! Waah... tahniah juga kepada Wanyhasnizers di atas usaha gigih mereka.
Positive vibes only please! Kalau nak hencap, sila masuk bodgos. Tenkiu.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita merupakan penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu single pertamanya Menahan Rindu dan lagu duet bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Wany berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.
Beliau berjaya menamatkan pengajiannya di MSU Shah Alam dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan merupakan artis rakaman FMC Music. Mempunyai kelab peminat rasmi, @wanyhasnizers yang sentiasa menyokong kariernya. Di YouTube, jumlah tontonan bagi lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu adalah sebanyak hampir 30 juta manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu ditonton sebanyak 10 juta
Nama lahir: Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah
Kelahiran: 25 Disember 1992 (umur 25)
Berasal dari: Kuala Lumpur
Genre: Pop, Balada
Pekerjaan: Penyanyi
Instrumen: Vokal
Tahun aktif: 2016 - kini
Syarikat rakaman: FMC Music
Laman sesawang: @wanyhasrita
Offical fan club: @wanyhasnizers
Biografi
Wany beragama Islam dan berbangsa Melayu. Wany dilahirkan pada 25 Disember 1992 di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Wany Hasrita merupakan lulusan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) Shah Alam dalam jurusan sarjana muda sains perubatan.
Diskografi
Filemografi
Anugerah dan Pencapaian
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
congrats lahhh even jauh lg perjalanan. rezeki dia sbb slalu happy kan n dgr ckp parents dia. based on ig story laa. dia ni couple ngn fairuz ex kumpulan Antz dlu. semoga berjodohan
klu tak silap fairuz tu bf dia. mmg kerap npk dorg ni komen agk mesra jgk la kt ig tp still berlapik lg. takot kantoi ngn peminat kot tp ngn KB just kawan je
baguslah kalau wany jaga penampilan begitu. Harap Wany stay clean... jgn jadi macam sesetangah artis yang walaupun dah bertudung, tapi penampilan agak merisaukan.
klu uols tgk ig story dia mmg dia slalu kena ceramah dgn mak dia. mak dia slalu pesan klu nk buat pape doa jgn lupa, jgn lupa asl usul, jgn malukan fmly. mak dia malu klu dia buat benda yg blh jatuhkan maruah fmly. n klu pegi mane2 pn slalu mmg mak dia yg hantar. dari situ yg iols start suka tgk ig story dia. klu tak, tak habis2 psl kucing je
Baguslah ada degree... at least jikalau career nyanyian/lakonan tak menjadi, boleh patah balik jadi medical officer. Tak pun boleh jadi co-host program My Doctors dgn Dr. Lyanna